Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah & Kahwin

Salam Maal Hijrah buat semua .....

Menu pagi diawal bulan Muharam...meehoon goreng dan kuih bingka ubi kayu yang dimasak semalam.  Makan bertiga walau tak disambut dengan meriah tapi bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah swt. Semalan atas permintaan adik ke Pizza Hut untuk melaksanakan hajatnya nak makan 7 cheese pizza.

abaikan hirisan telor yang kasar
 Gambar google
dari google

Bulan perkahwinan setiap Sabtu dan Ahad, Pantai Timur terkecuali sebab cuti jatuh hari Jumaat. Ada majlis diadakan dihotel bagi yang berkemampuan , ada yang di dewan tetap dihias dengan cita rasa pihak pengantin dan ada yang buat diperkarangan rumah saja tapi tetap meriah dengan kehadiran khemah2 yang berwarna warni.

Baru2 ni saya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan seorang anak rakan, buat diperkarangan rumah saja tapi pelamin cukup cantik dan kerusi grandfather trend zaman sekarang. Khemahnya pula ada langit2 yang beralun2, kalau dikampung biasa dilihat disetiap rumah mungkin untuk mengelak dari habuk jatuh ke lantai. Macam2 perubahan dari masa ke semasa.



24 comments:

azieazah said...

Bila musim kahwin, memang kita gantung kuali tak masak berhari-hari..

Jemputan khas buat Kak ZAIL

Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

azieazah said...

Ralat:
ZAIL = Kak ZAI.

sori.

Amie said...

musim kenduri kahwin ye Kak Zai... memang kena hadir kalau sudah dapat jemputan, sama-sama meriahkan majlis.

Zaitun said...

azieazah

Hehehe...lembut tangan buat seketika.

Terima kasih atas jemputan,kak Zai minta maaf sebab ada hal pada tarikh tu.

Zaitun said...

Amie

Sebaiknya kita hadir kalau tak ada hal yang penting,mengiratkan silaturahim.

mamawana said...

Assalamualaikum

Sedapnyer bingka...

Nieda said...

Samalah , saya pun pergi kenduri minggu ni. ADa yg kahwin dan juga bertunang.
Musim kenduri kendara di cuti sekolah.

kasihibu said...

sekarang ni pergi kenduri, bukan saja jamu selera, jamu mata pun iakan kak
ralit tengok hiasan yg cantik cantik..

sonata anak kancil said...

sekarang ramai yang buat khemah2 seperti ini...cantik ! zaman kita dulu2? kalau banding la ni - sempoi aje ....he3x

Pn Kartini said...

Salam Kak:)

Seronok tgk kemeriahan kenduri..
cantik & selesa je nampak..
cuma..
hati tak selesa bila ada selingan lagu2 di sesuatu kenduri kahwin..tak tenang je nak amati makanan..:)

Zaitun said...

mamawana

Salam...sesekali buat boleh habis satu loyang.

Zaitun said...

Nieda

Kena sediakan banyak envelope hehehe...

Zaitun said...

kasihibu

Selain pelamin tak sah kalau tak menjenguk ke dalam bilik pengantin juga hehehe....

Zaitun said...

sonata anak kancil

Kalau yang berduit lagi meriahlah majlisnya, selain khemah,kerusi meja, pinggan mangkuk pun cantik2.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...betul kata Tinie kadang2 nak bersembang pun tak tenteram sebab suara yang menyanyi menyakitkan telinga.

che mid said...

Salam kak Zai.. kelakar la baca entri ari ni.. tajuk macam takde kena mengena dengan gambar he he.. pas tu cakap pasal kawen.. ingatkan ada gambar pengantin tapi bumbung khemah je.. kelass! ha ha

MulutPayau said...

Salam maal Hijrah utk kak zai...

memang cantik langit2 khemah tu....

Nieza said...

Salam maal hijrah juga buat akak sekeluarga. bestnyer dpt mkn nasi kenduri:)

sal said...

sedapnya bingka ubi tu..
saya teringin juga nak buat jenis2 bingka, selalu terkeras..tapi tak berapa menjadi..

salam maal hijrah yee..didoakanagar
kehidupan ini sentiasa menceriakan..

ainnoraini said...

Sedap bingka ubi tu kak zai.
Teringat plk masa peknen anak no 2 mmg teringin sangat mkn kuih tu tak mau beli tapi nk mak saya yg buatkan... Alhamdulillah dpt jugak..

Hari ini saya pun ada jemputan kenduri kahwin jugak...

cikmanggis said...

semalam kami ke Temerloh kenduri kawen..hari ahad lepas kami marathon..satu hari 3 kenduri..eh zai dah pindah Terengganu ke?

Tirana said...

Kak Zai...perut jadi lapar tengok meehoon tu...hhmmmm sedapnya..

Kamariah Awang said...

Bagi orang yang kreatif, semuanya mendatangkan hasil...

Ros said...

Salam Zaitun,

Majlis kenduri la ni Kak Ros tengok memang hebat dan cukup meriah..Kak Ros pun dah bersusun dah kad kenduri untuk bulan 12 ni ja....