Saturday, June 18, 2011

Masakan Isteri & Father Day

Terengganu dapat extra cuti weekend sebab menang perlawanan bola, dapatlah hubby balik walaupun tak lama. kebetulan pula Hari Bapa jatuh pada minggu ni, saya pun beranganlah mencari tempat makan yang nak dituju. Dah jadi trend bila ada hari2 tertentu mesti di sambut makan2 di luar. Saya ajukan pada hubby tapi jawabnya dia tak nak makan kat luar tapi nak makan masakan isteri.

Hubby nak makan  masakan ringkas tapi sedap pada seleranya dan katanya lagi biar dia yang pergi pasar. Bila hubby dah cakap macam tu saya pun tak perlu berfikir untuk masak yang special. Tak lama dia pergi dah balik bawa bahan dan inilah hasilnya.

gulai lemak cili api rebung campur udang

ikan bawal goreng
tempe goreng

ulam 

sambal belacan

Dah lama tak makan masakan macam ni, puas dan sedap katanya. Selalu makan masakan yang manis2 aje, sambal nampak macam pedas tapi bila dimakan rasanya manis. Memang betul hubby rindu dengan masakan sebegini sebab dia makan sampai 3 pinggan, jarang sekali dia makan begitu banyak. Besok hubby dah nak balik tapi mungkin tengahari pergi kenduri dulu.

Ini kad yang dibuat adik untuk baba dia sempena Hari Bapa, selalu dia hanya membeli kad tapi kali ni adik  buat  hasil tangan sendiri.

Mathematik A1

Kepada semua yang bergelar bapa diluar sana......SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA....

33 comments:

cikmanggis said...

masakan isteri adalah masakan terbaik untuk hari bapa:)..Cm pun nak masak sendiri besok.Tak perlu keluarkan belanja lebih...masak sendiri penuh keberkatan.

ainnoraini said...

sedap2 semuanye tu kak zai...rebung mmg kegemaran saye...

mcm ni mesti somi kak zai kalau dok jauh2 rindu nak makan masakankan kak zai nnt tau.....

selamat hari bapa kepada semua...

azi said...

Salam Kak zai...
Akak..selazat mana makanan kat luar, tak sama dengan masakan hasil air tangan seorang isteri...masak simple2 pun sedap akak sebab berkat keikhlasan si isteri memasak utk suami. hubby akak mesti rindukan masakan akak sebab selalu mkn kat luar di tganukan...Macam akak masak tu, .sayur lemak kalau kawankan dengan sambal belacan memamg sedap.

Hamizah said...

sukanya bila kita masak org makan byk2

Pn Kartini said...

Assaalamulaaikum Kak Zai:)

PAstinya masakan air tangan isteri lebih sedap dari di luarkan kak..:)
Tini tengok pun mmg menyelerakan !:)Pasti menambat hati semua..esp.org tersayang...:):)

p/s:
Selamat HAri Bapa utk semua bapa2 kan kak..:):)

hani@debumelukut said...

Isteri mithali ni...tak der ke sambutan hari suami/isteri?

sal said...

selamat hari bapa..
sedapnya masakan tuh

Acik Erna said...

Assalam zai..dah lama tak makan masakan isteri..sebab dok berjauhan..tu yang rindukan air tangan zai tu..
mestila la bertambah dia makan..sedap tu zai.

ibuintan said...

laa siannya abang kakzai... rindu sangat ngan masakan isteri tersayang tu

walau simple namun suami kakzai puas makannya

sayangsayangibu said...

senang bila sendiri beli barang
kita masak je
memang itu yg nak di makan

Nieda said...

Bila berjauhan tentu dia rindu masakan isterinyakan. Nanti dia di sana tentu teringat2 masakan kak Zai.

Nieda said...

Bila berjauhan tentu dia rindu masakan isterinyakan. Nanti dia di sana tentu teringat2 masakan kak Zai.

azieazah said...

Nampaknya sambutan Hari Bapa tahun ini sungguh simple tapi sweet! Masakan isteri juga yang menjadi idaman di hati seorang lelaki, kan?

Selamat Hari Bapa. Moga terus sejahtera dan bahagia....

zino said...

salam kenal..
amboi sodap e masakan tu hehe terliur den hehe

ibundo said...

iyolah zai..
kek sanun dah pueh makan kek kodai.balik nak lah makan bokeh air tangan isteri..
kpah kalau poi pantai timur memang tak pueh makan sobab manih. goreng kuetiau pun manih. lidah kito ni dah tobiaso makan cili api ...

Zaitun said...

cikmanggis

Betul kata cm kalau makan kat luar ongkosnya lebih sikit sebab tentu makan tempat yang special sikit kan.

Zaitun said...

ainnoraini

Kak Zai rasa semua suami pun macam tu kan lebih suka makan masakan isteri.

Ain pun suka rebung?

Zaitun said...

azi

Salam azi...hubby kak Zai tak pandai masak sebab tu hari2 dia makan kat kedai.Manalah jumpa masakan macam tu kat sebelah pantai timur.

Zaitun said...

Hamizah

Kalau makan banyak rasa macam kita masak sedap sangat kan.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...Selalunya suami dan anak2 memang lebih suka masakan isteri atau ibu,bertahun2 bersama dah faham apa kegemaran masing2.

Zaitun said...

hani@debumelukut

Bagus juga kan kalau ada barulah rasa dihargai hehe....

Zaitun said...

sal

Terima kasih sal.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Bagi my hubby sedap sangatlah tu sebab lauk kegemaran dia kat sana susuh jumpa.

Zaitun said...

ibuintan

Memang dia rindu sebab tu makan bertambah2,macam orang kelaparan.

Zaitun said...

sayangsayangibu

Kalau kita yang beli mungkin dia teringin yang lain sebab tu hubby nak pergi sendiri.

Zaitun said...

Nieda

Kalau hubby menalipon ending perbualan mesti cerita bab makanan.

Zaitun said...

azieazah

Betul kata azie tahun ni sambutan hari bapa simple aje masak sendiri lepas tu jimat pulak tapi kan kak Zai rasa macam tak sempurna pula sebab dah biasa makan2 kat luar.

Zaitun said...

Zino

Salam...terima kasih sudi singgah.

Terliur ya.

Zaitun said...

ibundo

Tu lah kakpah hari2 makan kat kedai masakanya pula tak macam ditempat kita,nampak macam pedas tapi semuanya manis.

Kakzakie said...

Kakak terliaur dgn ulam-ulam dgn sambal belacan tu.

Apa saja yg diberi anak pasti tujuanya sama iaitu kasih-sayang pada bapa yg disanjungi. Syukur....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

semua lauk-lauk tu saya sukalah kak... ulam aje saya tak berapa makan.


masa lunch, kalau ternampak rebung mesti saya cedok .orang kata bau tapi itu yang sedapnya..

;o)

Zaitun said...

kak zakie

Sesekali makan ulam dengan sambal belacan memang menyelerakan makan bertambah2 hehe.....

Anak2 sekarang berpeluang menghadiahkan sesuatu pada orang2 yang mereka sayang tak macam zaman kak Zai dulu.

Zaitun said...

azrina 0307

Memang ramai yang suka makan rebung walaupun baunya kurang enak.
Dulu kak Zai pun tak berapa pandai makan ulam.