Thursday, July 14, 2011

Mencuba Polkadot

Bila saya blogwalking ramai blogger yang dah mencuba buat apam dot dot, teruja rasanya sebab ada yang dah buat berulang kali tentu sedap rasanya. Kebetulan semalan saya tak banyak kerja nak dilakukan saya pun mencubalah. Saya ikut recepi dari ummizaihadi tapi dia tambah yogurt, malas nak ke kedai saya abaikan aje. Bila dah masak ternyata memang sedap sebab ada inti didalamnya. Saya buat inti kelapa kebetulan ada kelapa lebihan. Selalunya kalau sebut apam  tentu kosong aje, kalau nak makan baru digaul dengan kelapa. Apam ni namanya apam  dot dot tapi saya buat tak macam dot dot sebab tak ada pipping bag, saya guna sudu kecil jadilah tompok2 warna. Warna hijau pula tak berapa nak hijau mungkin terkurang warna agaknya.
 Apa pun saya nak ucapkan terima kasih pada ummi dan minta di halalkan sebab saya C&P.



rupa tak cantik tapi rasa sedap.

Sesiapa yang rajin bolehlah mencuba, mudah dan sedap.

34 comments:

azieazah said...

Sekarang macam trend kan, ramai dah yg mencuba Apam bercorak dan berinti macam tu.

Kebetulan, saya semalam pun dapat rasa Apam berinti Blueberri yang enak dan cantik.

tahniah, sebab menjadi juga usaha testing Kak ZAI. :)


Wordless Wednesday: Siaran Tertunda 13 Julai...

Acik Erna said...

assalam zai..saya tak pernah cuba lagi apam polka dot ni..kalau apam salju ke beras ke.kentang ke..semua dah cuba..

Amie said...

wah.... rajinnya buat apam dot dot.... comel2 belaka...

Zaitun said...

azieazah

Tu lah kak Zai tengok ada blogger yang dah berulang kali buat.

Azie pun dah rasa, sedap kan.

Hehe...tukar namalah... apam bercorak.

Zaitun said...

cik Erna

Salam Erna...cubalah buat memang tak mengecewakan,mudah dan rasanya sedap.

Zaitun said...

Amie

Rajin yang kadang2 menjelma hehe...

ibuintan said...

polka dot memang tengah femes skarang ni, ramai yg dah buat


tahniah kakzai dah berjaya mempolka dotkan apam... saya je masih berangan2

cikmanggis said...

wah rajinnya Zai:)dulu Cm pernah buat guna bekas kecik kecik.Sekali masuk mulut sebiji,sedar tak sedar dah kenyang.Mmg sedap kan...

Kamariah Awang said...

Wah nampak menarik, Zai. Rajin juga mencuba yeeer...?! Hihi...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ramai dah buat. Saya entah bila nak cuba.

Comel jer tu kak.. Siap terus makan. Dah ada inti.

Wattie said...

salam ziarah dan ukhwah,
Singgah nak makan apam

Kakzakie Purvit said...

Kalau rajin memang menjadi Kak Zai. Kakak nie entah bila nak buat sendiri. Asyik beli bila anak nak makan....

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak pun dah cuba juga ye buat Apam Dot Dot tu...saya pun teringin nak buat..tapi tak tahu lagi bila..:)..cantikkan akak....

wahida said...

saya ni asyik la kopipes resepi tapi buatnya idak jugak...huhu...

Irfa said...

hai..

mmg glemer apam dot-dot sekarang ni yer

Nieda said...

Mangkuk kek tu yg cantik..berkenan pulak

JunAina said...

alahai jeleznya...

bila le aina nak dot2kan apam kat umah pulak. tak leh jadi nih...

mamawana said...

Assalam,

Gerai2 kat taman rumah ni pun banyak yg jual apam polkedot nih. Teringin jugak nak mencuba tapi tak buat2 lagi. ihiiks..

suri solehah said...

penah cuba sekali dulu..tapi bau dia tak tahan skit..munkin sebab sy preggy kot huhu

Tirana said...

Inilah dia rupa apam dot dot...hehehe..tadi terbaca dalam blog Fida pasal apam ni. Kak Zai, mana resepinya. Bulan puasa dah dekat ni..boleh la cuba..

Zaitun said...

ibuintan

Sebab femes tulah kak Zai cuba buat ramai sangat yang dah mencuba.

Memang menjadi tapi rupa dia kurang cantik.

Zaitun said...

cikmanggis

Rasa dia memang sedap kan sebab ada inti kot.Kalau lebih rajin memang cantik kalau buat kecik2.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Percubaan pertama, menjadi tapi rupa kurang menarik.

Zaitun said...

Azrina 0307

Reen cubalah buat,mudah aje memang tak menghampakan rasanya sedap.

Zaitun said...

Wattie

Salam perkenalan kembali. Terima kasih sudi singgah.

Sila2 lah ambik apam yang kak Zai dah hidangkan.

Zaitun said...

Kakzakie

Kat tempat kak Zai belum ada yang menjual apam macam ni tu sebab kak Zai buat,ternyata memang sedap.

Kalau dah buat sekali mesti nak buat lagi.

Zaitun said...

azi

Salam azi...cubalah buat,senang tak payah nak tunggu lama2 siap bancuh terus aje kukus. Cup tu sengaja kak Zai beli yang ada dot dot hehe...

Zaitun said...

wahida

Copy paste dulu tak apa nanti bila senang terus aje buat.

Zaitun said...

HappyIrfa

Mungkin musim apam kot.Selalunya kalau blogger memulakan apa2 makanan mesti ada pengikut tu yang jadi femes.

Zaitun said...

Nieda

Kak Zai cari mangkuk yang ada dot dot biar sesuai dengan namanya.

Zaitun said...

JunAina

Jun boleh buat bila2 masa aje sebab apam ni kak Zai rasa paling senang membuatnya cuma kena sediakan inti terlebih duhulu.

Zaitun said...

mamawana

Salam mamawana...cubalah buat tapi kalau dah ada jual senang beli aje tapi kak Zai rasa kalau buat sendiri lagi sedap.

Zaitun said...

suri solehah

Kak Zai dah cuba 2 kali ternyata kali kedua kurang bau telur sebab kak Zai tambahkan yogurt.

Zaitun said...

Tirana

Memang dah ramai mencuba,kalau bulan puasa pun elok buat untuk juadah berbuka.

Recepinya Tirana ambik dekat link kak Zai Home sweet home.