Tuesday, July 21, 2015

Menyayat Hati

Assalamualaikum....

Saya nak kongsi dengan kawan2 satu cerita sedih dan menyayat hati menjelang hari raya. Semalaman saya dan anak bongsu saya menangis walaupun berita itu bukan terjadi pada keluarga saya sendiri.

Hari terakhir puasa selepas berbuka dan solat maghrib saya dan siadik duduk sambil bersembang. Tiba2 ada kawan adik cal bagitau ayah kepada salah seorang kawan mereka meninggal dunia. Lama adik dihujung talian sambil tu saya nampak adik menangis. Habis berbicara adik datang memeluk saya sambil menangis lagi.

Saya tenangkan adik minta dia ceritakan apa yang berlaku. Adik bertanya adakah saya masih ingat best friend adik yang bernama miss Y. Sudah tentu saya ingat sebab adik pernah berkunjung beberapa kali ke rumahnya diselatan tanah air. Adik dilayan oleh keluarganya dengan begitu baik sekali ketika berada dirumah mereka.

Kata adik ketika kejadian kawannya menunggu ayahnya untuk menjemput dia pulang dari bazar ramadhan. Yang ditunggu2 tak tiba tahu2 dapat berita mengatakan ayahnya ditimpa kemalangan jalan raya. Arwah meninggal setelah dimasukkan ke hospital.

Betapa hancurnya hati seorang anak menunggu ayah untuk menjemput. Hendak berbuka bersama diakhir bulan Ramadhan juga terakhir makan bersama dalam hidupnya. Semasa adik cuba menghubunginya dia hanya dapat memanggil nama adik sambil meraung. Tidak ada kata2 lain yang dapat diluahkan.

Ya-Allah...ketika orang sibuk menyediakan persiapan akhir untuk menyambut hari raya dia dan keluarga sibuk menentukan jenazah dihospital. Ketika orang lain sibuk memakai baju baru, menyediakan juadah hari raya dan ada yang sibuk untuk menunaikan solat sunat hari raya dia dan keluarga sibuk menyempurnakan jenazah.

Ramai yang berseronok setelah penat sebulan berpuasa dia dan keluarga bersedih diatas kehilangan. Sedikit dugaan buat sesetengah orang tapi berat buat seorang anak gadis yang sangat2 memerlukan perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah.

Kami doakan agar best friend adik tabah dengan dugaan ini. Salam takziah buat keluarga kawan adik semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.




10 comments:

paridah said...

salam idilfitri zai n famili maaf zahir batin...sgt menyayat hati sebak membaca kisah yg ditulis...takziah kpd keluarga kawan adik ujian yg ternyata amat berat untuk dilalui menjelang tibanya syawal yg dinanti.

Nieda Ramly said...

innailillah ....dari dia kita datang , kini dijemput pulang.
beart mata memandang berat lagi bagi yg menghadapi ujiannya.

OKje said...

Salam Aidilfitri Kak Zai....
Sedihnya kak Zai...walaupun bukan terjadi pada keluarga kita tp sekurang kurangnya dpt berkongsi dgn mereka pun dpt meringankan kesedihan kan....

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak zai,
menangis saya membacanya:(
takziah buat mereke seisi keluarga.

selamat hari raya maaf zahir dan batin utk akak sefamili

Normala Saad said...

Sedihnya. Alfatihah untuk arwah.

saniahibrahim said...

sedih nya kak zai ..kat tpt sya ni pun ada seorang penduduk yang meninggal sehari sebelum raya,tak taulah sakit apa tapi tentunya keluarganya berduka dihari yang orang lain bergembira .
takziah untuk kawan adik dan keluarga .

I am LZ said...

AsSalam Pn. Zaitun..
Al-fatehah.. Takziah diucapkan kpd keluarga kwn anak akak.. Mmg sedih bila terima berita kematian apalagi melibatkan org tersayang yg kita kenali..

Semoga mereka tabah..

kakrose said...

Sedih membacanya Zai. Tahun2 mendatang pasti keluarga itu menyambut aidilfitri dlm keadaan sedih mengenangkan arwah yg telah tiada. Alfatihah buat arwah..

Linakhtar said...

Al-fatihah untuk keluarga... mengingatkan saya pada arwah bapa saya meninggal pada raya ke4 masa tu hanya Allah je yg tahu... moga keluarga terus tabah...

acik erna said...

salam takziah buat kawan adik