Selepas kenduri anak buah hubby di Terengganu saya ke Kelantan untuk bercuti.Tak lama diperjalanan dah sampai Kota Baharu tapi sebelum sampai saya singgah disatu kedai yang sangat ramai pelangganya, rupa2nya disini terkenal dengan satay dan nasi impit.Nama kedai tu Satay Lanang tapi saya tak tahu nama tempatnya.
Dah makan kami teruskan perjalanan ke Kota Baharu sampai hotel chek in.Malamnya saya berehat saja sebab penat.Besoknya selepas sarapan saya ke Rantau Panjang untuk membeli belah. Ramai sangat orang maklumlah cuti sekolah,bas rombongan pun banyak. Kalau kesini tak sah kalau tak membeli serba sedikit buah tangan, pinggan mangkuk,comforter dan beberapa helai baju. Agak lewat baru balik kehotel lagi pun hujan sepanjang hari. Sebelum sampai ke hotel singgah makan nasi ayam dan abc sedap rasanya. Dalam perjalanan sempat singgah ditepi jalan beli buah nanas yang cukup murah harganya.
abc rantau panjang
Tak jauh dari situ singgah pula di Masjid Beijing, masjid ni sebiji macam bentuk pagoda, cantik konon2 macam pergi Beijing. Beli bebrapa helai t.shirt buat kenangan.Malamnya pergi wakaf cek yeh(kalau tak silap),jalan2 tak beli barang sebab barang2 yang jual disini banyak yang sama macam di Rantau Panjang.
masjid beijing
Besoknya pergi Pantai Cahaya Bulan (dulu dikenali sebagai pantai cinta berahi)jalan2 ditepi saja sebab ombak terlalu besar. Musim tengkujuh memang tidak dibenarkan pergi dekat ke laut sebab membahayakan. Balik dari situ kami melawat bandar Kota Baharu.Sempatlah melawat Muzium,Balai istana,Kampung Kraftangan dan lain2.
Kami ke Pasar Khatijah besoknya,seronok tengok wanita melayu berniaga disini, ramah mesra tapi ada sesetengahnya susah untuk memahami bahasa yang dituturkan. Saya tak lepaskan peluang membeli keropok lekor,sayur2 kampung dan sebotol jeruk anggur. hubby pula di bangunan berdekatan sempat rembat sehelai baju batik. 4 hari kami disini terasa seronok sangat berbeza dengan suasana bandar yang kelam kabut.
pasar khatijah
gua musang
pekan gua musang
31 comments:
salam zai..insyaallah..panjang umur..boleh bercuti lagi tahun depan..
pergi ke destinasi lain pulak..
mesti seronok kan..
saya kalau ke kelantan pun..paling suka..makan..
Seronoknya KAK ZAI berkesempatan cuti merata hala tu. Lama sungguh saya tak ke Kelantan, rindu betul lah.
Rindu makanannya yang unik.
Salam kakZai...,
Hari tu masa saya pergi KB ..,terlupa lak nak bawa kamera..
kalau makan kat atas pasar siti khadijah tu pun best juga kan..
KakZai ada beli seruding daging kering tu tak.?
berjalan sakan zai.Seronok jika jalan jalan cari makan begini.tapi yang tak bestnya berat badan pun Zooomm
kak Erna
Salam Erna...InsyaAllah kalau ada ongkosnya...
Dekat Kelantan macam2 kuih ada berwarna warni,dapat makan nasi dagang dan nasi kerabu tapi warna kuning.kalau kat tempat kita biru atau putih kan.
azieazah
Aman damai negerinya,rakyatnya pula ramah2 tapi ada yang kuat slang sampai ada yang tak faham hehehe...
Makanan memang best...sedap2.
kak wan
Salam wan...Kat mana2 pun sedap,banyak makanan yang jarang jumpa kat tempat kita.
Wajib beli sebab memang digemari...
cikmanggis
Apa taknya sebulan round pantang jumpa makanan yang lain sikit beli.Kadang2 masa nak beli tak tahu nama makanan tu tanya macamana rasa dia,mesti nak cuba.
assalamualaikum..
clear foto2 tuh.cantik2 pulak pemandangan..
Alamak. Adik buat apa tu? Ada gaya macam pramaguri.
Serius rindu nak jalan Ganu dgn Kelantan. Last time 10 tahun lepas kot
Salam Kak zai.. cantik pintu gerbang Muzium tu... mesti best dpt jenjalan kat sana... bangunan cantik2 ye...
Kak Zai.. wah best ye jln2 p KB.. Dah lama tak ke sana.. rasanya lebih 6 7 thn kot.. lama dah.. tapi mmg best jln2 kan ;)
waaa...betul2 cuti2 malaysia nih..best!
Salam Kak zai..
Indahnya bumi Malaysia.. dengan pelbagai jenis makanan dan budaya...
sal
Salam sal...memang cantik pemandangan disini,ada masa jalan2 lah kat sana.
Abdul Munir Sanusi
Ada gaya pramugari ke?hehehe....
Balik nanti boleh pusing sata m'sia.
aNIe
Salam anie...memang seronok tapi banyak lagi tempat2 yang kak Zai tak sempat pergi.
iina
Kalau ada masa nanti pergilah jalan2 kat sana,seronok macam2 ada.
Lady Lavender
Hahaha....pusing satu M'sia...
Nida
Salam Nida...Masih kaya dengan khazanah yang berharga.
Makanannya berbagai rupa dan rasa,warna warni.
Bilalah saya dapat bercuti panjang..
Lama betul tak ke Kelantan.
huhu..
seronok bercuti Kak Zai.... banyak negeri yang dilawati
moga bertambah lagi rezeki untuk bercuti pada tahun ini pula
assalamualaikum kak zai
Kedai Lanang ya kak?
saya pernah juga lalu kedai tu masa pergi Kelantan. Masa saya tengok nama kedai tu, saya terkejut dan tanya kat suami akan nama kedai tu.sebab kalau dalam bahasa leluhur saya, Lanang- bermakna lelaki
azrina0307
InsyaAllah...bila tiba masanya nanti adalah cuti panjang boleh pergi Kelantan ,nice place.
ibuintan
Orang dak nak bawa.
Mudah2an.
ummu
Salam ummu...oh iya ke?tak tahu pula kak Zai,tengok ramai aje wanita kat kedai tu.Buatlah nama yang sedap2 sikit kan...mungkin tokey dia tak tahu ertinya.
salam...seronok nya dapat pergi kelantan...suka bershopping di R.Panjang...cite saya di Egypt tak habis2 lagi...ha3x sibuk nya saya ni...sibuk berbelog...he3x
oooo kak zai..
rindunya kelantan, tanah tumpah darahku. Balik nanti nak jelajah la sbb byk yg dah berubah...
tp klu cuti sekolah kota bharu jem lebih teruk dr KL.. tu yg susah nak berjalan tu.
sonata anak kancil
Salam...kena banyak bawa duit,shopping...harga vantage jauh lebih murah dari Kl.
Jangan lupa tayang gambar Egypt lagi...
fa10
owh... kampung fa10 rupanya,best kan Kelantan, macam2 makanan ada disana dan yang paling kak Zai suka shoppinggg...
seronoknya jalan-jalan..bilalah nak cuti panjang lagi..ekeke
Post a Comment