Thursday, February 24, 2011

Tangan Ooohhh Tangan

Baru balik dari hospital, buat rawatan susulan. Dah jumpa doktor pakar lepas tu dah bincang2.Dah tetapkan hari buat operation, hujung bulan March, minor aje kat pergelangan tangan.

Doktor kata sarafnya tersepit itu yang membuatkan selalu kebas. Buat operation tangan kanan dulu dah baik baru buat tangan kiri pula.Menurut doktor 3 hari selepas buat operation masih terasa sakit dan dalam masa 2 minggu tak boleh gunakan tangan untuk membuat kerja. Takut dan risau juga tapi nak elokkan tangan jangan banyak pikir.Harap2 dipemudahkan.

12 comments:

Acik Erna said...

assalam semoga dipermudahkan dan
akan sihat sepeti biasa..
masa untuk berihat zai..jangan dipaksa tangan tu nanti..rehat sepenuhnya ye..

Abdul Munir Sanusi said...

Auntie, Carpal Tunnel Syndrome?

sal said...

moga cepat sembuh yeee...

tak cuba alternatif lain, kee buat akupanctur kee..

buatlah yg terbaik..

cikmanggis said...

cm doakan agar zai kembali sihat dan semuanya akan berjalan lancar.Insyallah.

aNIe said...

Kak Zai...semoga cepat sembuh... jiran anie pun baru operate pergelangan tangan jugak sebab rasa kebas...

ibundo said...

kakak kpah pun kena macam tu jugak. minor oprtn.
semuga sembuh.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...Berkat doa Erna tangan ni boleh buat kerja2 berat semula,kesian tengok pokok2 yang terbiar.

Rehat tangan tapi fikiran tak mau rehat hehehe....

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Mungkin kot,ia melibatkan saraf yang tersepit membuatkan kebas seluruh tangan.Auntie tak faham bahasa doktor.

Zaitun said...

sal

InsyaAllah.

Dah buat tapi masih tak baik.

Zaitun said...

cikmanggis

Terima kasih... semoga tangan ni boleh berkebun macam cm,jeles tengok dapat makan sayur yang ditanam sendiri.

Zaitun said...

aNIe

Agaknya ramai yang menderita macam tangan kak Zai ni ya.

Dah baik ke tangannya?

Zaitun said...

kakpah

Kakak kakpah operate 2 tangan ke? dah boleh buat kerja berat?