Monday, July 04, 2011

FM dari Isha.

Happy sangat sebab saya dapat ole2 dari best friend Mimi yang balik dari Leicester, Uk. Kali ni saya dapat 6 biji FM dari Armsterdam, Belgium, Granada, Luxembourg, Swiss dan Holland. Sebelum Isha balik ke M'sia dia pergi melancong ke Europe dan dia membelikan saya FM. Katanya ini ajelah barang yang dia mampu belikan untuk saya tapi bagi saya pula barang2 ini lah yang paling saya gemari. Masa dia balik tahun lepas dia membelikan saya FM dari London, Brussels dan Paris.
Terima kasih banyak2 buat Isha.








Isha bercuti selama 3 bulan, dah berjumpa dengan Mimi weekend semalam, sempatlah pergi jenjalan sambil makan2. Katanynya 2 minggu lagi dia akan ke Melaka dan tinggal dengan Mimi untuk beberapa hari. Setiap kali dia balik mereka mesti bersama, kawan yang dah jadi macam kembar siam. Berkawan sejak tingkatan satu, masa dapat keputusan PMR Isha dapat keputusan cemerlang tapi dia tak nak masuk asrama.Tingkatan 4 dan 5 sekali lagi Mimi dan Isha dikelas yang sama, bila keputusan SPM Isha lebih menonjol, jadi pelajar yang cemerlang buat sekolah itu. Pecah rekod anak Melayu pertama mendapat 12 A, selalunya anak Cina ditangga atas. Setahun kemudian dia meninggalkan Mimi untuk melanjutkan pelajaran ke Uk. Disana dia mengambil jurusan Pure Maths. Mungkin lagi 2 tahun dia disana mudah2an sekembalinya nanti dia akan pulang dengan ijazah yang di idam2kan.

32 comments:

anie,Nagoya said...

comel2 buah tangan tu.dr kita tggu ya.dah beli dah.tinggal nak bungkus supaya tak pecah

Amie said...

Assalam Kak Zai,
rasa besar sangat hati kalau dpt ole-ole kan...., best!

MulutPayau said...

cantiknya FM tu...Kak zai mesti salah sorang pngumpul FM kan..???

ainnoraini said...

kalau saye pun suke kak zai...cantik pulak tu...

azi said...

Salam kak zai..
Akak..seronokkan kalau dapat buah tangan..tak kiralah apapun..nanti akak pegi luar negara..belikan saya ye..he..he..gurau aje akak tau..
Seronok anak akak ada kawan sehati sejiwa..

Acik Erna said...

assalam zai..cantik2 FM nya tu.
seronok kan anak2 berkawan baik macam tu..walau jauh terpisah..tetap tak lupa..

Zaitun said...

anie,Nagoya

Heee... bestnya ada buah tangan dari Japang.Suka... suka....huhu...

Zaitun said...

Amie

Salam Amie...suka sangat kan... itu tanda orang ingat kat kita.

Zaitun said...

MulutPayau

Dari dulu kak Zai memang suka kumpul FM,mulanya dalam negeri aje.

Zaitun said...

ainnoraini

Siapa tak suka kalau datangnya dari luar negara,tak payah susah2 pergi dah dapat.

Zaitun said...

azi

Salam azi...insyaallah manalah tahu kalau kak Zai pergi mana2 bolehlah belikan.

Kawan yang sejati memang susah dapat kan.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...FM kasut tu yang paling cute.
Mereka berkawan dah lama setiap ada masa mesti bersama.

Nieza said...

bestkan kumpul FM tu..nieza pun sama suka gak kumpul..:)

hani@debumelukut said...

comel..mesti dah penuh dah tu tersusun di pintu peti ais..

Kakzakie said...

Pandai Isha pilih FM buat Kak Zai. Lagi pula mudah nak bawa...

Kakak bangga bila ada nak bangsa kita berjaya seperti anak bangsa lain...

Nieda said...

Amboi jelesnya tgk kak zai dpt FM bertimbun2 ni!!

Zaitun said...

Nieza

Hobi kita sama seronok tengok kalau dah banyak.Tentu ramai lagi yang suka kan.

Zaitun said...

hani@debumelukut

Pintu fridge yang kat atas memang dah penuh tapi pintu yang kat bawah baru setengah.

Zaitun said...

kakzakie

Kalau pergi tempat melancong barang yang mudah dapat FM lepas tu senang nak bawa.

Kebiasaannya anak cina yang menguasai markah tertinggi kalau dapat keputusan baru kali ni anak melayu dapat,sekolah bukan asramalah. Tumpang seronok.

Zaitun said...

Nieda

Taklah sampai betimbun tapi agak banyak jugalah.

ibuintan said...

cantik2 FM tu kakzai, mesti dah banyak koleksi kakzai kan..

Zaitun said...

ibuintan

Adalah juga,ada antaranya ahli keluarga yang bagi dan selebihnya rakan2 dan rakan2 anak juga.

silversarina said...

Cantik2 FM tu ..I juga ada koleksi FM , memang ia buah tangan yang kecil tapi berharga .

sonata anak kancil said...

cantiknya FM tu...koleksi kita belum bertambah lagi...

Zaitun said...

silversarina

Macam bermusim kan setiap yang pergi melancong mesti bawa balik FM untuk dijadikan ole2.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Tunggu musim cuti sekolah pasti ramai yang pergi melancong maka bertambahlah FM cikgu tu nanti.

Tirana said...

Cantiknya FM..Mintak satu kak Zai..hehehe

ibundo said...

cantiknya. kpah jugak minat kumpul fm tapi selalu jatuh sebab budak2 kat rumah ni kalau bukak tutup pintu peti ais tak reti nak buat perlahan.

Zaitun said...

Tirana

InsyaAllah kalau pergi mana2 kak Zai belikan ya.

Zaitun said...

ibundo

Saya punya pun ada juga yang jatuh kakpah tapi hubby tolong gamkan semula.
Kat rumah ni anak2 dah faham sebab maknya dah sound awal2 hehe...

suri solehah said...

seronokkan bila ada kawan sudi mengingati kita kan kak zai

Kamariah Awang said...

Ma pun minat kumpul FM. Tapi dari luar negara cuma ada 1 aje, Australia itupun kawan baik anak yang bagi...