Sebelum ni ckLah ada sentuh pasal cone heads, trend pakai tudung zaman sekarang. Terbonjol sampai kadang2 boleh melindungi pemandangan kita. Bagi yang minat berfesyen tak jadi masaalah tapi jangan lah sampai keluar dari niat kita sebenar. Memanglah fesyen sebegitu pun menutup aurat selagi tak menampakan helaian rambut.
Anak bongsu saya yang kami panggil siadik pun bertudung ala2 sebegitu tapi sanggulnya kebawah tidak menonjol keatas.Tudungnya sedemikian rupa bukan sebab trend yang diikuti tapi sebab dia punya rambut yang amat lebat dan tebal dah tu panjang pula, serupa macam rambut Alleycat. Allah anugerahkan dia rambut sebegitu rupa berbeza sangat dengan adik beradik yang lain, pernah dia tanya adakah dia anak kandung kami atau sebaliknya gara2 rambut yang berbeza.
Katanya lagi dia tidak akan sama sekali mengikut trend tudung yang ala2 cone head itu tapi disebabkan rambutnya seperti yang disebut diatas jadinya tudung yang dipakai terbentuk sedemikian rupa. Pernah juga dia cakap dengan saya kalaulah botakkan kepala tu tak salah dalam hukum dah lama dia botakkan kepalanya. Saya hormat dengan penjelasannya dan yang paling membuat saya tersentuh dia menceritakan dan menunjukkan sesuatu pada saya yang tak pernah terlintas dikepala saya sendiri.
Pernah dengar pasal Freemason ?
Ramai diantara kita membanggakan symbol2 termasuk diri saya sendiri, contohnya saya sangat2 meminati kereta volkswagen yang ada symbol VW, my hubby pula berangan dengan kereta Mercedes yang lambangnya berbentuk bintang. Ramai yang bangga dengan symbol tapi ramai tak yang tahu kita telah ditipu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang symbol2 ni sila layari moneyteachers.org.
Tahun lepas masa kami sama2 menonton tv rancangan AJL(2009) banyak benda2 yang dia complain tapi kami buat tak tahu aje sampailah bila ramai yang bersuara disurat khabar baru saya rasa terpana.Saya tanya dia dari mana dia tahu banyak tentang freemason jawabnya dari pembacaan. Sekali lagi dia tunjukkan saya ..boleh layari jejaki tinggalan rasul dan satu lagi link yang boleh dijadikan panduan perbualan dengan paderi.
Baru2 ni bila pak Latip minta cadangan dia untuk dimasukkan dalam buku yang baru nak ditulis, siadik menyarankan agar pak Latip menyentuh tentang freemason. Saya tak tahu kenapa dia mahu orang ramai faham. Percaya atau tidak kalau dia bercerita tentang benda ni sampai berjam2 dan terlalu banyak yang dia tahu yang saya sendiri banyak yang kurang tahu tapi tak ambil tahu. Bila saya fikir semula banyaknya pengetahuan anak saya seorang ni sedangkan kalau ditengok orangnya jauh berbeza. Patutlah pernah seorang cikgunya berkata ...kamu ni tak padan rupa, banyak yang kamu tahu.
Hanya Allah yang mengetahui.
22 comments:
Maafkan cklah kalau entri itu menyinggung perasaan. ckLah menulis berdasarkan hadis yang disertakan...
As salam zaitun..alhamdulillah..adik tu banyak membaca..
banyak membaca kan luas pengetahuan..
ehh, nak buat camna..dah anugerah semulajadi rambut pesen camtu..
tentang agenda mereka tuh, saya ada baca juga..bnyk cara mrk mahu merosakkan kita yee..kena berhati2..
kalo ada ms nnt kita baca.nak tahu jg.
kejap lagi nak balik ni...
mlm ni mase kat rumah saye bace ye kak zai...
selamat petang kak zai..
ckLah
kak Zai pun minta maaf kalau ada yang tersinggung,tak salah kan tegur menegur antara satu sama lain kalau untuk kebaikkan.
kak Erna
Salam Erna...Dia memang suka membaca,kakak dia panggil ulat buku.
sal
Tulah Allah dah anugerahkan.
Kadang2 kita terlalai suka pada yang kita tak tahu maksudnya.
anie,Nagoya
Boleh jadikan panduan dan peringatan.
ainnoraini
Selamat petang.
Kalau ada masa elok kita baca untuk pengetahuan supaya kita lebih berhati2.
as salam kak zai,
itulah kelebihan si ulat buku, banyak benda yg dia dapat tahu
memang banyak agenda dan cara mereka untuk memesongkan akidah kita tanpa kita sedari
dulu mati2 kakpah ingat yang terbonjol kat belakang kepala tu rambut yang disanggul.
ish.. macam2 kan?
ibuintan
Heheh...ulat buku.
Itulah cara mereka tanpa kita sedari.
kakpah
Sanggul fesyen baru tanpa rambut hehehe...
assalam kak zai...ya betul tu tak salah kita saling ingat mengingati dan tegur menegur kan.
Kak Zai.. baguslah dia banyak ilmu.. membaca itu mmg dapat kita buka minda dan fikiran ;)
Nieza
Salam Nieza...kadang2 ada orang tak boleh terima apa yang kita tegur,syukur kalau yang tak kisah.
iina
Memang bagus banyak membaca boleh dapat banyak ilmu tapi kalau dah alam sekeliling pun tak sedar susah juga.Makan lupa kadang2 orang bertanya pun tak dijawab.
cukup xberkenan dgn bonggol unta tuh..
Actually auntie, saya ni bukanlah peminat setia kepada bab-bab Freemason dan Teori Ilimunati. Saya lebih suka bersedang dalam bab-bab cenggini. Nak kaji dalam-dalam pun malas sebab banyak benda nak buat. Baik saya kaji ilmu lain yang lebih banyak manfaatnya.
Saya tidak suka ummat trauma akan teaori-teori sebegini. Mudahnya dalam ayat Al-Qur'an ada terang yang lebih kurang begini;-
"Sesunnguh tidak akan redha golongan Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikut jejak kaki mereka."
Maknanya, musuh di luar sana sudah pasti ada agenda dan startegi untuk menyesatkan ummat Muhammad SAW. Cumanya, adakah kita sudah cukup ilmu agama dan amalan untuk menghadapi mereka?
Hamizah
Berfesyen biar betul gayanya.
Abdul Munir Sanusi
Dari dulu pun mereka tak pernah putus asa untuk melalaikan kita sebagai ummat islam kan.
Post a Comment