Tuesday, March 19, 2013

Mari Kita....Ber... BBQ

Salam...

Sudah lama saya nak makan steamboat tapi masa tidak mengizinkan....ada2 saje hal lagi pun rasa tak seronok pulak kalau tak cukup korum. Selalunya saya ke Restoren Nelayan yang terletak di Tasik Titiwangsa tapi kali ini hubby mengajak ke Subang Airport. Malam minggu lepas kami anak beranak termasuk anak lelaki dan menantu saya ke sana untuk menikmati steamboat.

Lebih kurang pukul 9 malam kami sampai ditempat yang dituju. Kereta berderet susah nak cari parking nasib baik ada yang tukang jaga. Bila dah dapat parking nak cari tempat duduk pulak. Banyak meja yang sudah ditempah dari awal. Akhirnya dapatlah meja yang berada didalam walaupun kebiasaannya kami lebih suka makan diluar.


Walaupun tujuan asalnya nak makan steamboat tapi bila nampak nasi lemak tetap nak makan juga. Tidak menghampakan...nasi dan sambalnya memang sedap. Enjoy makan kat sini sebab masing2 buat tugasan...Hubby kata kat rumah dia tak pernah masak tapi disini dialah yang tukang bakar2. Bila dah masak masukan dalam pinggan dan makan sama2. Saya lebih suka makan steamboat dari makanan yang bakar2 walaupun disini sosnya ada berbagai rasa.

Disini juga ada 2 jenis deasert... ice cream dan bubur, dijamu selepas pengunjung dah habis makan. Saya suka ice cream dia... sedap. Satu lagi yang boleh dipuji ...service nya cepat dan pekerjanya ramah dan sopan. Tak payah susah2 nak panggil, mereka akan tahu apa kemahuan kita kalau nampak kita memandang ke arah mereka. Tahniah buat tokey restoren sebab punya pekerja yang dedikasi. Semoga restorennya akan bertambah maju dimasa akan datang, amin.



ini baru permulaan

sup perasa tomyam
pengunjung... sekejap aje kosong

muka yang sudah kekeyangan

Bila dah habis makan baru perasan penuh satu meja dan pinggan bertindih2 hehehe......

Tak banyak gambar sebab busy makan....



11 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..mesti seronok dapat makan2 dan makan pulak sedap kan..makan pulak dengan keluarga

sal said...

Sesekali pekena bbq..tentu enjoy..ank2lah pling happy mkn..

makchaq said...

Makchaq pun suka steamboat, tapi panas tu yg tak tahan.. berpeluh2

Bila cukup korum outing ke mana2 pun seronok kan.. Kalau makan2 kat rumah ja pundah seronok.. Sekarang dah boleh faham perasaan arwah mak yg nampak sedih bila anak2 nak balik rumah masing2

kasihibu said...

sedapnya bersteamboat
teringin sya nak ke sana

Nieda ramly said...

mmg best makan ramai2 dgn ahli keluarga. nak pula makanan sedap.

IndaMarya said...

Zai saya paling suka steamboat..tengok gmbaq u ni kechoq ayaq liuq I..he eh

azieazah said...

Dah lama sungguh saya tak layan steamboat nih. Sebab Toklaki saya tak boleh makan seafood sangat.

Betullah, bila busy makan, lupa terus nak snap gabar, kan?

saniah said...

Sedap nyaa.....kami mmg suka steambot....alhamdulillah masih blh layan seafood kala umur gini sbb ramai kwn sy yg dah surrender dgn mknan laut...

Ank ada bgtau ada steamboat sedap kat subang airport...mgkn yg ni la kot...nnt dia cuti blh pegi try....thanks kak zai bg info berguna.... :)

shazrina said...

salam best ...best giler dapat makan steamboat ..ade bbq bagai, memang suke makan cam ni .. :)

Nur-nba said...

Tq Kak Zaitun atas ucapan.. Seronok bila makan beramai2.. Lama tak makan steamboat..

Kamariah Awang said...

Alhamddulillah.. bahagia rasanya kalau dapat beramai2 bersama anak2 kan, Zai...?