Tuesday, May 31, 2016

Bahan dr Besut

Assalamualaikum...




Hari Sabtu buat gulai lemak cili api telor itik. Lama dah tersimpan dalam peti ais. Dari hari ke hari nak masak ada saja halangan. Semalam pulak datang kerajinan membaking. Tengok pisang pun ada lagi yang masak, bahan2 lain pun ada. Maka terjadilah sebiji kek pisang.

Tak banyak yang tinggal sebab sudah diagih2kan pada jiran, office mate hubby dan office mate Mimi. Alhamdulillah rezeki dipanjangkan supaya pahalanya dapat pada yang empunya barang. Telor itik dan pisang ini adalah kiriman dari sahabat Besut saya tempohari.





15 comments:

Kakzakie Purvit said...

Yg sedekah bahan mentah, yg membaking, yg menghulur makanan semuanya dpt ganjaran KakZai
Alhamdulillah...

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah kak zai..
Rezeki dibahagi..
Agar sama merasakan..

Normala Saad said...

Zai, sedapnya tengok telur itik tu. Kak kalau dapat suka buat sambal tumis sebiji sebiji tu..

iryanty ismail said...

moist kek pisang...macam nak cari pisang je sok..huhu

Qhaifa Nur said...

rezeki dikongsi bersama...
sedapnya kek pisang

Mummydearie said...

Alhamdulillah, bila dah diperpanjang rezeki yang ada, ramai pulak yang dapat merasa!

Husna Rahman said...

alhamdulillah..moga lebih murah rezeki kak sekeluarga insyallah dan kita2 semua jgk..=)

paridah said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH MURAH REZKI ZAI..WALAU TETAP JATUH KERIBA.

Abe nick said...

gulai lemak cili api telor itik tu sedap

hainom OKje said...

Haaaa.....tengok!! Bila sesekali Kak Zai membaking sampai ke ofis tau hasilnya.
Ada lagi tak barang dari Besut yg belum dimasak Kak Zai?

hainom OKje said...

Haaaa.....tengok!! Bila sesekali Kak Zai membaking sampai ke ofis tau hasilnya.
Ada lagi tak barang dari Besut yg belum dimasak Kak Zai?

Sweetie said...

Telur itik ni sedap di masak lemak cili padi begitu campur dengan belimbing buluh kak Zai.

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. Sedap kek pisang tu nampak moist. Telur itik rasa saya tak pernah makan kut..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Nieda ramly said...

selamat menyambut ramadan kak zai