Tuesday, July 24, 2012

Awal Ramadhan

Salam Ramadhan...

Terima kasih buat rakan2 maya yang sudi singgah dan juga buat ainnoraini, Acik Erna, cikmanggis, azi, Nieda, suri solehah, Lady Lavender salam ramadhan buat kalian semua. Terima kasih juga buat marinahunny yang sudi singgah dan meninggalkan jejak. Syukur alhamdulillah saya di anugerahkan rakan2 yang mulia hatinya, semoga persahabatan kita semua berpanjangan sampai bila2.

Hari Ahad lepas saya ke bazar ramadhan Shah Alam yang terletak tidak jauh dari stadium, punyalah ramai orang sampaikan semua gerai tak nampak apa yang dijual. Nasib baik saya dapat juga mencelah di gerai yang menjual nasi kerabu. Setiap tahun nasi kerabu menjadi menu wajib buat saya dan anak2. Pernah buat tapi tak berapa nak menjadi. Ada 2 gerai berhampiran tapi yang sebelah sudah habis dijual mungkin sebab itu semua orang bertumpu digerai ini. Saya, hubby dan adik memilih daging bakar untuk lauknya selain lauk2 tambahan manakala Mimi pula memilih ayam percik.

Nasi kerabunya memang tidak menghampakan, sedap. Selain nasi kerabu hubby membeli kuih muih tapi kesian kat Mimi keliling mencari kuih tepung pelita tapi hampa tak jumpa. Nasib baik esoknya hubby jumpa kat bazar di Kelana Jaya. Ramai yang menjual kuih ini tapi nak mencari yang betul2 sedap payah sikit.

Masa kat bazar Shah Alam ada penyanyi kumpulan nasyid Raihan membuat pertunjukan untuk misi amal buat orang Sabah. Bagi yang sudi menderma disediakan beberapa bekas dilorong bazar. Nazri selaku ketuanya menceritakan serba sedikit tentang kisahnya sebelum memeluk Islam.Umur dia masa masuk Islam baru 12 tahun. Menurutnya lagi orang2 Sabah tidah meriah macam ditempat kita kalau menyambut ramadhan, bazar2 yang menjual makanan pun tidak banyak.





Sebelum ke bazar saya ke Sunway Pyramid untuk membeli keperluan selepas itu ke Jakel pula untuk membeli baju kurung untuk adik.

Tengah jalan2 di Sunway Pyramid jumpa mascot ini, adik pun tak lepas peluang untuk bergambar.

P/s:  Hari ini saya nak masak gulai ayam cili padi, kuihnya pula goreng cempadak lepas itu nak goreng lebihan karipap yang difrozenkan masa hari pertama puasa. Rakan2 pula apa menu untuk hari ini? tentu meriah meja kannn....


26 comments:

saniah said...

Saya??....masak kari ayam+goreng ikan+sayur je utk husbnd...saya sndr mkn laksa minta hsbnd beli kat param...sambil tu grill lamb chop n goreng chicken wings utk si adik ni...badan kecik tapi selera mak aiii...:-D
Ingat sabtu ni nak ke jakel...bnyk pilihan tak kat sana? Blum prnh sampai ke sana lg ni

suri solehah said...

sebut nasi kerabu..memang mengamit rasa lah k.zai,,kegemaran suri tu..tp yg tak berapa bestnya nk buat kat umah ni tak mendapat sambutan...huhu..
-kalau suri masih di S.A mcm dulu leh kita jumpa kat bazaar tu kan kak zai...hehe,,teringin jumpa k.zai

Nur-nba said...

Salam. Kebetulan tadi Nur berbuka juga dengan nasi kerabu. Kalau di JB ni memang susah sikit nak cari nasi kerabu yg sedap.

List menu akak tu sangat menyelerakan.. :)

lady lavender said...

Nasi kerabu menu iftar saya hari pertama ramadhan. Bila bln puasa rindu nak jejak pasar ramadan. Terpaksa buka gerai sendiri kat sini hihii..

Nieda said...

baru 4 hr puasa, dah tak tau nak masak apa huhuhu

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..
Dah masuk hari kelima berpuasa, baru kakya berkesempatan singgah.

Selamat menjalani ibadah berpuasa ramadhan untuk Zai Dan keluarga ye...

azi said...

Salam akak..
saya menu semalam, kari ikan semilang untuk cik abang, sambal tumis telur untuk anak-anak, daging dengdeng untuk saya, goreng ikan cencaru, sedikit kerabu dan sayur. Kuihnya saya goreng cempedak..macam akak jugak....:)

hari ni, tak tahu nak masak apa le kak...

ummu said...

salam Kak Zai
kisah revertnya Nazrey buatkan saya terharu
Bagusnya Nazrey tak malu turun padang ke bazar menyampaikan misinya,
salam ramadhan buat kakak sekeluarga
maaaf zahir batin saya mohon.

Zaitun said...

saniah

Banyaknya juadah...kak Zai pun teringin nak masak laksa,kalau beli kadang2 tak menepati selera hehehe...

Kalau kat Jakel banyak juga pilihan tapi kalau untuk diri kak Zai lebih berminat di Gulattis.

Zaitun said...

suri solehah

Owh...dulu suri tinggal kat Shah Alam ya,kalau tidak boleh kita jumpa selalu. InsyaAllah kalau kak Zai ke Langkawi kita boleh buat date begitu juga kalau suri datang ke Kl make a call.

Zaitun said...

Nur-nba

Salam...kat Jb lagi banyak makanan yang sedap2,kak Zai tak boleh lupa nasi bryani gam yummy....

Zaitun said...

lady Lavender

Walaupun LL jauh diperantauan tapi masih boleh menikmati juadah yang ada kat negara kita,lagi sedap masak sendiri.

Zaitun said...

Nieda

Buka internet nanti jadi pening sebab tak tahu nak masak yang mana satu hihihi...

Acik Erna said...

salam zai..kalau hari2 bekerja ni memang tak meriah la..meja pun tak penuh..he he..kalau cuti baru la dapat masak untuk anak2..

Zaitun said...

Deru Ombak

Salam kakya..,sibuk ya,selamat berbuka.

Zaitun said...

azi

Salam azi...kebetulan kuih kita sama tapi goreng cempedak kak Zai tak habis pun.

Hari ini kak Zai nak masak ikan kot asyik2 ayam dan daging aje.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna... balik pun dah petang kan lepas tu tentu dah penat.Takpelah nanti bila weekend boleh masak macam2 penuhkan satu meja hehehe...

Zaitun said...

ummu

Salam ummu...kalau boleh ramai lagi penyanyi membuat misi amal sedemikian rupa.Tak salahkan kalau apa yang ada pada kita untuk membantu pada yang memerlukan.

Salam Ramadhan dan selamat berbuka buat ummu sekeluarga.

makchaq said...

Makchaq masak yg simple ja bulan posa.. kalau lapaq semua sedap.. kata anak2 makchaq la..

Unknown said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat akak sekeluarga. lama tak mkn nasi kerabu..tak ada pasar ramadhan kat sini nampaknya nk kena buat sendiri la nanti:)

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai...

Saya pun suka ngan nasi kerabu...hari2 makan pun tak akan jemu....

Selamat berpuasa utk kak zai dan fmly..

Kamariah Awang said...

Alahai... ma belum kesempatan ke bazaar ramadhan lagi...

Kakzakie Purvit said...

Kak Zai sama macam kakak suka nasi kerabu. Kakak pun suka laksam. Tak tahulah walau kakak org Johor tapi kakak suka masakan ini.

Masih ke Jakel Kak Zai nak jahit baju lagi ke?

zue said...

belum trfikir lagi nak masak apa.
mungkin balik kerja dan dlm prjlnan baru ilham dtg kot :)

Anonymous said...

Salam Zai,

Maaflah lama tak menjengok ke sini. Semoga zai sihat.

Kak ani tak pernah ke pasar ramadhan dekat stadium ni. Selalunya bila budak2 kesana aiak kirim saja.

sal said...

apa khabar kak zai..moga sihat selalu ...

Apb akak cerita pasal nasi kerabu..terkenang nasi ni..saya pun penggemar nasi kerabu..sedap..

selamat berpuasa yee..moga ramadhan kali ini memberi banyak ruang kepada kita menambah amal untuk mendapat rahmat dan keberkatanNya..amin..