Alhamdulillah sakitnya tak berpanjangan. Pagi tadi badan saya kurang sihat, kepala sakit sampailah menjelang ke petang. Selepas menunaikan solat subuh saya kejutkan adik kalau dia boleh ke sekolah hari ini sebab semalam dia kena inject kat sekolah. Menurutnya badan nya kurang sihat dan tangannya masih terasa sakit bila diangkat. Saya kata kalau begitu rehat saja kat rumah esok mungkin dah sihat dan bolehlah ke sekolah semula.
Selalunya selepas solat subuh saya akan menyediakan sarapan untuk adik tapi hari ini dia tak pergi ke sekolah saya pun menyambung tidur semula. Sebelum tu saya turun ke bawah menutup lampu luar, buka tingkap, menambah makanan sofi (arnab) dan memberi ikan makan. Kalau ikutkan memang tak elok tidur selepas subuh tapi disebabkan jarang dapat masa yang terluang sebegini saya pun tak lepaskan peluang sambung tidur, kebetulan malam semalam saya tidur agak lewat.
Pukul 8.30 saya terjaga dan kejutkan adik nak makan sarapan apa, katanya dia tak ada selera, saya pun baring semula tapi tujuan asalnya bukan nak tidur tapi cuma nak baring2. Sedar tak sedar bila terjaga tengok jam dah pukul 10.30 pagi. Cuba bangun tapi rasa lain macam kepala berat pandangan berpusing, cuba pejamkan mata tapi masih lagi berpusing, rasa rumah macam bergulung2. Bila adik sedar keadaan saya dia suruh saya baring semula tapi perut pula rasa sakit dan tekak rasa mual nak muntah. Adik pimpin ke bilik air agak lama didalam tapi tak jadi muntah, masuk ke bilik baring semula.
Dah agak lama baring cuba bangun tapi masih lagi bergoyang kuatkan semangat mandi lepas tu ajak adik turun ke bawah. Adik dan saya makan biskut tapi masing2 memang tak lalu makan. Dah makan sekeping dua baring lagi terus terlena sampailah azan zohor berkumandang. Gagahkan diri bangun tunaikan solat dan dalam hati berkata kalau pun dah tiba masanya sekurang2nya saya tak berhutang untuk hari ini, selepas tu baca Qur'an walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa, habis saja baca terus baring.
Adik pula mungkin dah terasa lapar terus masak maggie, sejujurnya adik memang tak pandai memasak selain daripada maggie. Beritahu adik kalau saya dah ok sedikit pun tak dapat nak keluar membeli makanan sebab kereta saya anak lelaki gunakan, keretanya dihantar ke workshop untuk beberapa hari. Kereta Jeep pula saya tak pandai nak bawa. Suruh adik talipon mana2 makanan delivery yang dia nak tapi katanya dia tak ada selera nak makan makanan macam tu.
Disebabkan tidur yang lena dan mungkin juga doa saya dikabulkan Allah swt petangnya saya dah sihat. Sempat buat porridge dan goreng ayam untuk kami makan malam. Mungkin juga sebab semalamnya saya menonton rancangan Halaqah yang bertajuk mati hidup semula, artis undangan Catriona memberikan saya semangat dan Alhamdulillah sekarang saya dah sihat seperti sediakala. Alhamdulillah........
28 comments:
sudah semmemangnyalah masa sakit masa yang paling tepat untuk menginsafi kelebihan masa kita sihat... sebagaimana lima perkara sebelum dan sesudah itu...
Alhamdulillah... ma ikut rasa syukur sakit Zai tak melarat dan cepat sembuhnya...
alhamdulillah zai dah baik.nasib baik ada adik sebagai teman...banyakkan berehat .
Semoga akak akan beransur cergas dah sihat sepenuhnya.. take care kak...
alhamdulillah dah sehat. Mungkin masuk angin zai? sebab sarapan lambat?
kak zai, rajin2 makan ubat yee..moga cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian dengan sampurna..
Salam Kak zai..
Alhamdullillah..akak dah sembuh...
banyakkan rehat ye kak...jangan buat keja yg. berat....
Minggu depan kita dah nak berpuasa...saya sentiasa doakan agar akak sihat selalu dan selamat menjalani ibadah puasa....
Patutlah Kak Zai senyap 2 ,3 hari ni. Tak sihat rupanya.
Take care kak zai.
Patutlah Kak Zai senyap 2 ,3 hari ni. Tak sihat rupanya.
Take care kak zai.
assalamualaikum kak zaitun
maaf ye kak, saya tak tanya khabar akak pun.
pattlah dah lama tak nampak akak di blog saya. semoga akak semakin sembuh
kakak, benar, sebagaimana fizikal kita perlukan makanan, jiwa kita pun perlukan makanan, halaqah tu salh satu kekuatan jiwa.
Amie
Tiada orang yang boleh menolong semasa kita sakit hanya berserah pada yang Satu,berdoalah insyaAllah Dia ada bersama.
Kamariah Awang
Syukur sangat sebab tak melarat dan terima kasih atas doa ma.
cikmanggis
Tak boleh bayangkan kalau adik pergi sekolah hari tu,sorang2 sakit dalam rumah.
aNIe
InsyaAllah,terima kasih.
ibundo
Mungkin juga kakpah sebab dah terlewat masih belum bersarapan.
Kalau kita tak biasa tidur lepas subuh memang macam tu Kak Zai. Kita akan rasa pening semacam. Sebab itu Kak Zai kata petang baru ok.
Catriona kan berubah selepas accident itu. Untung dia dapat nur disebalik kejadian itu.
sal
Alhamdulillah kak Zai dah sihat dan dah buat kerja seharian seperti biasa.
azi
Salam azi...Berkat doa azi kak Zai dah sihat,terima kasih banyak2.Minggu depan kita akan berpuasa selamat menyambut Ramadhan buat azi sekeluarga.
Nieda
Macam tulah bila dah sakit senyap sementara.
Selamat menyambut Ramadhan buat Nieda dan keluarga.
ummu
Salam ummu...ya betul lama kak Zai tak bertandang ke rumah ummu kadang2 terlepas pandang,maaf ya.InsyaAllah kak Zai dah sihat.Jiwa dan fizikal hendaklah diseimbangkan.
Selamat berpuasa buat ummu sekeluarga.
Kakzakie
Mungkin juga sebab kak Zai jarang tidur selepas subuh selalunya akan terus buat kerja rumah.
Catriona adalah diantara yang terpilih mendapat nur.
assalamualaikum...dan salam perkenalan..
Alhamdulillah..zai dah sihat.
cuma kenapa ye zai..saya jugak selalu kena pusing macam tu..kalau pi klinik dibagi uabt pening dan tahan muntah je.
Salam Kak Zai
Alhamdulillah.. semoga Kak Zai beransur pulih, setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya..
Rabiatun Adawyah
Salam perkenalan kembali dan terima kasih sudi singgah.
Acik Erna
Salam Erna...syukur saya dah sihat dah.
Saya pun tak tahu kenapa mungkin b/p naik kot,saya memang ada penyakit darah tinggi,ubat sentiasa makan.
Nida
Salam Nida...alhamdulillah kak Zai dah sihat.Memang betul setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Alhamdulillah....syukurlah kalau sakit Kak Zai tak melarat....kena bnyakkan rehat ya...
p/s...Selamat Menjalani Ibadah puasa utk Kak Zai dan kelurga..
Post a Comment