Wednesday, December 07, 2011

Ahmad Tea

Salam ...

Kalau cerita pasal minuman kat rumah saya teh lebih disukai berbanding kopi. Masa dulu selalu guna macam2 serbuk teh salah satunya earl gray kalau buat teh 0 tapi kalau teh bersusu lebih suka guna teh lipton. Sejak akhir2 ni suka pula pada Ahmad Tea, macam2 perasa ada. Mulanya beli perasa peach & passion fruits lepas tu jasmine, black current sekarang perasa strawberry dan  lemon & lime. Ternyata memang semuanya sedap2 belaka.

Pernah juga buat teh masukkan daun pandan  atau kadang2 daun pudina tapi sejak dah guna Ahmad Tea tak buat lagi semua tu, guna yang lebih mudah.

  gambar kat atas ni dari google


sedap juga

Yang kat bawah ni minum masa kat Bandung, saya suka air durian belanda disana air ni dipanggil air sirsak rasanya memang sedap, kalau sesiapa pergi kesana jangan lupa minum. Kat bawah tu air  avocado coklat, bukan selera saya.

air sirsak

air avocado coklat

23 comments:

saniah said...

sedap bau teh kan? tapi saya frust sebab tak blh minum teh..tak tau kenapa kalau minum mesti sembelit..hemmm rugi kan?

Kakzakie Purvit said...

Kakak biasa guna lipton aje kak zai.

p/s: Model yg minum air sirsak tu ayu dan manis...:)

JunAina said...

kak zai tu air appricot ke air avocado?

aina kat rumah lebih pada kopi, org perlis memang kuat kopinya. kalau teh aina guna teh boh, lebih pekat nak buat teh tarik.

Zaitun said...

saniah

Kesian dia...

Kalau bandingkan kopi dan teh kak Zai rasa kopi lagi wangi tapi kak Zai tak boleh minum sebab B/p,anak2 pun tak berapa suka.

Zaitun said...

Kakzakie

Lipton pun sedap dan wangi.

Hehehe....adalah orang senyum meleret.

Zaitun said...

JunAina

Kak Zai minta maaf mentang2lah kak Zai tak suka avocado sampai tersilap tulis.
Dah betulkan hehehe...


Teh boh memang cantik kalau buat teh tarik.

azi said...

Salam Rindu Kak Zai..
rindu betul nak baca coretan akak...:)
Kat mana ye nak dapatkan teh Ahmad tu?..saya tak pernah nampak pun kat SP ni....
kat rumah, minuman selalunya teh atau milo...

Zaitun said...

Salam azi...kak Zai rasa mesti ada jual kat Giant atau Tesco SP. Cuba azi cari kat sana.

Anonymous said...

Selepas keluar hospital baru-baru ni saya cuma ambik holicks dan milo saja. dulu saya kuat minum nescafe, teh dan kopi sekarang kena belajar melupakan mereka ni semua demi kesihatan.

Totie@Tomy said...

tea sedapnya..demi hb saya tak dapat minum lagi buat sementara waktu..dah bersalin baru dapat minum..

cikmanggis said...

salam Zai.Minggu lepas saya beli avocado Indonesia kat Chow kit tetapi tak tahu resepi untuk buat air avocado.Apa rasanya ya?siap siapa yang ada resepi harap dapat share ya:)

Nieda said...

Yalah Kak zai, org kata Air avocado sedap tapi tak kena dgn selera saya.

Acik Erna said...

Asalam zai..saya lansung tak pandai minum tea ke kopi ke..
tapi nak cuba beli jugak untuk suami mana tau kalau dia suka pulak.

che mid said...

Memang sedapkan.. Che Mid pernah beli sekali dulu selepas dihidang oleh jiran. Tapi yang Che Mid beli takde tanda halal la..

intan morsalin said...

kat umah pon ade skotah teh ni..en somi dpt hamper...hehhehe...

Nida said...

Sedapnya Kak Zai air avocado tu..

Sekarang ni macam-macam jenis teh yang ada.. walau macammanapun teh yg asli juga yg Nida rasa sedap untuk ditelan :)

aNIe said...

Kak...air alpokat tu memang sedap kan... kat rumah ni banyak teh uncang.. ahmad tea pun ade...tapi jarang pulak anie ni berkesempatan nak buat air panas...hehehe...selalu buat 3 in 1 je...

MulutPayau said...

Tak pernah minum 'Ahmad Tea'.....Biasanya beli boh atau lipton jer.....anak2 pulak hanya minum milo..Tapi rasanya nak cuba jugak minum teh ni....

sal said...

saya pun suka tea juga berbanding dengan minuman lain..

wlupun ada teh berperisa, tapi menyukai teh orignal..
minum teh ,lebih2 lagi selepas makan makanan yg berminyak2..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear sis:)

Gambar air avokado coklat tuu cam best jekk..:):)

Tak pernah merasa lagi tea Ahmad nii...kalau dah dipromote tuu tak salah kann mencuba nanti..:)

Pe2..moga akak sihat2 di sana yaa:)

kasihibu said...

sya ada baut en3 teh o campur rempah ratus di dapur
nak cuba teh o pandan lah

anie,Nagoya said...

Assalammuallaikum kk Zai.

sihat?

kejapppp....air avocado coklat?dah le avacado kita tak penh mkn.apagase?ini pulak air yg letak tu?selalu wat tuk salad.

teh pun peminat teh.kalo dpt lepak waktu ptg sambil hirup teh, bestnyaaaa....smbil bercerita.huhuhu...bilalah tu?

Unknown said...

assalammualaikum. saya baru nak cuba green tea jenama ahmad tea ni, tapi saya rasa was was sebab bila saya tengok kotak tiada tanda halal. Boleh saya minta pandangan sama ada ahmad tea ini boleh di minum @ tidak? terima kasih.