Wednesday, November 23, 2011

Court...

Salam....

Baru hari ini dapat mengupdate blog dan bw ke rumah kawan2 disebabkan masaalah internet. Itu pun tak tahu sampai bila harap2 selepas ini biarlah tak ada masaalah lagi.

Saya nak sambung cerita n3 saya yang sebelum ini...

Agak kejam kalau difikirkan tapi itulah kesudahannya. Setelah merujuk pada pihak2 yang tertentu dan kata sepakat dari semua pihak yang terlibat akhirnya my hubby membuat keputusan membawa kes pinjam duit ni ke mahkamah. Mungkin agak zalim bagi sesetengah orang disebabkan jumlah yang tidak seberapa bagi orang yang berduit tapi disebabkan sikap ke angkuhan sipeminjam membuatkan kami terpaksa lakukan.

Bukan saja sikap angkuh beliau yang tak disenangi tapi cuba mempermainkan my hubby, konon masuk hospital tapi bila hubby pergi menziarahnya dihospital ternyata satu pembohongan. Sebenarnya dia tidak menyangka hubby akan ke rumahnya semula dan ketika itu dia sedang  menonton tv. Bila hubby menunggu kat luar baru isterinya menjemput masuk. Semasa dalam rumah pun dia perlakukan seolah2 hubby tak ujud dihadapannya.

Cuba bayangkan kalau anda ditempat my hubby.

16 comments:

Tirana said...

Good decision..teach him a lesson!

Kunang-Kunang said...

Pada kak ani rm15,000 bukan satu jumlah yg kecil. Tuntutlah hak suami zai tu. Lagi pun sipeminjam tu bukan orang susah.

Acik Erna said...

bukan satu tindakan yang kejam..tapi menuntu hak kita.
angkuh sangat..sampai sanggup menipu dan tidak melayan tetamu yang datang.

MulutPayau said...

Memang sepatutnya dia dikenakan tindakan.....Tmbah pulak perlakuannya yang mmng mnyakitkan hati...

ibuintan said...

kakzai... suami akak berhak menuntut hutang tu, beri pengajaran padanya supaya tdk dilakukannya pd org lain pula

saniah said...

kak zai...husband saya pun diperlaku mcm tu jugak..buat dia mcm peminta sedekah..pastu kami dengar kenduri kawin anak2 grand gila..duit sapa tu? geram sgt2 kan...
Bawak je ke court kes ni kak...husband saya dah tak dpt ke court sbb takde duit..klau ada nak jugak heret dia ke court biar dia rasa..

sekarang tawakkal je lah...ada juga husband call dan jumpa dia minta duit...kdg2 dia bayar lah 500rgt..bila nk habis?yg partner datuk2 tu senyap je..takpe lah..diaorg makan duit haram...:( sambil2 tu kak zai dn suami banyak2 lah bersabar yaa...Allah mengmakbulkan doa hambaNya yg teraniaya

Amie said...

memang...sesekali perlu 'diajar' orang yang sebegini...

azi said...

Salam kak Zai..
Memang patut tindakan akak dan suami tu...
Bukannya kejam akak, tapi akak menuntut hak yang sepatutnya...kalau tak boleh bayar...bagitau elok2kan..ni tidak, perlakuannya lagi menyakitkan hati ...:)

Kakzakie said...

Baru kakak rasa macam hubby Kak Zai ada pendirian. Kena ajar org yg tak sedar diri tu Kak Zai. Dahlah pinjam tak reti nak pulang siap menipu lagi...

Kalau ada sms yg dikirim atau dihantar jangan delete dulu kak Zai

Kakak doakan kes segera selesai.

che mid said...

Salam, keputusan dibuat setelah difikir masak2 dan sesudah memohon petunjukNya.. jadi teruskan tanpa ragu..CM agak tentu orang tu terkejut besar bila dapat notis mahkamah nanti..

azieazah said...

Bila sampai suatu tahap, memang itulah tindakan terbaik.

Orang sebegitu memang wajar diajar dengan cara yang dia mulakan.

Bukan berdendam, tapi pengajaran.

Hak tetap hak, Kak.

Zaitun said...

Semua rakan2

Terima kasih pada kawan2 semua diatas perhatian dan pandangan, semoga apa yang kami lakukan mendapat keredhaan dari Allah swt.

sal said...

RM tu duit kak zai..
akak berhak mendapatkannya balik..

ibundo said...

orang macam ni kena diberi pengajaran. sikap tak bertanggungjawab itu tersangatlah tidak boleh diterima.

Ros said...

Salam Zaitun,

Semasa nak mai pinjam tu mesti manis ja muka kan...bila nak bayar balik kita pun dah terus dia tak kenal..apa punya orang ni....

Kamariah Awang said...

Siapa yang lebih berhak mempertahankan hak kita.. melainkan kita jugak..! Keputusan bijak. Semoga berjaya!