Saturday, February 12, 2011

Moga2

Semalam hubby ke hospital menziarahi kawan yang pernah tinggal se taman dengan kami jatuh dari bumbung. Masih belum sedarkan diri, kepalanya pecah dan doktor mengatakan 50-50.

Baru 2 bulan berpindah ke taman perumahan lain tapi dia selalu datang kerumah. Masa mula2 dulu saya tak berapa mengenalinya walaupun duduk satu taman, hubby yang kenal dulu sebab sama2 pergi ke masjid.Dia menceritakan yang dia berasal dari Gopeng, Perak. Kebetulan ayah saya juga berasal dari tempat yang sama dan ramai diantara keluarga ayah yang dikenalinya.Selepas dah kenal kami menjadi rapat dan dia selalu datang kerumah.Tahun lepas anak perempuannya meninggal dunia berumur 20 tahun sebab sakit misteri.

Semoga pak yop cepat sedar dan sembuh seperti sedikala.

p/s :Jiran yang jatuh tahun lepas dah sembuh, dah pun bekerja semula.

^

^

^

^

^
Baru aje dapat mesej dari sahabat yang dianggap kakak, anaknya baru aje berpisah dengan suaminya.
Lebih baik hidup sendiri dari hidup bersama lelaki yang tak pernah bertanggung jawab.

Semoga N tabah menghadapi masa depan bersama 2 orang anak.

15 comments:

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:)

Inilah ketentuan dari Ilahi...

Semoga Pak Yob dipulihkan seperti sediakala.....Amin....

cikmanggis said...

semoga pak yob akan kembali sedar dan sihat seperti sedia kala.Insyallah.

Acik Erna said...

as salam zai..caman boleh jatuh dari bumbung..
tapi betul kata tini..dah ketentun illahi..
semoga pak yob cepat sembuh.

Chik Na said...

semoga pak yop cepat pulih..

sal said...

musibah melanda dengan tiba2..

takdir Ilahi menentukan segala..

kita hanya berdoa moga2 pak yob cepat sembuh..

kasihibu said...

salam kak
semoga pak yob cepat sembuh
ngeri sya baca en3 nih

ckLah @xiiinam said...

Semoga jiran akak Pulih...

Suami jiran yang berkembar dengan rumah ckLah pun sedang menderita sakit. Hiba melihatnya...

aNIe said...

Semoga Pak Yob pulih seperti sedia kala...

Malang itu tidak berbau ye kak?

anie,Nagoya said...

moga pak yob tabah n kuat!!!...

kita sama2 doakan tuk pak yob

ibundo said...

Apaa yang dibuat dibumbung tu.. alahai.
semuga sembuh seperti sediakala.

sekadar satu coretan said...

kesiannye...
semoga pak yop dipermudahkan segala urusan dan agar segara pulih dan sihat seperti biasa...

Zaitun said...

Pn Kartini
cikmanggis
kak Erna
Chik Na
sal
sayangsayangibu
ckLah@xiiinam
aNIe
anie,Nagoya
kakpah
ainnoraini

Salam semua...terima kasih atas simpati,kita doakan semuga pak yop cepat sembuh.Buat masa ini dia masih lagi koma.

iina said...

Moga kawan akak tuh sihat kembali.. InsyAllah.. dugaan dtg dlm mcm2 bentuk kan kak ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

seram dibuatnya kak.

semoga Pak Yob pulih dari koma.

Zaitun said...

iina
azrina03.07

Semoga doa yang berikan di kabulkan Allah SWT.