Friday, February 06, 2015

Tetulang.

Assalammualaikum...

Salam Jumaat buat rakan2 semua.


Pokok tetulang




Tentu ramai diantara rakan2 yang tahu pokok ini. Nama dia pokok tetulang, ianya tidak berdaun. Kalau dipatahkan ia akan mengeluarkan cecair berwarna putih dan bergetah.

Saya dapat pokok ini dari seorang kawan. Katanya pokok ini senang hidup cuma patahkan dan tanam saja ke tanah. Bila bawa balik saya pun cucukkan aje didepan rumah dan sekarang pokoknya sudah besar dan rimbun.

Menurut apa yang saya baca dan ada juga orang bagi tahu pokok ini boleh dijadikan ubat. Dikategorikan dalam kumpulan pokok herba. Ianya boleh mengubati bisul, bengkak, sakit sendi, patah dan juga menghilangkan ketuat. Sesiapa  yang hendak mencuba carilah pokok ini.




10 comments:

Acik Erna said...

Biasa tengok ni zai.tak tau boleh buat buang ketuat..terima kasih zai

paridah said...

pokok ni boleh dibuat ubat terutama mrk yg patah r lepas eksiden utk meluruskn urat2...dulu ramai yg tanam dikampung..la ni dh xnmpak lg.

babYpose said...

salam jumaat, saya pernah ada pokok ni tapj berpindah dah tak ada, teringin pula nak cari pokok ni.

kakyon said...

teringin nak tanam dalam pasu..bila merimbun tentu cantik..

saniah ibrahim said...

oh pokok tetulang namanya ya kak zai...dulu masa kat rumah arwah mak kat kg ada pokok ni...masa tu tak berminat nk tanam tapi bila tau banyk khasiatnya elok kan ada tanaman ni.

Bunda a.k.a KN said...

Pernah tengok rumah jiran...tahu juga ada kegunaannya untuk kesembuhan ...tapi tak terlintas nak tanam...

Cantik ni kalau diletak bersama pokok berbunga...

kehidupan sihat said...

baru tahu pokok ni ada kegunaan..hihi

salam perkenalan kak

hainom OKje said...

Tak pernah tau KZ......uniklah pokoknya mcm batang daun ubi yek

monica_j24 said...

Salam... nak tahu mcm mana nak ptkan pokok ni sbb adik sy patah kaki n tgh cari pokok ni...

monica_j24 said...

Salam... nak tahu mcm mana nak ptkan pokok ni sbb adik sy patah kaki n tgh cari pokok ni...