Wednesday, March 06, 2013

Mengapa Tiada?....

Salam...

Buat rakan2 yang singgah diblog saya dan juga yang memberi ucapan buat adik... saya ucapkan terima kasih banyak2 ...adik juga menyampaikan terima kasihnya buat semua auntie.

Saya tercari2 berita tentang keadaan di Sabah disemua media masa tapi tak ada. Kalau ada pun bukan yang berkaitan dengan berita terkini. Tak macam selalu kalau ada kejadian berlaku dimana saja didalam atau diluar negara banyak sumber yang kita perolehi. Boleh dikatakan setiap masa ada perkembangan dan kadang2 dijadikan isu untuk satu segmen perbincangan. Mengapa agaknya ya???

Semalam saya berhubung dengan anak buah hubby yang menetap di Kota Kinabalu, bertanyakan khabar mereka. Jawapan yang saya terima... agak tegang dan merisaukan sebab ramai pegawai keselamatan yang menjalan tugas dipersekitaran tempat tinggal mereka. Ini membuatkan anak2 yang masih belum mengerti agak ketakutan dengan senjata yang sentiasa di pegang. Sebelum ini mereka tak pernah nampak orang yang beruniform berkeliaran tambah lagi dengan membawa senjata api. Saya ingatkan tentunya di Kota Kinabalu tidak sebegitu sebabnya agak jauh dari tempat2 yang tercetusnya peperangan.

Saya mendapat berita pula anak buah saya ali telah dikerah untuk ke Sandakan pada pukul 4 pagi tadi. Dia dapat menghubungi abangnya Fairuz di Sarawak untuk memberitahu pemergiannya ke sana. Semua ahli keluarga tertanya2... ke Sandakan?....bukan apa... sebagaimana yang kita ketahui Sandakan lebih dekat dengan Laut Sulu. Ini bermakna orang2 suluk lebih mudah untuk masuk ke Sandakan.

Bagi saya dan seluruh ahli keluarga memang hati bertambah risau. Harap2 semoga dapat jalan penyelesaian dengan secepat mungkin supaya Sabah aman kembali.

12 comments:

kasihibu said...

Salam kak harap semua selamat dan selesai dengan baik
demi keselamatan sbb itu tidak di hebahkan
mungkin pasukan keselamatan ada perancangan sulit
sekarang maklumat dihujung jari jd
pihak lawan dan sekutu sentiasa menanti maklumat
sekadar pendapat dari sya

sal said...

Moga semuanya dah ok dan kini dlm keadaan aman..

Unknown said...

semoga semua nya selamat.

Unknown said...

semoga semuanya kembali seperti sediakala..salam ziarah..=)

Kakzakie Purvit said...

Apa yg susah Kak Zai org Filipina yg dah jadi warga Sabah terlalu ramai. Kalau pengkhianat itu duduk rumah saudara mereka pun kita tak tahu. Dahlah sistem jalan sana tak secanggih sini. Mana nak selongkar satu-satu rumah. Sungguh merumitkan kerja-kerja perajurit kita.

Bersama kita doakan semoga Allah lindungi semua perajurit kita dan penduduk di Sabah sana.

ibundo said...

semuga semuanya selamat.Insyaallah..

che mid said...

Che Mid rasa satu Malaysia sedang terkejut dengan keadaan yang berlaku sekarang, apa tah lagi sesiapa yang mempunyai kaitan secara langsung spt kak Zaitun ini, tentulah terlalu risau.. doa dari kami, jaga diri baik-baik walau hati gundah gulana jangan sampai mudarat pada diri sendiri ya

Nieda Ramly said...

semoga segalanya selamat dan kembali seperti biasa. mudah-mudahan.

NEKCIK said...

Sama sama lah kita berdoa agar orang orang kita dilindugi Allah setiap waktu dan ketika..aamiin

Kamariah Awang said...

Semoga negara kita kembali aman dan sejahtera serta dibawah lindungan Allah azzawajala... Kepada anggota polis yang kembali, semoga rohnya dicucuri rahmad dan ditempatkan dalam kalangan shuhada... Kepada yang sedang bertugas, semoga Allah sajalah yang membalas segala pegorbanan mereka. Amiin....

azi said...

Kak zai...
Banyakkan tawakal ye kak..insyaallah, anak buah akak akan selamat bersama rakan-rakan seperjuangannya...

Ibu Lala said...

Moga senuanya selamat dan cepat la berakhir peperangan ini.