Kalau ikutkan dah lama semua mainan ni saya sedekahkan pada orang atau buang saja tapi yang empunya tak mengizinkan, anak2 mahu semuanya disimpan walaupun ada yang dah berumur lebih 20 tahun. Satu yang saya puji kebanyakkan mainan ni masih berkeadaan baik sebab anak2 amat cermat. Masa kecik2 dulu lepas main mereka akan simpan semula ditempat yang disediakan.
Kalau barang lain atau baju anak2 tak kisah kalau diberikan pada orang tapi tidak mainan. Saya tak tahu kenapa mereka terlalu sayangkan mainan masing2. Sesekali bila mengemas adalah suara yang kata mainan ni beli masa melancong kata sini kat sinun. Hairan juga anak2 boleh ingat walaupun ketika itu mereka masih kecik2.
Semua mainan ini kepunyaan anak perempuan, mainan anak lelaki dah disimpan dalam kotak. Kadang2 ada juga saudara mara yang datang, saya bagi anak2 mereka main lego atau lasy( berbentuk H )dah lama tak nampak mainan ni, mainan ni kalau disambung sambung boleh jadi berbagai2 bentuk. Pernah anak lelaki menang naib juara semasa ada pertandingan di Yowhan (sekarang dah tukar nama).
Kalau anak2 suka menyimpan mainan saya juga ada menyimpan sesuatu...baby cot. Beli 1 untuk 4 orang anak. Setiap ada kelahiran cot itu akan berubah warna. Masih dalam keadaan baik dan mungkin juga boleh digunakan bila saya ada cucu nanti, itu pun kalau anak2 mahu gunakan kalau tidak bolehlah diberikan pada sesispa yang minat.
22 comments:
assalamualaikum zai..banyaknya mainan..biasanya yang patung2 atau bear tu..anak perempuan la kan..anak lelaki lain pulak jenis mainan dia..
kak, promote recycling dan save for the future, saya sokong xtvt ni :)
teringat cerita toy story..
Wahh cermatnya anak-anak Kak Zai jaga mainan. Masih baik lagi. Pasti kalu tengok tu teringat masa kecil, ntah2 dah tak jual lagi mainan sebegitu...
Bolehlah diwariskan kepada cucu nanti...
Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar
Menarik ni k.zai. Kalau di bawak sebahagian mainan tu ke tadika saya tentu melompat kegirangan bebudak tu. Melihat mereka bermain dengan permainan yang terhad tetapi penuh imaginasi membuat saya terkenang zaman saya kecik dulu. Anak-anak sekarang mewah sedangkan kita menggunakan segala benda di sekeliling untuk dijelmakan menjadi permainan..yang pasti ia tetap menyeronokkan.
kak Erna
Salam Erna...Kalau mainan anak lelaki kebanyakkannya mainan perang2,patung power rangger,lasy,lego,kereta2 dan sebagainya kan.
Mak Su
Mungkin satu ketika nanti mainan ni dah tak ada dalam pasaran.
Hamizah
Kak Zai pun suka cerita ni.
Kalau barang mainan anak2 kak Zai memang sayang.
Mungkin juga sebab kak Zai dah lama tak ke toy's r us.
InsyaAllah kalau ditakdirkan ada.
DAMAI IMPIAN D'BANGI
Kalau budak2 dapat memanglah seronok,mainan tu pula boleh main ramai.
Macam kak Zai dulu pun main barang yang ada disekeliling aje.Anak patung buat sendiri,kalau main masak2 gunalah pinggan2 mak yang dah tak dipakai.
Jom kita main pulak kakZai...
memang banyak sesangat..
cantik dan comel
cermat betul diorang
ckLah@xiiinam
Jom...tapi kak Zai suka main congkak.
sayangsayangibu
Mainan dulu2 sekarang budak2 tak main tu lagi lebih moden ada psp dan seangkatan dengannya.
wah hebat2 kan mainan budak2 sekarang ni..:)
Banyak mainan tu. Rumah mwana kecik ajer, soterpaksa sedekahkanmainan2 tu pd jiran2 atau nurseri rakan. Nak clearkan semua. Tapi masih ada lagi sekotak dua yg disorok bawah katil.
assalam kak zai..rindunya sudah lama tak kemari..sehat ke?..waah..dah byk n3 kat sini ya kak?..huhu..balik dulu lah nnti datang lagi nak main2 dgn anak patung tu pulak.
DNA maknya kuat.tgk le.maknya pun tak ketinggalan punyai hobi yg sama.
cute jg ya kk Zai ni....
salam akak..
bestnye tgk barang2 mainan tu..
rase mcm nak main balik la mainan tu..hehe
WAH Meriahnya dengan mainan anak2 tu..cermat sungguh anak u yee, masih simpan dengan baik..
salam zai..boleh buka kedai mini toy's R.Us ni hehe
As-Salam,
Kiut miut kesemua mainan ni!
Post a Comment