Sunday, July 24, 2011

Tak Macam Dulu

Kalau dulu bila nak memandu sebut aje bila, siang ke, malam ke, hujan ke memang tak punya masaalah. Tapi sekarang bila nak pegang kereta banyak benda kena fikirkan, tambah lagi kalau waktu malam atau hari hujan cormfirm terkial2 macam siput berjalan. Puncanya mata walaupun dah pakai spek tapi masih kabur, bila mata dah tak berapa nampak keyakinan memandu dah berkurangan.

Pernah terjadi nak menghantar adik ke sekolah kereta berlapis2 ada yang masuk ada yang keluar, hon sana sini dan diantara kereta yang banyak tu terselitlah kereta yang saya pandu. Jalan mengensot perlahan sangat bila ada ruang sikit baru bergerak lepas tu ade juga pemandu yang kurang sabarnya, tahunya nak cepat aje dan dia tak tahu langsung menghormati orang lain.

Bila dah sesak mesti ada yang sipi2 berlaga kan. Adalah sorang mamat ni dari jauh dia dah pandang kereta saya, mungkin saya termakan laluannya bila berselisih saja dia membuka tingkap lalu menunjukan penumbuk. Saya dalam kereta hanya senyum aje tak rasa takut sebab ramai orang lagi pun pintu kereta saya berkunci. Dalam hati kalau ya pun saya termakan jalannya beritahu ajelah tak payah mengeluarkan tangan. Mungkin juga dia tak tahu yang pemandu ni lebih tua dari dia. Sepatutnya dia lebih menghormati apalagi pemandunya seorang perempuan, nak buat macamana dah sikap sesetengah pemandu begitu, kata orang samseng jalanan.

Diharap sesiapa saja yang memandu biarlah ada sikap tolerensi dan hormat menghormati barulah kita dipanggil pemandu berhemah.



Beli novel untuk santapan kesunyian hehe......

16 comments:

sal said...

mostly pemandu lelaki cepat pemarah berbanding pemandu perempuan yg agak sabar..tak semua tetapi begitulah selalunya..

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai...

Saya pun tak suka dan sakit hati ngan pmdu yg biadap....prnah mnyaksikan kes di mana seorang pmdu lelaki bertekak dgn pmdu prmpuan semata2 berebut parking....hampir brtmbuk...

Acik Erna said...

asslam zai..memang tak patut..tak perlu la tunjuk penumbuk..
semua tu kan tidak disengaja kan.

Nieda said...

Salam kak ZAi, kak zai dapat penumbuk saya pernah dapat teranjang lagi. Nasib baik saya dalam kereta dia motor saja.
Kut ya pun tak kan sampai mcm tu sekali.

ibuintan said...

kakzai memang ramai yg berlagak samseng dijalanraya, macam mereka saja yg hebat memandu

ainnoraini said...

saye kalau bawak kete sorang2 perkara mcm ni la paling takut...mmg tak adap dia org ni...jenis yg baran kot...

ade gak pemandu lori suke hon2 kalau kite lambat ke...dah dia besar kite bwk kete jer...siap jeling2 lagi sebab dia nk memotong...dia nk cepat konon2nye...

novel tu mesti bestkan kak zai...

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak..sabarlah ye kak..orang lelaki ni memang selalu marahkan kita pemandu wanita ni...macamlah diorang tu cekap sangatkan..he..he..saya pun tak berapa berani sangat memandu...setakat pegi kerja, hantar anak tuisyen dan masa 2 penting bolehlah..lain2 tu..dengan Cik abang ..:)

azieazah said...

Kak Zai, orang yang tunjuk penumbuk tu sebenarnya orang pengecut yang sombong. Jangan layan.

Layan novel lagi best...!

Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

ibundo said...

kat luar tu ramai je samseng jalan raya. Biar je.. tak boleh dilayan.
takut jugak kita...

Kakzakie said...

Kakak nie Kak Zai kalau memandu sendiri selalu mengalah je. Lagilah kalau yg over-take tu anak-anak muda bagi saja dia laluan. Heee takut kakak.....

Kamariah Awang said...

Sikap sombong gitu milik samseng jalanan... Macamlah jalan tu jalan dia sorang! Betul tak Zai?!

Amie said...

Assalamualaikum Kak Zai,
memang kena jadi pemandi berhemah... kadang2 kita terpaksa mengalah dengan karenah pemandu lain.... utk elakkan perkara yang tidak diingini..

Nida said...

Salam Kak Zai..

Nida ni silau tinggi... tak berani nak drive malam.. tapi kadang-kadang terpaksa juga..

hanez said...

salam ziarah & follow..

anie,Nagoya said...

sekom kk Zai.

kakak ni no hp kita 0102096255

nak tnya.novel sape yg best?sbb tak bape kenal gan penulis novel ni.sbb kk zai tahu sape novel2 yg handal n hebat.

kita nanti call akak

Kunang-Kunang said...

Zai, begitulah orang sekarang.

Perasaan hormat tak kurang.