Wednesday, June 29, 2011

Serunding

Serunding yang saya beli masa pergi Terengganu/Kelantan tempohari  masih tak dibuka dan tak dimakan. Mungkin sebab serunding tu masih dalam plastik susah nak buka dan susah nak simpan semula kot. Saya pun masukkan  ke dalam tuperware dan letakkan diatas meja makan supaya nampak dan senang mengambilnya. Hari2 saya tengok tak juga berubah masih penuh isinya. Sebelum ni kalau saya beli hubby dan anak2 suka sangat makan, di makan dengan rotilah atau dengan nasi lah tapi tidak kali ini.


Sejak akhir2 ni banyak makanan yang tak habis dimakan, lauk yang saya masak pun tak berapa nak laku ada aje yang berbaki. Dalam peti ais bermacam2 lauk ada sayang kalau dibiarkan aje tapi akhirnya akan di sumbatkan juga ke dalam Mr tong sampah. Bukannya saya masak banyak pun tapi mungkin kurang berselera sebab ketua dalam rumah dah jauh, sebelum ni kami makan berjemaah terutamanya waktu makan malam dan diketuai oleh si bapa.

Berbalik pada cerita serunding, semalam saya cuba makan ianya masih elok lagi, cuma rasa dia kurang sedap sebab dah  lama dalam tuperware, saya pun panaskan dalam kuali dengan api yang amat perlahan ternyata rasa dia memang jadi sedap. Bila adik balik sekolah saya pun jamulah serunding disamping lauk lain, adik ragu2 nak makan tapi saya cakap rasa dulu, bila dah di makannya baru dia cakap...ehhh...  sedaplah....

Haaa...  sesiapa beli serunding kalau dah agak lama cuba panaskan semula tentu rasa dia macam baru dimasak.

25 comments:

ibundo said...

kpah pun selalu recycle makanan yang tak habis. sayang membaazir..

Kakzakie Purvit said...

Makan dengan pulut pun sedap Kak Zai. Teringat beli serunding di Maidin. Kalau musim haji lagi banyak di jual.

Zaitun said...

ibundo

Kakpah...kalau makanan recycle tu jawabnya kita ajelah yang makannya,anak2 mandang pun tidak.

Zaitun said...

Kakzakie

Ha'ah... sedap sangat kalau lemang lagi best.Serunding tahan lama sebab tu orang pergi haji buat bekalan.

Amie said...

assalam Kak Tun,
biasanya kalau dekat nak raya, amie buat sendiri serunding rusa... bawa ole2 tk keluarga di kg... tp buatnya tak cukup sehari!

ibuintan said...

kakzai... saya suka makan dengan pulut

tapi kekadang terasa manis, tak berapa laku kat rumah ni

anie,Nagoya said...

dah lama tak dtg.bz le katakan.hihihi...bz gan mlz.kk Zai, kita ada beli serunding lam pek.tp tak sedap le.kita bg kawan.nak mkn serunding yg baru dimasak.baru sedap

MulutPayau said...

Kak Zai...serunding daging mmng sedap...tapi anak2 tak berapa suka..jadi jarang2 beli.....

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak Zai:):)

Kat umah tinie pun tak terusik juga sambal daging & ikan...
tu pun...mak mertua yang kasi..
Mujurlah ia tahan lama kan kak

azi said...

Salam akak..
akak..kain kali kalau tak habis..akak poskan ke SP ni aje..he..he..serunding tu kesukaan saya tau..saya boleh ratah satu balang sorang2...

Granny Hani said...

kalau ramai berkumpul, semua benda habis sekelip mata..time tak de org kat rumah, makanan macam minta belas kasihan supaya di habiskan..

Kak Aya said...

serunding ni makan dengan ketupat pulut terengganu, mmg best!

Zaitun said...

Amie

Salam Amie...Kak Zai tak pernah makan serunding rusa tentu sedap rasanya kan.
Kalau buat serunding memang lama tu selalu kak Zai beli aje.

Zaitun said...

Ibuintan

Kalau dengan pulut memang lawan dia.
Ada juga serunding yang terasa manis,kak Zai pun tak berapa suka.

Acik Erna said...

assalam zai..serunding makan dengan nasi impit pun sedap kan..

Zaitun said...

anie,Nagoya

Kalau beli serunding jangan beli yang dah dibungkus dalam plastik memang tak sedap rasanya,takut barang dah lama.

Zaitun said...

MulutPayau

Kak Zai rasa budak2 lebih suka serunding ayam berbeza dengan daging ada liat2 sikit.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...Kalau mak mertua Tinie yang buat tentu rasanya lebih sedap berbanding dengan serunding yang dijual.
Biasalah budak2 suka memilih makanan.

Zaitun said...

azi

Salam azi...owh azi pun suka juga,makan dengan roti pun sedap kan.
Nanti kalau kak Zai dah duduk ganu bolehlah kak Zai poskan.

Zaitun said...

hanidebumelukut

Agaknya makanan tu jadi sedap kalau ramai2 makan.Sebab tu kalau masak simple macamana pun habis licin.

Zaitun said...

Kak Aya

Salam...terima kasih sudi singgah.

Serunding memang sedap kalau dimakan dengan pulut atau lemang,berbeza ke dengan pulut Terengganu.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...bagi saya makan dengan apa2 pun sedap sebab saya suka serunding.

sal said...

sama macam saya..kadang2 banyak makanan yg susah nak habis..masukkan kat peti sejuk dan berhari2 kat sana..

kdg2 masak2 sikit2 jee..utk mengelakkan pembaziran..

kadang2 beri pd kawan2..suka tengok klu diorg suka mkn..penat memasak terasa hilang..

azieazah said...

Sekarang ni, anak-anak saya tengah kuat makan nak membesar. Lagipun masih ramai yang duk serumah. Tak sempat nak panaskan pun Kak ZAI... hehehe

agaknya kalu, nanti masing2 sibuk kerja, jarang kat rumah atau duk berasingan, saya pun macam Kak Zai. Masak tak berapa laku.


Mereka yang Kukenali (7): si “Nothing Special...”

Nida n' Hanafi said...

salam Kak zai...

Nida pernah sekali dulu buat serunding sendiri.. itu pun sebab dah teringin sangat nak makan.. nak pos ke NZ ni tak lepas