Salam...
Seronok dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan dua orang anak buah saya di Kemunting, Perak. Sebelum ini saya pernah masukkan dalam n3 tentang anak buah saya yang dihantar ke Lahad Datu. Syukur alhamdulillah empat hari sebelum majlis ali kembali ke Semenanjung atas kerjasama dari pegawai atasan. Majlis perkahwinan ali dan abangnya Fairuz berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Saya tak sempat ambik gambar sebab menjadi assistant kepada adik maksudnya tukang pegang handbag besar hehehe...nanti kalau dapat gambar akan saya masukkan.
Kali ini saya tak mahu cerita banyak tentang majlis kenduri tapi nak cerita tentang hati dan perasaan saya buat masa ini...sedih...hampa... dan... sedikit marah. Semalam menantu saya talipon minta tolong tengokkan cincinnya kalau ada kat dalam kereta. Katanya masa kami lepas makan kat R&R Tanjung Malim balik dari kenduri rumah adik dia buka kedua2 cincinnya dan masukkan dalam purse. Baru semalam dia teringat nak pakai tengok tidak ada didalam purse. Malam tu saya turunkan dia di perkarangan rumahnya sebab dia nak tidur dirumah mak dia. Kemungkinan cincin itu tidak masuk ke dalam purse tapi terjatuh diatas riba. Masa nak turun dari kereta mungkin cincin tu terjatuh ke atas jalan raya.
Puas saya mencari disetiap sudut kereta tapi tak jumpa. Susah hati sebab weekend ini suami dia akan balik. Buat masa ini anak saya masih bekerja di Johor manakala menantu masih tinggal dengan keluarganya tapi selalu balik ke rumah saya. Saya takut anak saya akan marah dan sudah semestinya dia rasa hampa. Bayangkan belum pun dua bulan mereka bernikah kedua2 cincin sudah hilang. Memang boleh beli lain untuk buat pengganti tapi tidak akan sama dengan cincin yang disarung sejurus selepas diijab kabul dan satu lagi cincin yang saya sendiri sarungkan selepas persetujuan kedua2 belah pihak.
Hubby suruh saya bersabar mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Tapi hati ini agak terkilan disebabkan kelalaian. Berkali2 saya mempersoalkan kenapa tak tunggu sampai rumah baru dibuka kalau pun tak berapa suka memakai barang kemas. Nak marah sungguh2 pun susah juga sebab baru jadi menantu nanti
terkecil hati pulak tapi saya harap lain kali biarlah berhati2.
Sebelum ini pun saya pernah nampak dia meletakkan gelang tangan diatas meja begitu saja. Apa salahnya kalau dimasukan dalam kotak atau dimasukan dalam almari. Cincin perkahwinan saya tetap ujud walaupun cincin itu tidak lagi saya pakai sebab tak muat. Ke mana saja akan saya bawa seolah2 cincin itu adalah sebahagian dari my hubby.
Harap2 sesiapa saja yang jumpa cincin itu dapat dikembalikan pada menantu saya tapi entahlah...........
Wednesday, March 27, 2013
Thursday, March 21, 2013
Rindu Pulak...
Salam...
Seronoknya bila kucing yang kita bela sihat dan boleh membuatkan kita gembira. Dah banyak kucing yang saya jaga tapi semuanya mati atau hilang. Kalau nak ikutkan cara penjagaannya sangatlah teliti. Dari segi pemakanan dan keperluan semuanya tiptop tapi mungkin juga saya tak serasi.
Kadang2 saya tengok kucing jalanan makan makanan dalam tong sampah tidur pun cuma dicelah2 pokok tapi elok aje tak sakit atau pun mati kena langgar. Bila saya bela ada2 saja yang tak kena, sudahlah banyak keluar duit bawa ke klinik haiwan. Malas nak jaga lagi tapi kadang2 rindu pulak nak ada seekor buat kawan. Kucing kawan nepo dulu selalu juga datang ke rumah tapi tak boleh nak buat main sebab kucing orang.
Baru2 ini saya ke rumah adik terkejut tengok salah seekor kucing dia gemuk sangat...terlalu gemuk. Kucing ini dulu pernah sakit tapi sekarang dah sihat. Belum pernah saya tengok kucing segemuk ini, dah macam landak bila dia berjalan cuma landak ada duri kat badan dia. Kucing adik bukan keturunan kucing siam atau parsi. Dia tak suka dibelai, lebih suka bersendirian, suka meniarap dan kalau dia tidur badannya akan terlentang keras.

bukan jenis bulu kembang
Tuesday, March 19, 2013
Mari Kita....Ber... BBQ
Salam...
Sudah lama saya nak makan steamboat tapi masa tidak mengizinkan....ada2 saje hal lagi pun rasa tak seronok pulak kalau tak cukup korum. Selalunya saya ke Restoren Nelayan yang terletak di Tasik Titiwangsa tapi kali ini hubby mengajak ke Subang Airport. Malam minggu lepas kami anak beranak termasuk anak lelaki dan menantu saya ke sana untuk menikmati steamboat.
Lebih kurang pukul 9 malam kami sampai ditempat yang dituju. Kereta berderet susah nak cari parking nasib baik ada yang tukang jaga. Bila dah dapat parking nak cari tempat duduk pulak. Banyak meja yang sudah ditempah dari awal. Akhirnya dapatlah meja yang berada didalam walaupun kebiasaannya kami lebih suka makan diluar.
Walaupun tujuan asalnya nak makan steamboat tapi bila nampak nasi lemak tetap nak makan juga. Tidak menghampakan...nasi dan sambalnya memang sedap. Enjoy makan kat sini sebab masing2 buat tugasan...Hubby kata kat rumah dia tak pernah masak tapi disini dialah yang tukang bakar2. Bila dah masak masukan dalam pinggan dan makan sama2. Saya lebih suka makan steamboat dari makanan yang bakar2 walaupun disini sosnya ada berbagai rasa.
Disini juga ada 2 jenis deasert... ice cream dan bubur, dijamu selepas pengunjung dah habis makan. Saya suka ice cream dia... sedap. Satu lagi yang boleh dipuji ...service nya cepat dan pekerjanya ramah dan sopan. Tak payah susah2 nak panggil, mereka akan tahu apa kemahuan kita kalau nampak kita memandang ke arah mereka. Tahniah buat tokey restoren sebab punya pekerja yang dedikasi. Semoga restorennya akan bertambah maju dimasa akan datang, amin.
Bila dah habis makan baru perasan penuh satu meja dan pinggan bertindih2 hehehe......
Tak banyak gambar sebab busy makan....

ini baru permulaan
sup perasa tomyam
pengunjung... sekejap aje kosong
muka yang sudah kekeyangan
Bila dah habis makan baru perasan penuh satu meja dan pinggan bertindih2 hehehe......
Tak banyak gambar sebab busy makan....
Friday, March 15, 2013
Nyaris.....
Salam...
Salam Jumaat buat semua rakan2 blogger, harap semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas dengan ceria. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan juga yang meninggalkan comment.
Pagi Jumaat nak luahkan perasaan yang masih berdebar, badan masih menggigil ketakutan.
Nasib baik saya tidak sempat dilanggar dan nasib baik juga saya tidak mengidap sakit jantung. Kalau tidak mungkin saya sudah tidak ada atau pun ada diantara anggota saya yang patah.
Seperti biasa rutin harian saya setelah adik pergi ke sekolah dan hubby ke tempat kerja saya akan memulakan tugas harian. Kebiasaannya saya akan menyapu kawasan luar rumah lepas itu menyiram pokok2. Memang hari2 itulah yang akan saya dahulukan melainkan kalau hujan diwaktu pagi.
Pokok memang banyak disekeliling rumah saya sama ada didalam atau diluar rumah. Kebetulan rumah saya rumah tepi jadi ada tanah terbiar saya pun tanamlah segala pokok untuk mencantikkan kawasan dan boleh juga untuk buat teduhan.
Sedang saya asyik menyiram tiba2 kereta yang parkingnya ditepi pokok yang sedang saya siram reverse ke arah saya dengan kasar dan terus berlalu. Dia menekan break dengan kuat sekali...kalaulah breaknya tak berfungsi...entahlah. Saya amat2 terkejut sebab perlakuan ini sengaja dilakukan kononnya nak memberi amaran atau pun ugutan. Mengucap panjang saya, badan mula menggigil. Saya pun tak perasan dia ada dalam kereta tu. Hairannya kenapa dia nak duduk lama2 dalam kereta sedangkan enjin kereta tu sudah lama dipanaskan. Lagi pun saya siram pokok bukan siram kat kereta, mungkin kot ada percikan air yang terkena kat kereta dia. Saya terus menutup air dan masuk ke dalam rumah, tenangkan diri lepas itu cal hubby, ceritakan apa yang berlaku.
Hubby suruh saya pergi ke rumah sipolan dan jumpa parent dia. Saya pun pergi dan beri salam ceritakan apa yang anak dia dah lakukan. Sekali lagi saya terkejut sebab apa yang saya jangkakan amat berbeza. Mak dia lebih2 menceceh, katanya saya nak besar2 kan benda2 yang remeh dan kecik lepas itu dia meninggikan suara pada saya. Bukannya dia nak minta maaf atas apa yang sudah anak dia lakukan tapi mengutuk saya macam2. Anak dia pulak bukannya kecik atau kurang akal.
Malas nak memanjangkan cerita saya balik ke rumah. Tak lama hubby cal balik, saya ceritakan pada hubby apa yang mak dia cakap. Kata hubby nak mengajar orang macam ini kita report aje kat balai polis. Sebenarnya saya tak suka nak menyusahkan sesiapa tapi macam2 perkara dan bukan sekali mereka sudah lakukan. Pernah sekali dulu saya tengah menyiram pokok anak dia berhentikan kereta depan rumah saya dan pandang muka saya macam nak makan orang. Adik pulak selalu complaint kalau dia siram pokok mesti semua anak2nya akan keluar rumah, memandang dia dengan muka masam dan garang.
Dulu pernah saya masukkan dalam N3 tentang jiran saya ini...tinggal ramai2 satu rumah walaupun anak2nya sudah berkahwin. Lepas itu menjaga ramai cucu, rumah dia sudah dijadikan macam nursery. Rumah pulak bukanlah besar mana kalau setakat rumah teres biasa2 bukan macam rumah teres sekarang besar2 dan cantik. Ini cuma rumah teres lama, orang sekarang pun dah tak nak beli. Manalah nak letak kereta banyak2, dah tu poarch dia pulak dibiarkan kosong untuk dijadikan tempat main cucu2nya. Itulah sebabnya semua kereta kepunyaan mereka diletak merata ditempat orang.
Kadang2 nak juga cakap... kalau anak2 dah ramai berkahwin cubalah belajar duduk rumah sendiri, urus rumah tangga sendiri, kenapa nak jadikan parent kita hamba. Lainlah kalau seorang aje anak bolehlah kata buat teman sebab mak pun dah tua. Tapi sejujurnya saya tak suka nak jaga tepi kain orang...lantaklah dia nak duduk ramai2 macam ikan sardin dalam tin tapi tolonglah jangan menyusahkan orang lain dalam erti kata jiran2 yang berdekatan.

Wednesday, March 13, 2013
Ketentuan...
Salam...
Salam ceria buat semua rakan2 blogger....semoga apa yang kita lakukan hari ini diberkati oleh Allah SWT...
Mereka bukan anak saya...mereka bukan ahli keluarga saya...Mereka cuma sebangsa dengan saya...mereka cuma seagama dengan saya dan yang paling indahnya mereka senegara dengan saya...Mereka memperjuangkan keamanan negara dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga.
Gugur...ya mereka gugur...demi keamanan...
Menyaksikan sebuah kapal terbang... mungkin biasa buat saya dan rakan2 semua...tapi ianya amat berbeza dari pandangan saya...sebabnya...disitu ada dua jenazah yang diterbangkan khas dari negeri Sabah. Saya saksikan situasi yang amat menyayat hati dan sangat2 menyentuh perasaan di MHI di TV3 pagi ini. Mungkin bagi orang2 yang tiada kaitan atau tidak pernah mengalami situasi sebegini tidak akan tahu betapa sakit dan pedihnya hati ahli keluarga yang kehilangan... hancur... remuk dan macam2 lagi. Tapi itulah ketentuan...terpaksa redha kerana itu sudah dalam perjanjian kita dengan Allah swt. Setiap yang hidup pasti akan mati cuma caranya mungkin agak berbeza.
Ramai yang memberikan tanda penghormatan kali terakhir buat dua orang anggota tentera kita yang terkorban semalam. Usia yang begitu mentah dan mereka dipilih untuk menemui penciptaNya dengan cara yang terhormat. Kematian mereka disambut orang2 kenamaan, rakan2 seperjuangan. Selepas kapal terbang yang membawa jenazah nanti sampai dikampung halaman akan disambut pula oleh ahli keluarga dan orang2 yang disayangi.
Perginya seorang perwira disanjung segenap lapisan...jenazah diiringi oleh pembesar2 sampai ke tanah perkuburan. Berterabur mereka2 yang memakai pakaian seragam untuk menyaksikan jasad untuk disemadikan. Mudah2an mereka termasuk dalam orang2 yang terpilih...iaitu orang2 yang mati syahid, Amin...In Shaa Allah.
Buat kedua2 perwira...Al-Fatihah...dan buat kedua2 keluarga... salam takziah dari saya dan seluruh umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia...
Semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Amin.
p/s : Mudah2an adik saudara saya juga tergolong dalam orang2 yang mati syahid.
Maaf... emosi sedikit.
Gambar ihsan dari google...terima kasih.

Tuesday, March 12, 2013
Keliru......
Salam...
Saya nak cerita pasal duit rm20 ...tadi singgah kat blog Ibu Lala...katanya dia sayang nak tukar dan suka simpan. Berbeza dengan saya...saya tak berapa suka sebab selalu keliru dengan duit rm10. Banyak kali terjadi bila saya gunakan duit ini sama ada saya bagi lebih atau tak ambik kalau ada baki.
Pernah satu kali saya dikejar pekerja kedai tempat saya membeli barang. Saya menyangka tak cukup membayar apa yang saya beli...terkejutlah juga malu pun ada tapi rupanya dia nak memulangkan duit yang lebih. Mungkin masa saya membayar kat kaunter menyangka duit tu rm10 tambahan pula saya membayar semua harga barang dengan duit rm10, warnanya kan agak sama.
Bagaimana dengan rakan2 semua?.....

gambar dari google

Friday, March 08, 2013
Seram Juga...
Salam...
Salam Jumaat buat rakan2 semua semoga sihat dan ceria selalu. Selamat hari wanita buat semua wanita diluar sana.dan terima kasih buat rakan2 yang sudi singgah dan yang meninggalkan comment diblog saya.
Pertama kali masuk bilik mayat.....
Seram sejuk juga tapi nasib baiklah ramai yang ada disitu. Saya dan hubby berkejar ke Hospital Putrajaya bila dapat berita mengatakan bapa saudara hubby meninggal dunia pagi ini. Sudah 4 hari arwah dirawat dihospital itu disebabkan paru2 berkuman.
Kami ke sana tepat masanya sebab masa itu baru saja hendak dimandikan. Bila dah masuk dan dapat tengok sekejap kami keluar menemui keluarga yang berada dilobi. Setelah selesai semuanya jenazah dibawa balik ke Seri Manjung, Perak untuk disemadikan. Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Subscribe to:
Comments (Atom)