Saya nak ucapkan terima kasih pada rakan2 bloggers yang sangat2 ambil berat tentang saya, terutamanya...
Kamariah Awang
Lady Lavender
sal
hani@debumelukut
kakpah
Nida
ainnoraini
Acik Erna
kakzakie
azi
Terima kasih banyak2 atas keperihatinan kalian...kisahnya begini....My hubby ditugaskan menjaga salah satu projek kementerian kerajaan selama 3 tahun nun jauh disana, kat negara ni aje pun. Dah agak lama dia tak bertugas sedemikian rupa. Sebelum ni kalau hubby bertugas di luar kawasan dia tak berlama2 dan dia juga tak diperlukan berada selalu di tapak projek. Jadinya saya taklah berasa ditinggalkan dan taklah berasa sunyi sangat.
Tugas yang baru disandang perlu sentiasa berada disitu dan kalau cuti weedend harinya berbeza dengan cuti kita disini. Tak berbaloi kalau balik 2 hari dengan perbelanjaan yang digunakan lagi pun boring kalau memandu sorang2. Hubby tak bawa kereta sebab disana ada company car dan dia akan menggunakan pengangkutan awam untuk balik kesini. Buat masa sekarang saya tak dapat ikut hubby berpindah sebab adik akan menghadapi PMR tak lama lagi. Hubby ada mencadangkan supaya tahun depan kami mengikutnya dan berpindah kesana.
Pindah ke negeri itu...dalam dilema sebab saya sayang nak tinggalkan rumah dan pokok2, keduanya saya tak dapat berjumpa selalu dengan Mimi, kalau sebelum ni weekend pun saya turun ke Melaka kalau dia busy atau dia tak dapat balik. Alasan yang boleh diterima pakai.
Sementara menunggu sekolah adik habis (lebih kurang 5 bulan lagi) saya terpaksa bersendirian, dah lama tak bersendiri. Alasan paling tepat saya tak mahu ditinggalkan lagi. Umur begini kadang2 tak tentu masa tiba2 saja sakit pening datang. Nak harapkan Aboy (anak kedua) pagi2 lagi dah keluar rumah pergi kerja malam baru balik lagi pun tak sama macam hubby ada disamping kita. Dulu masa anak2 kecik hubby memang selalu kerja outstation tapi masa tu saya busy dengan tugas. Agak lama saya tak ditinggalkan, dah tak pandai buat sebarang kerja bersendirian. Bolehlah di katakan saya ni dimanja terlalu lama (ya ke?).
34 comments:
Salam Akak...
Ohhh..begitu ceritanya..Akak bagi saya...akak tunggu dulu sampai sikecil habis exam, pastu tu akak ikutlah hubby akak...ni mesti kedah atau trengganu ni sbb akak cakap cuti tak sama dgn KL...kesian jugak dekat hubby akak, duduk sorang2....kalau ada masa, akak baliklah tengok rumah dan pokok2 kesayangan akak tu...apapun, saya harap akak akan buat keputusan yang baik ok...
oo..camtu ceritanya k.zai..sedih pulak dengar luahan hati k.zai.Memang patut pun k.zai rasa lonely..take care yea akak. Maybe take some times to adjust with the situation (sgt memahami, org yg ckp @ bagi nasihat tak sama mcm org yg menanggung).
alahai sian akak...dlm dilema betul ni...tapi saya rasa ikut hubby the best way kot kak...
betul lah kakzai.. hujung tahun ni eloklah ikut hubby kakzai tu..
dah bertahun2 duduk dan buat semuanya bersama sesekali ditinggalkan memang terasa kehilangan sangat kan kakzai..semuanya tak kena
kalau saya, saya ikut hubby.dari duk di rumah dan nangis guling2 rindu sorang2 gitu baik bersama dia walau byk yg perlu di korbankan..boleh aje,duk kat mana pun sama kalau dah biasa..anggap lah ni percutian yg lama..vacation.
Kalau ke Kelantan, I am here.need any guidence just give me a call.
Salam Kak ZAI..
saya pernah baca, “tempat seorang isteri adalah di sisi suami.”
Elok juga bermula tahun depan, Kak Zai tinggal bersama suami. Anak2 semakin membesar dan mereka akan semakin berdikari bila berjauhan dari ibu bapa. Macam orang merantau tinggalkan kampung tu.. Kes Akak ni ibubapa yang merantau...
Semoga terus berbahagia.
kk Zai nak pindah?tggu kita ketemu kk Zai tau.selalu turun melaka.cantik le kalo kk Zai rajin turun melaka.tak yah kita naik KL.eh?kk Zai ddk kat KL kan?alamak ni kes lupa lah kak.insyAllah....bl7 nnt akan cari brg yg kita nak bg tu.dah ckp kat hubby mnta tlg teman g cuci mata.
tol kan kk Zai....sempat suami le tmpt kita mengadu n bermanja.tuk sementara tak pelah berpisah kejap.jgn sedih2...nnt kita dtg leh kekita bermanja2.kita pun manja cam kucing tu.hihihihi...
suami ni macam kembar siam kita. tempat kita berkepit. Bila tak ada memanglah kita rasa kehilangan.
Nanti adik dah habis peksa, ikut yo lah. Anak2 pun dah bosa.
Tapi, tulah.. risau e sok kalau dah kek sanun samo suami, teringat pulak kek anak yang tinggal kek sini. Kito ni jadi omak kalau buleh nak bokopit gak mo anak2.
Aihh.. susah gak ni.
assalam zai..kalau macam tu...lepas adik habis PMR..boleh la bersedia untuk berpindah..
tak pe kan zai..sampai dia habis tugas aje kan..kena berkorban lagi..
as salam..
memang susah kalau tinggal berjauhan tapi mungkin itu cabaran yg perlu dilalui pula..
buat masa ni kuatkan semangat jalani kehidupan sendirian bersama anak2..insyaAllah TUHAN beri kekuatan..
apabila keadaan mengizinkan..berfikiRlah mana yg lebih baik..mungkin berpindah lebih baik jika ia banyak memberi faedah..
Assalam kak Zai...simpati juga dengan akak tapi sabarlah yer ada hikmahnya tu...nanti dah selesai semua dapat lah dok sekali...InsyaAllah.
saya juga berpengalaman mcm akak dulu 2 thn berjauhan dgn suami masa tu saya di M'sia bekerja suami pula di Bangladesh bertugas disana 2 thn juga saya dirumah MIL...memang terasa dugaannya tapi alhamdulillah sekrng dah dapat dok sekali.
kalau saye pun mungkin ikut somi...tak mau saye duk sorang2...kalau anak kecik2 lg mau saye angkut sekali...tapi anak kak zai semua dah besar...lepas adik habis PMR bole la ikut somi tu kan..
somi kak zai pun mesti sunyi jugakkan kalu duk jauh2 ni...
azi
Salam azi...kak Zai pun tak tahu sama ada nak ikut hubby ke tidak,memang lah kesian tapi buat masa sekarang hubby tinggal dengan staff dia.
Lady Lavender
Mungkin benar kata Lavender take time.Kak Zai dah lama bersama kemana saja.
wahida
Salam wahida...terima kasih sudi singgah.
Betul juga cadangan tu tak payah hubby berulang alik.
ibuintan
Kalau dah sepakat mungkin juga kak Zai pindah.Sayang juga meninggalkan rumah terutamanya orkid.Kak Zai dah banyak berbelanja dengan pokok2.
hani@debumelukut
Betul juga kan dari termenung dan guling nangis2 lebih baik ikut tapi kan kak Zai sayang sangat dengan benda2 yang ada kat sini.
azieazah
Salam azie...memang betul tu tempat isteri adalah disisi suami.
Mungkin juga kak Zai pindah tapi tak tahu seronok ke tidak sebab kak Zai dah lama tinggal di Kl.
Terima kasih atas doa.
anie,Nagoya
Belum lagi lah sayang,kalau pindah pun mungkin tahun depan.Macamana nak gi Melaka sekarang kak Zai tak boleh memandu jauh dan waktu malam dah kena tunggu hubby baru boleh pergi.
Kak Zai dah lama bersama,susah senang itulah partner macam handbag pergi mana2 mesti bawa.
kakpah
Itulah kakpah rasa macam tak tentu arah dibuatnya samada nak ikut hubby atau tinggal aje sendirian.Nanti bila dengan hubby hari2 nangis ingat anak tambah pulak anak perempuan.
Acik Erna
Salam Erna...pakat dengan hubby macam tulah habis adik exam kami berpindah kena berkorbanlah macam kata Erna tapi jangka masa 3 ke 4 tahun.
sal
Salam sal...memang satu cabaran bagi kak Zai buat masa ni tetiba aje kena berjauhan,bercelaru fikiran tak tahu nak pilih yang mana satu.
Mungkin juga ada hikmah disebaliknya mana tahu kan.
Nieza
Salam Nieza...ya mungkin ada hikmahnya siapa tahu kan.Kak Zai kena kuatkan semangat dan belajar berdikari kalau asyik semua tak boleh buat nanti anak tengok tak elok pulak kan.
Orang yang dah merasa lebih faham keperitan bila berjauhan.
ainnoraini
Mungkin itulah jalan yang terbaik,tahun depan kak Zai akan berhijrah.
Hubby pun terasa sunyi kadang2 dalam 1 hari sampai 2 kali talipon.
Saalm kak , sedih baca citer kak kena tinggal. sabar kak, tak lama lagi nak hujung tahun.
Ikut jangan tak ikut.
salam petang kawan .....mommy pun pernah kena tggal, mmg perit semua nak kena bt sendiri...sunyi jgn di kenang...boring.tapi nak wat cam mane kan..hubby nak cari rezeki....
Nieda
Salam Nieda...Sedih jugalah sebab dah lama bersama kan. Kalau kata dah sepakat mungkin juga hujung tahun kak Zai berpindah.
mommylavender
Salam...Orang yang dah pernah kena tinggalkan tahu betapa sunyinya kan, semua kena buat sendiri.Paling kak Zai takut kalau dibuatnya sakit pening.
Kali ni jauh pulak rezeki yang ada nak buat macamana.
Assalamualaikum my dear K Zai:)
lama tak singgah ke sini kann..aduhaii..:)cuti2 hinggakan blog bercuti sekali!
Sabar kak ya...
InsyaAllah..dengan doa padaNya..kan diberi petunjuk keputusan yang terbaik...
sabar la Zai..bila adik abih sekolah kena ikut suami..pejam mata tentang rumah tentang pokok...Cm mmg tak boleh berpisah dgn suami wpun sehari..btol kata kakpah ..suami tu kembar siam kita terutama duhujung usia ni..tak sama wpun ada anak..tak sama ...
Pn.Kartini
Salam Tinie...terima kasih ya, insyaAllah dengan izinNYa kak Zai diberikan kekuatan dan semangat.
cikmanggis
Cadanganya pun macam tu lah habis adik PMR saya akan berhijrah meninggalkan rumah dan pokok2 kesayangan. Tak sanggup rasanya berpisah lama2.Mungkin kalau ada kesempatan sebulan sekali balik.
salam...kalau saya pindah aje le buat sementara waktu sebaik shj anak habis PMR...sebab sy pernah alami keadaan seperti ini juga
bila duk berasiung nih, segala kena buat sendiri, terkejar2
sbb tu sya sedaya upaya bila enpakwe bertukar je, sya wajib mohon bertukar jugak
Post a Comment