Hubby nak makan masakan ringkas tapi sedap pada seleranya dan katanya lagi biar dia yang pergi pasar. Bila hubby dah cakap macam tu saya pun tak perlu berfikir untuk masak yang special. Tak lama dia pergi dah balik bawa bahan dan inilah hasilnya.
gulai lemak cili api rebung campur udang
ikan bawal goreng
tempe goreng
ulam
sambal belacan
Dah lama tak makan masakan macam ni, puas dan sedap katanya. Selalu makan masakan yang manis2 aje, sambal nampak macam pedas tapi bila dimakan rasanya manis. Memang betul hubby rindu dengan masakan sebegini sebab dia makan sampai 3 pinggan, jarang sekali dia makan begitu banyak. Besok hubby dah nak balik tapi mungkin tengahari pergi kenduri dulu.
Ini kad yang dibuat adik untuk baba dia sempena Hari Bapa, selalu dia hanya membeli kad tapi kali ni adik buat hasil tangan sendiri.
Mathematik A1
33 comments:
masakan isteri adalah masakan terbaik untuk hari bapa:)..Cm pun nak masak sendiri besok.Tak perlu keluarkan belanja lebih...masak sendiri penuh keberkatan.
sedap2 semuanye tu kak zai...rebung mmg kegemaran saye...
mcm ni mesti somi kak zai kalau dok jauh2 rindu nak makan masakankan kak zai nnt tau.....
selamat hari bapa kepada semua...
Salam Kak zai...
Akak..selazat mana makanan kat luar, tak sama dengan masakan hasil air tangan seorang isteri...masak simple2 pun sedap akak sebab berkat keikhlasan si isteri memasak utk suami. hubby akak mesti rindukan masakan akak sebab selalu mkn kat luar di tganukan...Macam akak masak tu, .sayur lemak kalau kawankan dengan sambal belacan memamg sedap.
sukanya bila kita masak org makan byk2
Assaalamulaaikum Kak Zai:)
PAstinya masakan air tangan isteri lebih sedap dari di luarkan kak..:)
Tini tengok pun mmg menyelerakan !:)Pasti menambat hati semua..esp.org tersayang...:):)
p/s:
Selamat HAri Bapa utk semua bapa2 kan kak..:):)
Isteri mithali ni...tak der ke sambutan hari suami/isteri?
selamat hari bapa..
sedapnya masakan tuh
Assalam zai..dah lama tak makan masakan isteri..sebab dok berjauhan..tu yang rindukan air tangan zai tu..
mestila la bertambah dia makan..sedap tu zai.
laa siannya abang kakzai... rindu sangat ngan masakan isteri tersayang tu
walau simple namun suami kakzai puas makannya
senang bila sendiri beli barang
kita masak je
memang itu yg nak di makan
Bila berjauhan tentu dia rindu masakan isterinyakan. Nanti dia di sana tentu teringat2 masakan kak Zai.
Bila berjauhan tentu dia rindu masakan isterinyakan. Nanti dia di sana tentu teringat2 masakan kak Zai.
Nampaknya sambutan Hari Bapa tahun ini sungguh simple tapi sweet! Masakan isteri juga yang menjadi idaman di hati seorang lelaki, kan?
Selamat Hari Bapa. Moga terus sejahtera dan bahagia....
salam kenal..
amboi sodap e masakan tu hehe terliur den hehe
iyolah zai..
kek sanun dah pueh makan kek kodai.balik nak lah makan bokeh air tangan isteri..
kpah kalau poi pantai timur memang tak pueh makan sobab manih. goreng kuetiau pun manih. lidah kito ni dah tobiaso makan cili api ...
cikmanggis
Betul kata cm kalau makan kat luar ongkosnya lebih sikit sebab tentu makan tempat yang special sikit kan.
ainnoraini
Kak Zai rasa semua suami pun macam tu kan lebih suka makan masakan isteri.
Ain pun suka rebung?
azi
Salam azi...hubby kak Zai tak pandai masak sebab tu hari2 dia makan kat kedai.Manalah jumpa masakan macam tu kat sebelah pantai timur.
Hamizah
Kalau makan banyak rasa macam kita masak sedap sangat kan.
Pn Kartini
Salam Tinie...Selalunya suami dan anak2 memang lebih suka masakan isteri atau ibu,bertahun2 bersama dah faham apa kegemaran masing2.
hani@debumelukut
Bagus juga kan kalau ada barulah rasa dihargai hehe....
sal
Terima kasih sal.
Acik Erna
Salam Erna...Bagi my hubby sedap sangatlah tu sebab lauk kegemaran dia kat sana susuh jumpa.
ibuintan
Memang dia rindu sebab tu makan bertambah2,macam orang kelaparan.
sayangsayangibu
Kalau kita yang beli mungkin dia teringin yang lain sebab tu hubby nak pergi sendiri.
Nieda
Kalau hubby menalipon ending perbualan mesti cerita bab makanan.
azieazah
Betul kata azie tahun ni sambutan hari bapa simple aje masak sendiri lepas tu jimat pulak tapi kan kak Zai rasa macam tak sempurna pula sebab dah biasa makan2 kat luar.
Zino
Salam...terima kasih sudi singgah.
Terliur ya.
ibundo
Tu lah kakpah hari2 makan kat kedai masakanya pula tak macam ditempat kita,nampak macam pedas tapi semuanya manis.
Kakak terliaur dgn ulam-ulam dgn sambal belacan tu.
Apa saja yg diberi anak pasti tujuanya sama iaitu kasih-sayang pada bapa yg disanjungi. Syukur....
semua lauk-lauk tu saya sukalah kak... ulam aje saya tak berapa makan.
masa lunch, kalau ternampak rebung mesti saya cedok .orang kata bau tapi itu yang sedapnya..
;o)
kak zakie
Sesekali makan ulam dengan sambal belacan memang menyelerakan makan bertambah2 hehe.....
Anak2 sekarang berpeluang menghadiahkan sesuatu pada orang2 yang mereka sayang tak macam zaman kak Zai dulu.
azrina 0307
Memang ramai yang suka makan rebung walaupun baunya kurang enak.
Dulu kak Zai pun tak berapa pandai makan ulam.
Post a Comment