Thursday, July 12, 2012

Johore...tak pernah jemu

Salam...

Acik Erna, Nieda, Kamariah Awang, MulutPayau, azi, sal, cikmanggis terima kasih... kalau ada masa pergilah melawat JPO mesti terpikat dengan barang yang ada kat sana. Buat kakzakie insyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa. Betul kata kakzkie kalau di JPO pengunjungnya ramai orang Singapore maklumlah tukaran wang yang agak tinggi lagi pun tak jauh dari negara mereka.

Johore terkenal dengan banyak tempat makan yang sedap2 seperti Restoren Singgah Selalu, Senibong, steam boat di Dataran berhampiran dengan Dangga Bay, Setulang, kacang pool di Larkin, Tanjung Piai, nasi bryani di Batu Bahat dan banyak lagi. Setiap kali saya ke Johore tempat wajib makan ialah Restoren Singgah Selalu, nama restorennya pun dah singgah selalu. Makanannya memang sedap2 belaka, menu yang tak pernah miss ikan steam limau dan daging black pepper. Semua makanan di taja anak bujang saya, tapi sayang tak dapat habiskan sebab order terlalu banyak. Sebelum makanan sampai kami makan otak2 (wajib makan) dan buah2an. Terima kasih buat abang kerana selalu belanja mama, itulah kelebihan anak bujang saya,  setiap kali saya bertemu dengannya atau dia balik ke Kl, sebut saja nak makan apa/dimana dan berapa kali pun dia akan tunaikan dan tak pernah berkira atau merungut.

Saya tak dapat banyak berjalan ke tempat lain sebab banyak masa dihabiskan di JPO, cuma selepas sarapan pagi sempat pergi ke Angsana komplek sebab nak mencari kain ela. Nasib baik di sini ada Euro Moda dapatlah saya membeli untuk dihadiahkan pada seseorang. Saya makan mee rebus yang selalu disebut2 di foodcourt Angsana tapi saya rasa dah kurang sedapnya kalau dibandingkan dengan mee rebus Pak Tam di  R&R Tapah. Tengaharinya kami makan di JPO foodcourt tapi sebelum order hubby pergi ke  kaunter pertanyaan untuk mendapatkan ke sohehan halal makanan yang dijual disitu.

Walaupun masa agak ketat tapi sempat juga anak bujang bawa saya untuk menunjukkan tempat dia bekerja. Sudah 3 bulan di sini selepas berpindah dari Kulim. Cantik tempatnya berdekatan dengan laut dan juga tempat membaiki kapal. Paling seronok Lego Land juga tidak berapa jauh, bila saya lalu lalang dah nampak bangunan yang dibuat dari lego banyak yang sudah siap. Teringat masa anak2 saya masa kecik bila main lego saya selalu bising sebab bila terpijak punyalah sakit. Selain tempat makan yang sedap2 satu lagi tempat untuk dilawati menggamit saya untuk datang lagi. Sememangnya Johore banyak tempat2 yang memanggil kita untuk datang melawat.

projek yang dikendalikan anak bujang saya,ambik dari jauh tak berani dekat
bersebelahan dengan tapak projek
satu lagi kapal yang sedang dibaiki
bangunan unik yang sempat saya ambil


p/s: tengoklah anak dara saya Mimi (cetusankasih) dah tayang handbag yang saya hadiahkan pada dia. Singgah Melaka masa balik dari Johore untuk serahkan handbag tu.


28 comments:

azi said...

Salam kak zai...
Seronoknya Kak zai..saya baca akak citer ni pun dah teruja...Johor memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedapkan...last saya pegi JB masa kecik,tupun sekali saja, bila besar ni selalu sampai Muar saja, sebab nak makan sate, mee rebus dan lontongnya yang sedappp...

Zaitun said...

azi

Salam azi..sekarang lagi banyak berbanding dulu. Azi cubalah pergi tidak akan mengecewakan.Kalau kak Zai tak silap pertengahan bulan September sudah boleh melawat Lego land.Bawa anak2 pergi tentu mereka terhibur sebab Legoland juga ada kat luar negara.

cikceriacorner said...

salam akak..mak sy org johor..heheh..tp sy blum penah g lg JPO tu..makanan sana memang best2..:)

syamimi azmira said...

Bahaya kalau selalu ke Johor. Nanti mama asyik singgah JPO je. Hihihi Lepas ni ke Legoland pula ye ;)

Zaitun said...

cikceriacorner

Salam...Owh...iya ke...kalau macam itu singgah2lah ke sana.

Zaitun said...

syamimi azmira

Hehe...JPO memang best...
InsyaAllah...sudah dalam perancangan...LEGOLAND.Yang ada kat luar negara tak mampu nak pergi.

Rasanya kalau ada banyak duit nak saja beli sebuah rumah kat Johor.

Kakzakie said...

Kakak rasa anak Kak Zai kerja di Geylang Patah ye... JB ni dua pelabuhan terdekat di Gelang patan dah Pasir Gudang. Tapi Legoland tu di jalan menuju ke Gelang Patah. Mungkin lepas Raya ini open ceremony tau. Bolehlah kita berjimba-jimba di sini Kak Zai.

Lain kali kalau Kak Zai nak beli kain pergi je ke Jakel di Tampoi, bersebelahan dgn KipMart. Mesti anak Kak Zai tahu. Plaza Angsana agak mahal tapi sebagai ole-ole tak apalah.

makchaq said...

Ramai yang kata JPO best, tapi nak pi sana tu rasa jauhnya....(last pi JB 20 tahun lepas kot..)balik utara tak rasa jauh pulak.. padahai sama saja kan..

suri solehah said...

seronok akak jalan2..suri rasa baru 3 kali ke johor...teringin nak tengok legoland tu...
-kak suri bakal dapat baby lagi bulan 11 ni..tu yg menyepi lama,,baby yg sblm ni baru 9 bln huhu,,rindu akak jugak tau...

Nieda said...

lawa beg dia. tentu dia suka

Zaitun said...

Kakzakie

Betul tekaan kakzakie,anak kak Zai kerja dekat Gelang patah dan dia tinggal kalau tak silap di Nusajaya.

InsyaAllah kalau kak Zai ke sana lagi kita boleh berjimba2 hihihi...

Zaitun said...

makchaq

Kalau tanya kak Zai mana jauh utara dari selatan jawapannya selatan sebab jalan dia lurus aje tak ada berbukit2 macam nak pergi sebelah utara.

Pada kak Zai JPO tu best sangat sebab kalau beli barang branded kat luar mungkin tak mampu sebab mahal sangat.

Zaitun said...

suri solehah

InsyaAllah pasti suri dapat ke sana nanti bila masa mengizinkan.

Tahniah... dapat baby lagi,seronok kak Zai dengar bila orang dapat baby. Kilang kak Zai dah tutup, tunggu nak dapat cucu aje hihihi....

Zaitun said...

Nieda

Suka sangat...

Zaitun said...

makchaq

Kak Zai nak cakap utara yang jauh tersilap tulis haha...

ibundo said...

salam zai. Lama tak kemari. Dah tak berapa larat nak menjengah selalu.
Lama dah kak pah tak menjenguk jb. Teringin juga nak ke sana..

saniah said...

Baru semlm bgtau hsbnd nk g jln2 jpo...mmg tak pernah sampai johor lg ( malu kan? )
Beg cantikkk....brand tu pun salah satu dlm wishlist saya tau :-D

Kamariah Awang said...

Ma kalau JB sebelum balik ke Singapore, tak sempat pun nak kemana2, cuma sempat ziarah ke rumah kakak dan anak sedar aje....

sal said...

zai..kita mengajar dekat area jpo..
tapi baru thn ni..so tak pernah smpai jpo..lagipun brgnya mahal2 kan..memang org sgpura yg suka tempat tu..

Zaitun said...

Kakpah

Salam kakpah...saya pun macam tu juga kadang2 tak larat.

Kalau kakpah pergi Jb dah banyak perubahan,banyak sangat pembangunan.

Zaitun said...

saniah

Kak Zai rekemen JPO memang best tapi kalau orang tu jenis yang nak beli barang branded. Kalaau kat luar harganya agak mahal tapi kat JPO berbaloi.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Salam ma...lain kali kalau pergi Singapore singgahlah kat Johor,seronok jalan2 kat sana.

Zaitun said...

sal

Owh iya ke...bolehlah pergi JPO tengok2 dulu,lepas tu buat perbandingan dengan kat luar.

aNIe said...

Salam kak...anie tak pandai jalan kat JB...jadi masa pergi tu memang tak meronda pun...takut sesat nanti cik abang marah...

ummu said...

Salam Kak Zaitun
anak akak kak Zai kerje kat situ er?
erm, adik saya pun pernah kerja kat dekat2 situ, kak.

wahida said...

rindu JB...saya pernah menetap sekejap kat situ...sekarang teringin benar nak merasa kacang pool yg femes kat JB tu...

Mak Su said...

salam ziarah kak ... saya nak gi johor nak tgk tarian kuda kepang

Acik Erna said...

salam zai..insyaallah nanti nak kesana jugk