Monday, May 16, 2016

Suspect Aje.

Assalamualaikum...

Petang khamis hubby cal dari office katanya nak pergi Subang Jaya Medical Centre nak buat chek up. Mulanya saya ingat nak melawat manalah tahu kalau ada keluarga atau kawan2 yang warded. Saya tanya kenapa tak pergi ke klinik macam biasa kalau tak sihat. Katanya dia dah pergi klinik tp doktor bagi surat untuk jumpa doktor pakar.

Saya cakap dengan hubby Kalau dia boleh memandu ambik saya kat rumah boleh temankan dia kat hospital nanti. Dalam kereta baru hubby cerita pagi tu ada darah keluar dari mulutnya. Dia ingat mungkin dari gusi atau gigi. Pergi kerja macam biasa sampailah petang tu keluar lagi. Mungkin dia takut saya risau dia tak bagitau lebih awal.

Sampai hospital pergi dekat emergency terus jumpa doktor tak payah ambik number. Doktor check macam2 termasuk buat x-ray. Bila dah dapat gambar x-ray doktor cakap suspect tumor dalam paru paru. Bergegar otak saya mendengarnya air mata mula nak bertabur. Disebabkan hari dah petang doktor pakar paru paru dah balik kena datang ke esokkan harinya.

Sepanjang jalan masa nak balik saya menangis sampai hubby cakap tak payah nak risau doktor baru suspect. Hati mana yang tak risau sebab sebelum ini hubby tak pernah nampak ada penyakit. Malamnya pulak saya tak boleh tidur takut nak dengar penerangan dari doktor esoknya.

Lepas solat subuh saya cepat2 buat kerja rumah dah siap kat dalam pergi ke luar pulak siram pokok2. Dah siap semuanya saya mandi dan bersiap. Macam saya pulak yang nak jumpa doktor. Sampai kat hospital terus nurse panggil masuk bilik doktor pakar. Lagi sekali doktor check seluruh badan hubby. Bila dah selesai sesi penerangan pulak. Masa ini tangan dah mula sejuk dan gigil. Hubby duduk sebelah doktor manakala saya berhadapan dengan doktor.

Doktor india berusia 76 tahun mesti dah expert dengan perasaan patients dan pasangan. Dia mula senyum dan beritahu tidak ada tumor atau yang seangkatan dengannya. Rasa nak sujud depan doktor mulut tak berhenti mengucap syukur dengan keputusan. Menurut doktor punca...ROKOK membuatkan banyak kahak yang tersumbat. Bila dah banyak ia mula berdarah. Doktor menasihatkan supaya hubby berhenti merokok.

Kegembiraan yang tidak terhingga sampai air mata mengalir sambil cium tangan hubby (adengan dalam kereta). Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah.





14 comments:

babYpose said...

Ya Allah Kzai yang membaca ni panik tau, Alhamdulillah moga sihat tak tersumbat lagi. Sangat bersyukurkan hingga nak sujud syukurkan.. Alhamdulillah

Qhaifa Nur said...

Ya Allah mmg bergegar otak mendengarnya..sebab rokok...teringat pula kat hubby

Alhamdulillah...

makchaq said...

Alhamdulillah.. yg membaca pun turir berdebar..

saniah ibrahim said...

Alhamdulillah2 syukur sangat2 kan kak zai.Kalau saya pun ditempat kak zai saya akan hadapi perasaan yg sama.Suami saya pun perokok kak zai,risau sungguh bila dia asik batuk2 je.

saniah ibrahim said...

Alhamdulillah2 syukur sangat2 kan kak zai.Kalau saya pun ditempat kak zai saya akan hadapi perasaan yg sama.Suami saya pun perokok kak zai,risau sungguh bila dia asik batuk2 je.

Nooriah Abdullah said...

alhamdulillah kakzai syukurlah takda apa2
tapi kenalah hubby kakzai berenti merokok tu kannn
pelan2 insya allah boleh tu kannn

kakyon said...

alhamdhulillah syukur takde apapa.
hubby Zai kenalah ikut nasihat doktor tu..demi kebaikan beliau juga..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Alhamdulillah, syukur sgt kan kak takde apa apa.. yg baca pun berdebar. =)

Kakzakie Purvit said...

Syukurlah KakZai bukan sperti yg dijangkakan.
Tapi itulah sebaiknya dah dpt nasihat doktor berhenti merokok tu kena cubalah.

Mummydearie said...

Ya, Allah! Kak Zai, kalau saya pun dengar perkara macam tu, dah tentu meronta-ronta sekali menangis! Aduhai...

Nasib baiklah takda apa-apa. Legakan, kak. Yang hospital pun kenapa main cakap aje kalau belum pasti. Beritahulah elok-elok kotnya ada masalah sikit, biar doktor pakar yang uruskan apa yang cakap dengan patient!

Separuh jiwa melayang tau dengar news macam ni!

Lepas ni Kak Zai bukanlah iklan larang merokok tu selalu depan hubby supaya dia insaf terus tak mahu sentuh rokok pun ^_^

hainom OKje said...

Kak Zai....bergenang air mata saya membayangkan kegembiraan Kak Zai sambil cium tangan hubby lepas semuanya ok tu. Alhamdulilah.... Kalau saya berada di tempat Kak Zai pun risau jugak tu! Org lelaki ni nampak je mcm kool kot tp gelora dihati siapa yg tahu.

hainom OKje said...

Kak Zai....bergenang air mata saya membayangkan kegembiraan Kak Zai sambil cium tangan hubby lepas semuanya ok tu. Alhamdulilah.... Kalau saya berada di tempat Kak Zai pun risau jugak tu! Org lelaki ni nampak je mcm kool kot tp gelora dihati siapa yg tahu.

babYpose said...

Salam singgah dear sis :)

azi said...

Alhamdulilah Kak Zai...syukur pada Allah s.w.t...saya faham apa yang akak rasakan sebab saya pernah mengalaminya. Semoga akak sekeluarga terus diberi kesihatan yang baik olehNYa...lepas ni akak adalah modal untuk suruh hubby berhenti merokok..:)