Friday, March 15, 2013

Nyaris.....

Salam...

Salam Jumaat buat semua rakan2 blogger, harap semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas dengan ceria. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan juga yang meninggalkan comment.

Pagi Jumaat nak luahkan perasaan yang masih berdebar, badan masih menggigil ketakutan.

Nasib baik saya tidak sempat dilanggar dan nasib baik juga saya tidak mengidap sakit jantung. Kalau tidak mungkin saya sudah tidak ada atau pun ada diantara anggota saya yang patah.

Seperti biasa rutin harian saya setelah adik pergi ke sekolah dan hubby ke tempat kerja saya akan memulakan tugas harian. Kebiasaannya saya akan menyapu kawasan luar rumah lepas itu menyiram pokok2. Memang hari2 itulah yang akan saya dahulukan melainkan kalau hujan diwaktu pagi.

Pokok memang banyak disekeliling rumah saya sama ada didalam atau diluar rumah. Kebetulan rumah saya rumah tepi jadi ada tanah terbiar saya pun tanamlah segala pokok untuk mencantikkan kawasan dan boleh juga untuk buat teduhan.

Sedang saya asyik menyiram tiba2 kereta yang parkingnya ditepi pokok yang sedang saya siram reverse ke arah saya dengan kasar dan terus berlalu. Dia menekan break dengan kuat sekali...kalaulah breaknya tak berfungsi...entahlah. Saya amat2 terkejut sebab perlakuan ini sengaja dilakukan kononnya nak memberi amaran atau pun ugutan. Mengucap panjang saya, badan mula menggigil.  Saya pun tak perasan dia ada dalam kereta tu. Hairannya kenapa dia nak duduk lama2 dalam kereta sedangkan enjin kereta tu sudah lama dipanaskan. Lagi pun saya siram pokok bukan siram kat kereta, mungkin kot ada percikan air yang terkena kat kereta dia. Saya terus menutup air dan masuk ke dalam rumah, tenangkan diri lepas itu cal hubby, ceritakan apa yang berlaku.

Hubby suruh saya pergi ke rumah sipolan dan jumpa parent dia. Saya pun pergi dan beri salam ceritakan apa yang anak dia dah lakukan. Sekali lagi saya terkejut sebab apa yang saya jangkakan amat berbeza. Mak dia lebih2 menceceh, katanya saya nak besar2 kan benda2 yang remeh dan kecik lepas itu dia meninggikan suara pada saya. Bukannya dia nak minta maaf atas apa yang sudah anak dia lakukan tapi mengutuk saya macam2. Anak dia pulak bukannya kecik atau kurang akal.

Malas nak memanjangkan cerita saya balik ke rumah. Tak lama hubby cal balik, saya ceritakan pada hubby apa yang mak dia cakap. Kata hubby nak mengajar orang macam ini kita report aje kat balai polis. Sebenarnya saya tak suka nak menyusahkan sesiapa tapi macam2 perkara dan bukan sekali mereka sudah lakukan. Pernah sekali dulu saya tengah menyiram pokok anak dia berhentikan kereta depan rumah saya dan pandang muka saya macam nak makan orang. Adik pulak selalu complaint kalau dia siram pokok mesti semua anak2nya akan keluar rumah, memandang dia dengan muka masam dan garang.

Dulu pernah saya masukkan dalam N3 tentang jiran saya ini...tinggal ramai2 satu rumah walaupun anak2nya sudah berkahwin. Lepas itu menjaga ramai cucu, rumah dia sudah dijadikan macam nursery. Rumah pulak bukanlah besar mana kalau setakat rumah teres biasa2 bukan macam rumah teres sekarang besar2 dan cantik. Ini cuma rumah teres lama, orang sekarang pun dah tak nak beli. Manalah nak letak kereta banyak2, dah tu poarch dia pulak dibiarkan kosong untuk dijadikan tempat main cucu2nya. Itulah sebabnya semua kereta kepunyaan mereka diletak merata ditempat orang.

 Kadang2 nak juga cakap... kalau anak2 dah ramai berkahwin cubalah belajar duduk rumah sendiri, urus rumah tangga sendiri, kenapa nak jadikan parent kita hamba. Lainlah kalau seorang aje anak bolehlah kata buat teman sebab mak pun dah tua. Tapi sejujurnya saya tak suka nak jaga tepi kain orang...lantaklah dia nak duduk ramai2 macam ikan sardin dalam tin tapi tolonglah jangan  menyusahkan orang lain dalam erti kata jiran2 yang berdekatan.

17 comments:

Nieda ramly said...

kesiannya kak zai. nasib baik tak apa2. saya dah baca entry tentang jiran kak zai ini.
mungkin ada sesuatu yg mrk nak kut. contohnya nak parking kat luar tapi dah byk pokok2 sbb tu dia marah kut.
tapi kalau berjjiran mcm ni susahnya hati.

IndaMarya said...

agaknya pokok2 you gnggu pandangan dia kut, or block jln dia .and dia you kosongkan kawasan utk dia snang parking.in other words dia nak you ubah smua pokok2 you pi belakng..senang dia nk park keta dia..ha ha.I agak je.agak2 betul dak Zai? or dia saja nak cari pasal.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Zai,

Seram jugak dengar apa yang berlaku tu. Buatnya nak malang, apa nak kata.

Susahnya kalau berjiran macam tu. Rasanya mereka jeles pada zai tu. Nampaknya Zai dan keluarga kena berhati2lah di masa akan datang.

MulutPayau said...

Susahnya ada jiran mcm tu kan Kak Zai.....menakutkan, kena selalu berhati2....

pB said...

kena ajar sekali
kalau tak , mereka tak akan sedar



Kak ,
tiap tiap ahad , sy jumpa besan akak

Acik Erna said...

Assalam zai..memang ada je manusia yang macam tu kan.hati2 zai

lady lavender said...

nasib baik tak jadi apa2 pada k.zai..tak syok sungguh dpt jiran mcm ni. Padahal kita kalau boleh dgn jiranla nak berbaik-baik sbb mrk yg terdekat dgn kita. Byk bersabar aje k.zai dgn kerenah org mcm ni.

saniah said...

Eeeiii geram nya baca perangai jiran k.zai tuuu....apa kena dgn family depa tu...kacau btul kan....dah ada parents duk sokong...tu yg mnjd jd perangai buruk diaorg....
Pindah je lah kak...jual atau sewa kan pada org yg lebih teruk perangai drpd diaorg tu...baru bertemu buku dgn ruas hah biar depa rasa plak...
Emo plak sy...hihihi

ibuintan said...

susahlah dapat jiran camtu yg suka cari pasal... banyakkan sabar kakzai


mujur tak jadi benda yg tak elok pd kakzai

makchaq said...

Alhamdulillah kakZai tak apa2 .
Takut pulak makchaq bila baca pasai jiran kak Zai tu..

Kalau pasal parking kat tempat makchaq pun ada jugak sampai masam muka, tapi bukan la dengan makchaq,, makchaq dengaq orang bercerita ja..

mamawana said...

Assalam,

Sabar ajerlah kalu dpt jiran mcm tu kan. Banyakkan solat dan berdoa utk mendpt jiran yg baik2. Supaya Allah swt lembutkan hati mrk.

azi said...

Salam Kak Zai..
Sabar ye akak..perangai orang kadang-kadang susah kita nak jangka..tapi sebagai org muda, sepatutnya dia kena hormat pada akak..memang kita kadang-kadang pening kepala bila fikir ada jugak orang macam tukan...semoga akak dan keluarga diberi perlindungan Allah selalu...:)

cikmanggis said...

ngeri jugak ni...saya selalu berdoa agar dikurniakan jiran-jiran yang baik.Alhamdulillah setakat ini belum jumpa lagi yang macam ni...mesti stress

Mak Wardah said...

Salam ziarah k.zai, kena berhati 2 dgn jiran bersikap tak sayang jiran mcm tu. K.zai n fly hati2 ye

shazrina said...

kesian kak zai dapat jiran macam tu ..saya ni pon, mintak2 dijauhkan dapat jiran cam tu ..kite hidup berjiran ni, bermuafakat laaa sikit, bersikap toleransi ..sabar je lah kak zai ..

che mid said...

Nampaknya kena banyak bersabar ni, berjiran dengan orang rendah sivik ni(boleh ke kata gitu) .. mereka takkan faham kita, kita yang lebih-lebih kena fikir pasal diakan.. akhirnya kita yang sikit jiwa, orang lain buat deeeek je..

Kamariah Awang said...

Hmm.. rupanya senasib kita Zai...