Friday, May 27, 2016

Wild Orchid.

Assalamualaikum....




Seronoknya bila tengok ada orkid liar yang saya jaga berbunga. Baru pertama kali mengeluarkan bunga selepas saya beli. Bunga orkid liar agak unik dia tidak macam bunga orkid biasa. Bagi saya agak susah berbunga dan bunganya pulak tak tahan lama.

Saya ada 12 pokok orkid liar hanya dua jenis aje yang rajin berbunga. Yang lain tak pernah nasib baik masa saya beli ianya sedang berbunga. Klau tidak langsung saya tak kenal macam mana bentuk bunganya. Ada sesiapa yang tahu macamana nak bagi orkid liar selalu berbunga.

Buat masa sekarang orkid yang saya tanam tak banyak mengelurkan bunga mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu. Baru saja membaja harap2 hari raya nanti biarlah berbunga. Untuk tidak menampakkan suram saya tanam bunga rose jepun. Cuma meriah waktu pagi bila petang semua bunganya akan layu. Sebelum ini saya tanam ditanah tapi kali ini pula saya tanam dalam pasu dan gantung.









10 comments:

saniah ibrahim said...

Memang betul2 unik pokok orkid kak zai tu,tak pernah lagi saya tengok kat mana2.Nasib baik kak zai abadikan dalam blog ni ,kalau tidak payah lah nk tengok bunganya kalau dah bunganya tak tahan lama.
Saya memang tak pandai bab2 penjagaan orkid ni walaupun ada tanam sepokok 2...kalau ros jepun tu okje mudah nak tanam .Saya tanam kat bawah je setakat ni kakzai ,ramai pulak dah yang minta bila tengok bunga berkembang cantek waktu pagi.

saniah ibrahim said...

Memang betul2 unik pokok orkid kak zai tu,tak pernah lagi saya tengok kat mana2.Nasib baik kak zai abadikan dalam blog ni ,kalau tidak payah lah nk tengok bunganya kalau dah bunganya tak tahan lama.
Saya memang tak pandai bab2 penjagaan orkid ni walaupun ada tanam sepokok 2...kalau ros jepun tu okje mudah nak tanam .Saya tanam kat bawah je setakat ni kakzai ,ramai pulak dah yang minta bila tengok bunga berkembang cantek waktu pagi.

hainom OKje said...

Kalau Kak Zai tanya saya......mmg membazir tenaga aje namanya haha...gitu rupanya bentuk orkid liar ek. Tak menarik sangatlah ek bunganya Kak Zai....

Teringat musim gantung gantung bunga masa kecik dulu Kak Zai, siap menganyam tali rapia lah...

Nooriah Abdullah said...

lain pesen sikit orkid liar ni kak zai kan
baru pernah tengok macam ni
uniklah

Normala Saad said...

comel nampak bunga orkid ni..memang unik

paridah said...

CANTIK SGT BUNGANYA ORKID LIAR TU ZAI..ORKID NI KALAU DH MULA BERBUNGA AKAN SELALU BERBUNGA...

Mummydearie said...

Cantik dan unik nampaknya orkid liar tu, Kak Zai. Saya dah reti bab menanam pokok ni walaupun minat sepanjang zaman ada aje dalam hati ^_^

Bunda_nora said...

Orkid liar ni pun ada berbagai spesis kan kak zai... Bunda pun tak tahu sangat, tak pernah tanam orkid... tapi kalau ada bunga orkid yang cantik2 tu suka juga tengok...

iryanty ismail said...

subhanallah cantiknya..dari jauh macam ulat...huhu

babYpose said...

Rose jepun tu sweet sangat tambah digantung tentang bunga orkid tak da ilmu la pulak kzai..tapi memang unik baru first time ni tengok.