Friday, November 25, 2011

Kembang Lagi

Salam....

Berkembang lagi....

Walau pun musim hujan orkid saya tetap mengeluarkan bunga. Hilang rasa penat bila melawat taman yang tak seberapa luas. Sekarang jiran2 disekeliling rumah saya pun dah ramai yang menanam orkid. Kalau dulu mereka lebih suka menanam bunga kertas sebab menurut mereka orkid susah nak dijaga.

Satu keistimewaan orkid ni bunganya berbagai bentuk dan macam2 warna, ada yang bau wangi dan yang paling seronok bunga orkid tahan lama. Tapi ada juga orkid yang bunganya tak tahan lama kadang2 cuma satu hari saja.


orkid ni baunya wangi




orkid ni tak tahan lama

30 comments:

Kakzakie said...

Kak zai kena bagilah tip-tip menanam orkid. kakak punya semua tak berbunga. Masa beli ada bunga dah habis lepas tu daun aje yg lebat, bunganya tak boleh harap..

Suka orkid kak zai. Macam ibuintan dan ibundo (kakpah) punya cantik-cantik. Suka tengok.

Zaitun said...

Kakzakie

Kalau ikut cara kak Zai selalu bagi baja taik kambing 2 minggu sekali lepas tu siram dengan air beras dan kalau ada serbuk teh yang dah di guna tabur kat pangkal pokok dia,insyaAllah akan banyak kali berbunga.

saniah said...

cantik nyaa..suka orkid tapi tak reti nak bela..mcmana ya..orkid suka panas ke?rmh saya dapat cahaya matahari waktu pagi tapi tengahari agak terik..boleh hidup ke pokok ni?bg lah tip..kena buat sangkar ke nak tanam dia? mcm selubung tu...hehe tengok ada jiran pasang benda ni..:)

Nieda said...

Banyaknya orkid kaka zai. Yang bestnya berbunga serentak pulak tu.

azieazah said...

AKAKKKKK....! Orkid tu kaler PURPLE la Kak.... saya tak tahan!

I like!

Acik Erna said...

Assalam zai..cantiknya okid zai..rajin pulak berbunga..

Amie said...

tengok bunga orkid kak Zai, terkenang Amie beberapa tahun yang lalu waktu gila kumpul orkid... kami ada 117 spesies...suami buatkan rumah orkid,kalau dah berbunga ...masya-Allah cantiknya! bila pembantu rumah sudah berhenti, tugas menyiram dan membaja terhenti begitu saja...lamap-lama pokok orkid layu,mati satu demi satu... rupanya orkid minta dibelai, disayang, dimanja dan diberi perhatian... bukan hanya dibeli, dikumpul buat koleksi dan dibiarkan hidup sendiri...sebab kami sangka orkid ini spesies bunga yang pandai hidup berdikari.... sekarang ada lagi beberapa pokok orkid tapi jenis orkid tanah saja..

cikmanggis said...

cantiknya!pokok orkid saya banyak yang dah mati atau hidup segan mati tak mau disebabkan kurang penjagaan..entahlah rasa malas sungguh nak manjakan pokok pokok tu tapi ada juga yang berbunga.

mamawana said...

Assalam Zai

Cantiknyer orkid nih. Mama pun suka orkid tapi tak pandai nak menanamnya.

sal said...

cantik2nya orkid tu kak zai..

ceria sedikit hati bila menatapnya ....

aNIe said...

Cantiknya bunga2 orkid akak...

Green fingerlah kak Zai ni...

Mak Su said...

sy lum temui minat dgn bunga, tapi saya dah mula punya keinginan

Zaitun said...

saniah

Ada orkid yang boleh direct matahari dan satu lagi kena ada shade tapi perlu juga ada matahari.Kalau saniah nak beli tanya pada orang yang jual, kalau nak senang penjagaanya beli yanag direct matahari.

Zaitun said...

Nieda

Selalunya begitulah sebab bagi baja setiap 2 minggu.

Zaitun said...

azieazah

Peminat purple rupanya hehehe....wangi tau yang colour purple tu.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...macam tulah selalunya tapi ada juga kadang2 satu tangkai tak berapa banyak bunganya.

Zaitun said...

Amie

MasyaAllah banyaknya,dah jadi macam nursery tu.Tak boleh kak Zai bayangkan kalau masa berbunya,tentu cantik rumah Amie dengan kehadiran orkid yang begitu banyak warna warni.

Orkid jenis pokok yang agak manja sedikit,perlu selalu dibelai sekurang2nya sentuhan sesekali.

Zaitun said...

cikmanggis

Sayang kalau dibiarkan mati sebab pokok orkid harganya mahal.

Zaitun said...

mamawana

Salam...kalau nak cuba masa beli pokok orkid suruh aje orang kat nursery tu tunjukkan,selalunya kat situ ada jual pasu untuk orkid dan arang.

Zaitun said...

sal

kalau ada pokok bunga tak kiralah orkid atau bunga2 lain hati memang terasa seronok sebab cantik dan berwarna warni.

Zaitun said...

aNIe

Tak juga sebab kalau kak Zai tanam pokok sayur atau cili tak berapa nak menjadi hehehe....

Zaitun said...

Mak Su

Kalau dah ada keinginan pasti boleh menjadi.Cuba tanam pokok yang senang dijaga dulu.

Ros said...

Salam Zaitun,

Kak Ros memang suka ngan bunga orkid ni..tapi Kak Ros tak pandai la nak tanam.banyak kali jugak la Kak Ros tanam tak pernah hidup pun....Cantik sungguh bunga orkid Zaitun ni....

sonata anak kancil said...

Assalam - cantiknya! tapi kat rumah saya tak ada orkid - hubby tak minat - walaupun mrs dia minat - tak dilayannya!!!sebab semua landscape dia yang jaga...he3x saya cuci mata aje

che mid said...

Salam kak Zai - satu terapi minda yang bagus.. tentu puas hati bila jaga pokok bunga tanpa jemu akhirnya mengeluarakan bunga yang cantik dan tahan lama..

Zaitun said...

Ros

Salam Ros...minat tapi tak pandai nak tanam.Kak Zai cadangkan pergi kat nursery yang jual orkid suruh dia ajar macamana nak tanam/jaga tapi kenalah beli pokok orkid kat kedai dia.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Salam...cikgu minta sedikit ruang untuk tanam orkid,tak payah buat shade tanam orkid yang boleh direct matahari,mudah menjaganya.

Zaitun said...

che mid

Pokok apa pun yang kita tanam kalau mengeluarkan bunga seronoknya tak terkata,hilang rasa penat lelah.

Yang paling seronok laman jadi berseri dengan kehadiran bunga2 yang berwarna warni.

Totie@Tomy said...

saya suka tengok orkid bunga paling menarik..

محمد رازيق said...

saya suka rokid.. cantik..