Tuesday, February 08, 2011

Menggigil

Minggu ni saya agak busy sedikit... tak dapat nak menjengok rumah kengkawan. Blog sendiri pun tak ber update, hari ni baru ada sedikit masa.

Pagi tadi tengah bersarapan dengan hubby tiba2 dengar suara perempuan menjerit dengan kuat sekali, menggeletar lutut saya dibuatnya lalu berhenti makan, jengok kat tingkap dari mana datangnya arah tu.Dulu ada juga suara orang menjerit bila keluar rumah tengok api dah menjulang. Kali ini suara tu dari arah yang sama tapi jeritan bersambung dengan tangisan dan tak lama lepas tu dengar suara lelaki menjerit pula. Kami sambung makan semula sebab dah tahu mesti gara2 suami isteri bergaduh. Hubby kata kalau rumah yang itu orangnya baru berpindah kesini sebab baru beberapa bulan rumah tu kosong.

Pepatah ada berkata sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri, petua saya pula kalau bergaduh lepas tu bila berbaik semula more loving, kata orang gaduh2 manja. Tapi yang ini memang menakutkan. Dari suara dan jerit si isteri kita boleh agak yang si suami memukul isterinya. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan kenapa mesti dipukul bukan ke suami pelindung buat isteri. Kadang2 kalau yang bergaduh macam ni rasa nak tolong, takut terjadi perkara yang tak di ingini tapi takut pula mencampuri urusan rumah tangga orang.

Saya hairan kenapalah ada lelaki yang suka mengasari perempuan sedangkan mereka banyak membantu. Bila ada ahli keluarga yang sakit perempuanlah yang sanggup bersengkang mata. Begitu juga bab perbelanjaan perempuan sanggup buat sesuatu untuk menambah pendapatan. Pendapat saya kalau rasa nak mendirikan rumahtangga biarlah diri sendiri punya ilmu yang lebih bukan saja setakat nak bagi nafkah zahir dan batin. Itu sebabnya zaman sekarang banyak sangat kes perceraian walaupun usia perkahwinan baru beberapa bulan. Kalau yang diceraikan dengan cara baik tak apa lagi ada sesetengah tu sanggup dera perasaan, dibiarkan hidup bersendirian sedangkan dia berseronok dengan perempuan lain. Saya tak tahu apa nak jadi dengan pasangan sebegini, kalau pun tak ada malu pada yang kat Atas tu malulah pada jiran tetangga.

20 comments:

sekadar satu coretan said...

takutnye...
mintak jauhkan perkara2 mcm tu berlaku kat kite semua...

bile dah berumahtangga ni sifat tolak ansur dan sabar mesti ade setiap pasangan tu...baru la aman damai hidup berkeluarga...

iina said...

Kak Zai.. setuju sangat.. hidup berumah tangga kenalah sabar dan selesaikan dengan cara yang baik ;)

aNIe said...

Kak Zai... tulah patutnya orang laki jadi pelindung orang perempuan... tapi jadi sebaliknya...

Yg perempuan pulak kadang rela diri disakiti... kerana sayang katanya...walau apa pun dilakukan suami padanya... dia tetap setia... kadang kita yg kesian nak bagi nasihat... bila mereka baik...kita pulak yang jadi jahat... susah kalau mcm tu...

ibundo said...

kakpah pernah dengar pasangan muda bergaduh. Anak neighbor sebelah. aduh... takutnya. takut kok ada yang mati kena tetak jer.

Acik Erna said...

assalam zai..sampai macam tu sekali??
kenapa la..dia kahwin..kalau hanya untuk menyakiti wanita..

Abdul Munir Sanusi said...

Itu pasal Nabi ada ajar suruh cari pasangan yang beragama, tenag hati. Bila dia beragama dia jadi manusia beringat.

ibuintan said...

salam kakzai,

salah siapalah agaknya tu?

jangan sampai berbunuhan sudahlah kan..

Zaitun said...

ainnoraini

Kalau ada yang buat salah bincang sama2 mana yang salah diperbetulkan supaya tak berulang.Sikap sabar wajib ditanam dalam diri terutamanya para suami.

Zaitun said...

iina

Bawa ber muzakarah,berbincang kalau tak boleh selesai jadikan orang yang terdekat jadi rujukan.

Zaitun said...

Itulah masaalahnya bila berlaku pergaduhan beria2 minta pandangan tapi dah kena pujuk rayu dek si suami kita dipersalahkan.

Zaitun said...

Kakpah

Itulah yang membuat lutut saya menggigil.Nak tolong serba salah kalau dibiarkan takut ada yang mati tak pasal2 penuh wartawan kat kawasan rumah.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...selalunya lelaki kalau sebelum kahwin tak tunjuk belang si perempuan pula tak mahu menyiasat latar belakang.Bila dah kahwin macam tulah jadinya jadi kes dera.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Ramai yang beragama,pandai hukum hakam,berhujah sana sini tapi bila menghadapi masaalah tak di praktikkan.

Zaitun said...

ibuintan

Salam ibuintan...tak kiralah siapa salah kan janganlah sampai pukul memukul banyak cara lain boleh selesaikan masalah.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalau berlarutan camtu kak, kena buat report tu.

tak rasa segan dan hormat pada jiran tetangga ke dorang tu?

Minta dijauhkan dari berbuat macam tu.

Zaitun said...

azrina03.07

Kadang2 kalau kita bantu takut orang cakap lebih2 pulak sebab bila dah berbaik lain ceritanya.

Takut kan dapat suami macam tu,syukur dapat yang penyayang.

cikmanggis said...

dulu pernah berjiran dgn suami isteri yg selalu bergaduh tapi yg hairannya jap je dah berbaik hehe

Bibu said...

hohohoho...takut kalo bab gaduh.lagi2 lelaki pukul perempuan.penh terjadi depan 2thn lepas.cukup jelah gan peristiwa itu

knpa lelaki ego sgt dgn sikap mereka?kadang2 buat benci.tp sib baik kita ni dilahirkan penuh gan sikap bertolak ansur.ahak....

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...itu yang membuat kita takut nak tolong.Masa bergaduh macam ribut melanda tapi bila dah baik macam belangkas.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Kalau setakat bertekak biasalah kan tapi tak lah sampai pukul memukul.

Lelaki ego jarang nak beralah,yang jadi mangsa perempuan.Nasib baiklah dapat hubby yang tak jenis tu.