Thursday, February 10, 2011

Sedar lah...

Anak ada 5 orang.

Anak semuanya lulusan universiti.

Anak bekerjaya  tinggi.

Rumah mak ayah di jadikan nursery.

Malam2 ayah kesatu tempat, sebelah tangan memegang tongkat, sebelah tangan memegang plastik.

cari apa?........

Tin kosong.

Bukan salah ibu mengandung........

22 comments:

iina said...

Pernah dengar cerita2 lebih kurang macam nie.. mmg bkn salah ibu dan ayah

Acik Erna said...

as salam zai..memang bukan salah ibu dan ayah..tapi nak salah siapa?
yang tak boleh tahan tu..rumah ibu dan ayah dijadikan nursery..

cikmanggis said...

takutnya......

ckLah @xiiinam said...

......kehilangan kata-kata apabila membaca cerita begini. Selalu cakap kat mak, 'Kami 10 beradik tidak akan membiarkan mak derita walau sedikitpun!'

cikceriacorner said...

akak..

ni cite btul ke?kesiannye mak ayah dia..nape buat mcm tu..

moga mereka dibukakan hidayah..

Zaitun said...

iina

Ramai kan anak2 yang lupa jasa mak dan ayah mereka.Kalau tak berpelajaran boleh lah kata itu pun susah nak diterima.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...Susah nak bagi jawapan. Mak dan ayah dah bagi pelajaran tapi itulah yang terjadi.kadang2 mak bersungut tak cukup masa untuk mengadap Allah.

Zaitun said...

cikmanggis

Bukan takut tapi ngeri.simpang malaikat 44 sebolehnya.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Bertuahnya mak kalau dapat 10 orang anak menyanyanginya setiap masa.

Zaitun said...

cikceriacorner

True story...bukan drama.Itu yang jadi mushkil kenapa semua anak menghambakan mak dan ayah.Semoga mereka tersedar sebelum kedua2nya pergi...

lady lavender said...

semoga dijauhkan...

ibundo said...

Sedihnya..
Anak2 macam ni tak takut ke balasan sok.

sekadar satu coretan said...

mintak2 jauhkan terjadi kat kite...takutnye bile anak2 buat mcm tu...

alhamdullilah..mak saye tak jd mcm tu...w/pun sekarang ni dia tak berapa sihat...kami adik beradik menjaganye sebaik yg boleh...

JunAina said...

setiap yang terjadi pasti ada sebab dan musababnya...bila di hati tiada sayang dan hilan belas apa juga akan terjadi...

nanti tercium bau syurgakah?

sal said...

sedih ya..ada juga anak2 yg lupa..
kacang lupakan kulit..
moga anak2 kita tak jadi mcm tuh

Zaitun said...

Lady Lavendar

Harapan pun begitulah.

Zaitun said...

Kakpah

Mungkin anak2nya lupa sebab diulit kemewahan.

Zaitun said...

ainnoraini

Kita jadikan pelajaran dan berdoa semoga anak2 tak melakukan pada kita.

Syukur...tentu syurga tempatnya apabila membahagiakan ibubapa.

Zaitun said...

JunAina

Kalau dah hilang kasih sayang pada ibubapa mungkin juga lupa pada yang Maha Esa.

Wallahuallam bi shawab...

Zaitun said...

sal

Selalulah berdoa semoga anak2 kita dijauhkan dari berkelakuan sedemikian rupa.

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..

Moga akak sihat2 di sana:)

Betapa jasa ibubapa amat besar
dalam membentuk anak2 menjadi seseorang yg berjaya...
Namun alangkah malang andai penat lelah susah payah itu dilupai sebegitu sahaja....
Moga dijauhkan...

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie,semoga Tinie juga sihat2 hendaknya.

Kalau nak cerita jasa ibubapa tak boleh nak diukur,proses kelahiran,menjaga,mendidik dan mendoakan kebahagian dan kesejahteraan anak2 selagi nyawa dikandung badan.Tak mungkin boleh lupa apa yang mereka telah lakukan.