Saturday, July 28, 2012

Alhamdulillah...dah pulih

Salam Ramadhan...

Semoga rakan2 semua sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, mudah2an segala apa yang kita lakukan mendapat keberkatan, Amin. Terima kasih juga buat rakan2 yang sudi singgah dan meninggalkan jejak diblog saya.


Kalau kita dah biasa ada kenderaan sendiri untuk ke mana2 tapi bagaimana pula rasanya kalau tak ada, contohnya kalau kereta dihantar ke workshop dalam jangka masa yang agak lama. Begitulah apa yang terjadi pada saya tapi bukan kereta saya yang rosak tapi Jeep (kereta) hubby. Di sebab saya tidak menggunakan kereta hari2 maka hubby gunakan untuk pergi bekerja. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan Jeep hubby telah dibaik pulih.

Kebiasaannya saya menggunakan kereta untuk ke pasar membeli keperluan barang2 dapur tapi tidak hari2. Kadang2 bila nampak ikan elok saya beli lebih sikit untuk disimpan tak payahlah pergi setiap hari. Orang perempuan (selalunya sayalah) suka membeli barang yang tak di rancang, beli apa saja yang nampak. Bila balik rumah baru plan nak masak apa. Berbeza dengan orang lelaki kalau disuruh beli ikan dan sayur hanya itu saja yang dibeli. My hubby contohnya kena bawa list barang itu pun kadang2 ada juga barang yang terlupa.

Nampaknya selepas ini bebaslah saya untuk membeli segala keperluan terutamanya di bulan Ramadhan ini, kebiasaanya di bulan puasa ini menu kita agak berbeza dari hari2 biasa kan. Kalau hari2 biasa tak berapa rajin membuat macam2 menu tapi berbeza di bulan puasa agak rajin. Sayangnya setelah seminggu berbuka dan bersahur bersama2 hari ini Mimi akan balik ke kampus tinggalah kami bertiga macam hari2 biasa.


tepung talam, lapisan tak sekata

bubur durian 2 hari lepas. abaikan tepi periuk yang selekeh



10 comments:

makchaq said...

Makchaq la ni jrg sangat ke pasar.. Semua anak2 yg buat, terutama anak lelaki yg sulung..
Dia pandai masak jadi pandai la dia merancang apa nak beli..
Adik dia yg perempuan pun ok jugak, tapi selalu bagi alasan malas nak bersiap... Kat rumah pakai seluar separuh, tak nak pi pasai malas nak salin baju..

lady lavender said...

selamat berpuasa k.zai :-)

p/s; sedaapppnya kuih talam.

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai..
Memang betul tu kak zai..kalau hari2 biasa, punyalah malas nak masak..tapi bila masuk bulan puasa, macam2 menu nak dicuba....

saniah said...

Saya baru surrender masuk dapur dlm 2 hari ni...selalu pun cuma masak lauk je kuih2 tak pandai buat :-(
Next wek baru mula masuk dapur semula ;-)
tringin nk buat pengat pisang laa

Unknown said...

Assalam kak Zai, betul la kak org laki kalau disuruh beli brng yg dipesan brng tu jer yg dibelinya.kalau kita lak yg brng nak dibeli tak ingat nak beli tapi yang tak ada dlm list pulak dibeli..hehe saya lah tu:)

Acik Erna said...

salam zai..arini pun nak buat bubur durian jagung

Nieda said...

kalau ramai berbuka di rumah...baru syok memasak. mesti habis.

sal said...

selamat berbuka di petang ni..
kuih talam tu..sedap..
kak zai pandai buat..

aNIe said...

Salam kak...Alhamdulillah akak dah pulih...semoga sentiasa sihat agar dpt menjalani ibadah berpuasa dan ibadah2 yang lain dgn lebih baik...Ameen...

Kakzakie Purvit said...

Panjanglah langkah Kak Zai nak membeli apa yg dihajati ye...