Punyalah bergegarnya jantung dan berkecamuknya fikiran bila cuba talipon anak tapi tak berjawab selama 2 jam.Selalunya sebelum naik bas dia akan cal bagitau bas bertolak pukul berapa dan selalunya juga si mak akan berpesan bla... bla ...bla... dan last sekali mesti pesan jangan tidur dalam bas.
Hari Isnin lepas kakak berlibur ke Singapore bersama kawan, semalam dah balik ke M'sia tapi menumpang dirumah kawannya di Pontian sebelum balik ke Melaka (kampus) untuk mengambil barang dan seterusnya balik ke Kl hari ini. Dia menaiki bas dari bas station Larkin untuk balik ke Melaka. Lepas tu dari Melaka Central pula naik bas lagi untuk balik ke Kl sebab cutinya masih berbaki 1 minggu lagi.
Setelah menaiki bas dalam masa 1 jam perjalanan saya cuba cal sebab nak suruh dia naik taxi dari Melaka Central ke kampus dan sebaliknya supaya cepat sampai.Tunggu punya tunggu tapi tak berjawab, dalam hati mungkin dia tak sedar taliponnya berbunyi. Selang beberapa lama cuba cal lagi tapi tak berjawab juga. Bawak relax, tenang2kan fikiran, cal semula tapi masih juga tak berjawab.Tengok jam dah boleh agak tak lama lagi bas tu dah dekat nak sampai ke MC. Cuba cal lagi dan lagi dan lagi sampailah waktu yang sepatutnya bas tu sampai.
Cakap dengan hubby mungkinkah dia tertidur dalam bas sampai dia tak sedar taliponnya berbunyi. Apa kata kalau dia tertidur tak ada sesiapa yang gerakan, macamana kalau pemandu tak sedar dia tertidur dan tinggal sorang dalam bas, macamana kalau pemandu menutup pintu sebab tak perasan ada orang tertidur dalam bas. Dannn....yang paling ngerinya macamana kalau pemandu yang berjiwa ganas tinggal dengan dia seorang dalam bas dan tak ada orang yang perasan. Owhhh tidak..... Minta Allah jauhkannn..Ya Allah... lindungi anak ku dari perkara yang tak di ingini.
Setelah mundar mandir dalam rumah dengan riak muka yang berkedut (agaknya kedut 1000) talipon saya berbunyi. Sah dia... angkat dan jawab talipon macam peluru tak berpandu, bila dah rasa lega sikit baru dapat bercakap macam ibu dan anak bercakap. Dia bagitau tertidur dalam bas (langgar peraturan) sebab terlalu penat, semalam dia tidur lewat dan pagi tadi bangun awal. Katanya lagi sekiranya kesuntukkan masa dia tak balik ke Kl hari ini, transit dulu kat Melaka (kampus) dan besok baru balik ke Kl.
Leganya rasa hati bila dah dengar suara anak dan kita dah tahu dia dalam keadaan selamat. Kenapalah selalu sangat berfikiran negative, takut aje yang bukan2 terjadi pada anak.
Apa2 pun syukur alhamdulillah.....
13 comments:
Kita mak mak ni memang macam tu kan? selagi tak sah berita tentang anak, selagi tu laaa duk risau...
Eh, Tq sudi singgah blog akak...:)
rajin rajin datang ye...:)))
kakzai, memang camtu lah hati kita kan, selagi tak dengar berita tentang anak2 mesti risau sungguh..
hati mesti pikir yang negetif saja kan
assalam zai..syukur alhamdulillah.
hati seorang ibu macam tu la...selagi tak dapat berita.tidur tak lena..mandi tak basah orang kata..
huhuhu....anak2 yg memang suka kena bebel.tp tak mahu hinggat pesan2 mak.itu dia.....mana2 anak selalu wat mak ssh ati.
amat berterima ksih pada mak.uuuummm....gindu kat mak
Cikgu Nurin
Zaman dulu dan sekarang jauh bezanya,kalau dulu jarang kita dengar kes2 yang berlaku seperti hari ini,itu yang membuatkan kita risau.
Sama2,insyaAllah.
ibuintan
Kalau dulu susah nak berhubung tapi tidak sekarang,dunia dah semakin moden.
Hati seorang ibu risaunya lebih dari seorang ayah.
kak Erna
Salam Erna...Mana ibu tak sayang dan risaukan anak,process melahirkan,menjaga dan mendidik kebanyakkannya ibu yang lakukan.
anie,Nagoya
Kadang2 anak tak dapat baca isi hati mak.Pada diorang semuanya tak kisah dan tak ada benda yang menakutkan.
Jiwa seorg ibu...mana tak risau kan..selalu berdoa agar anak2 selamat semuanya.
camni lah perasaan seorang ibu.Cm faham sangat.
assalam kak Zai ..betul la kan....dulu masa saya study kat melaka pun kalau blk bercuti selagi tak sampai dn call bg tau ..mak saya tak lena tido dibuatnya...itulah kasih sayang seorng ibu kan.
tulah perasaan seorg ibu..
begini lah juga saya...kalau anak balik / pergi ke mana...kena beri tahu...selagi tak beritahu...macam2 lah berkecamok fikiran ni
Post a Comment