Sunday, July 10, 2011

Masih Sayang Masih Rindu

Bila lagu Oh Fatimah nyanyian A.Ramlee saya tak ingat tahun berapa dimainkan berulang kali ianya mengingatkan saya pada seseorang. Sungguh sayu dan nak mengalir air mata bila mengingatkan kisah masa lampau. Inilah akibatnya kalau tinggal sorang2 banyak benda dan perkara boleh teringat kembali.

Jiran saya buat kenduri kahwin, pagi2 lagi dah memainkan lagu2 sewaktu saya kecil termasuklah lagu Oh Fatimah, lagu yang membuatkan saya teringat dan rindu pada seseorang. Dia bukan kekasih saya tapi jiran semasa dikampung. Semasa dikampung antara 6 buah rumah hanya ada saya seorang saja budak perempuan manakala yang lainnya semua lelaki. Maka itulah sebabnya semasa saya kecil permainan yang saya mainkan adalah permainan yang dimainkan oleh budak lelaki, tak pernah main anak patung. Yang paling istimewanya saya menjadi budak kesayangan dikalangan jiran2. Setiap kali hari raya saya akan dapat banyak barang termasuk baju dan ada juga baju yang dijahit khas oleh jiran2 saya sendiri.

Salah seorang jiran dikampung saya punya anak lelaki yang agak jauh beza umurnya dengan saya. Keluarganya dan jiran2 memanggilnya dengan nama uda. Dialah yang paling sayang pada saya dan dia jugalah yang menukar nama saya dengan panggilan naning. Hanya dia seorang yang memanggil nama itu semasa dikampung. Setiap hari kalau dia jumpa saya mesti didukungnya (dukung belakang) sambil tu dia akan menyanyikan lagu Oh Fatimah. Lagu tu memang lagu kegemarannya dan kalau dia main gitar saya akan mengadap dia sambil menyanyi bersama2. Sayangnya dia pada saya macam adik kandung sendiri maklumlah tak pernah punya adik perempuan.

Masa silih berganti saya pun membesar dan masa tu dia dah bekerja. Bila pulang ke kampung dia masih lagi menemui saya macam biasa. Pernah dia berkata kalau ada jodoh dia nak kahwin dengan saya tapi masa tu saya masih bersekolah. Saya anggap kenyataannya main2 saja sebab dari kecik dia sudah macam abang saya sendiri. Mungkin jodohnya dah sampai akhirnya dia berkahwin dan nama isterinya kebetulan Fatimah. Saya amat seronok sebab saya dapat kakak baru. Masa hari perkahwinannya dia mendapatkan saya dan mengatakan dia masih sayangkan saya dan sayangnya tak akan berubah tapi sayang sebagai adik.

Tak lama selepas itu dia pun berpindah ke Kelantan dan jarang2 balik ke kampung, saya pula selepas tamat pengajian terus menetap di Kl. Selepas beberapa tahun ibubapanya meninggal dunia dan rumah mereka dibiarkan kosong begitu saja. Sampailah sekarang saya tak pernah menemuinya lagi dan saya tak tahu dia berada dimana. Saya masih rindu padanya tapi hanya rindu seorang adik pada seorang abang.

Ingat lagi dialog masa dia jumpa saya.

Uda : Boleh tak kalau uda dan naning kahwin?

Naning: Kenapa pulak...uda kan abang naning... mana boleh kahwin.

Uda: Itu dulu...sekarang naning dah besar.

Naning: Tak naklah... naning nak uda jadi abang sampai bila2.

Uda: Sampai mati.

Naning: Ha'ah.

36 comments:

Nieda said...

Alamak dialog tu yg paling mahal. Macam citer dlm novel pulak kisah kak Zai ni.

Acik Erna said...

assalam zai..klau la dapat bertemu kembali dengan keluarga masing2 mesti seronok kan..

aNIe said...

Kak zai..lagu2 lama ni selalu mengundang nostalgia kan? Dan ianya byk menyimpan serribu kenangan..lagu2 lama ni selalaunya tak jemu didengar

Zaitun said...

Nieda

Masa tu tak ada perasaan lain hanya mengaggap dia hanya seorang abang.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...memanglah seronok tapi saya tak tahu nak cari dia dimana sebab saya juga dah agak lama tinggalkan kampung.

Zaitun said...

aNIe

Memang betul tambah pula kalau lagu tu selalu dinyanyikan orang yang kita rindu.

Betul kata anie lagu2 lama tak jemu didengar.

kasihibu said...

salam kak
nostalgia betul kan?
kalau dapat berjumpa lagi mesti seronok
dapat kenal anak anak dan cucu cucu..

azieazah said...

Kisah Kak ZAI ini hampir sama dgn kisah yang pernah saya lalui semasa saya di sekolah rendah dulu. Janji yang sama.
Nama pun macam nak sama, UDA dan UDIN.

Bezanya, UDA itu sudah kahwin, tapi “UDIN” saya itu tidak kahwin sampai sekarang..

Sedih pula bila baca entri ini....

Amie said...

Kak Zai,
kita memang kaya kak.... kaya dengan kenangan, sayang & rindu itu mahal harganya kak, tak ternilai & tak terbeli.... hu hu huuuu

Zaitun said...

sayangsayangibu

Salam...kenangan lama tapi masih tak hilang dari ingatan.

Sesekali jumpa orang kampung ada juga bertanya tapi tak seorang pun yang tahu dia dimana.

Zaitun said...

azieazah

Sedih kan azie bila kita ingat semula, masa tu indah sangat. Bila orang sayang kita,ambik berat tentang kita bahagia rasanya tapi kak Zai anggap dia macam abang sendiri tak ada perasaan lain pun.

Zaitun said...

Amie

Kak Zai memang kaya dengan kenangan masa lampau terlalu banyak kalau nak diceritakan. Hanya sayang dan rindu pada orang yang betul2 sayang.

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak..kenangan dulu2 memang indah untuk dikenangkan..kalau masa boleh diputar kembali..kan best..he..he..
Akak..jodoh kita dah ditentukan oleh Allah...memang akak dan Uda dah ditentukan akan jadi saudara dunia akhirat..kalau dapat jumpa dengan keluarga masing2 sekarang mesti seronok..

Zaitun said...

Azi

Salam azi...kenangan tu indah sangat2 kalaulah masa boleh diputar kembali kak Zai nak uda dukung kak Zai lepas tu nak nyanyi sama2 sambil uda main gitar,rasa nak nangis bila ingat, tapi masa tu kak Zai tak ada perasaan pun.

Harap suatu hari nanti dapatlah kak Zai jumpa dia dan nyanyi lagu OH Fatimah.

Anonymous said...

Sayu bila kenang kisah lama kan.

sal said...

sedihnya kenangan lalu...

kena jejak kasih ni...
mana tau terjumpa semula..

boleh berukhuwah antara family abang tu ngan family zai..

Kamariah Awang said...

Bila dalam kesunyian ni memanglah segala kenangan lama menerjah dibenak hati... Sayu juga baca entry Zai.. Apa pun, perbanyakkan doa, mudah2an Allah mendengar doa kita dan memakbulkannya... Amiiin...

MulutPayau said...

kenangan lama memang sukar untuk dipadamkan...ia trsimpan kemas dalam lipatan hati kita...seronokkan kalau dpat brjumpa kembali setelah masing2 berkeluarga.....

wahida said...

kenapa dia gelar akak naning? apa maksudnya?

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasalah Kak Zai anak dulu tak sama dgn anak sekarang. Anak dulu ikhlas dlm kasih dan sayang bila bermain. Sekarang kita sebagai ibu-bapa kena berhati-hati kerana syaitan tak mati-mati sentiasa mengoda kita anak cucu adam.

Cubalah Kak Zai cari guna FB mana tahu jumpa... seronok pulak kakak baca N3 ini:)

ibuintan said...

kakzai,

kenangan mengusik jiwa ni, saya pun ada juga cerita indah begini di waktu kecil dulu

sekarang bila sesekali bertemu terbit pula rasa malu bila mengenangkan zaman yg tak malu2 dulu, dulu lelaki perempuan main dengan bebasnya kan... juga ikhlas

betul cadangan kakzakie tu... cuba cari melalui fb, mungkin anak2nya terbaca lak nanti...

ce abang izin tak?

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Sesekali bila teringat hati rasa sayu.

Zaitun said...

sal

Sedih sebab dah anggap macam abang sendiri tak tahu masih sihat atau sebaliknya.

Dah cuba tanya2 orang kampung tapi mereka juga tak tahu. Kalau mengikut umurnya memang dah bersara.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Tinggal sorang2 dah tu dengar pulak lagu yang selalu kita nyanyi sama2 tu yang membuatkan sedih sampai nak nangis.

Zaitun said...

MulutPayau

Kenangan tu memang tak boleh dilupakan sebab susah nak cari kasih sejati dari orang yang bukan darah daging kita.

Kak Zai tak tahu nak kata apa kalau satu hari nanti terjumpa,harap dia sihat dan bahagia bersama keluarga.

Zaitun said...

Wahida

Kak Zai sendiri tak tahu kenapa dia panggil dengan nama tu,unik kan.

Masih terngiang2 ditelinga suaranya sebab hanya dia sorang yang panggil kak Zai dengan nama tu.

Zaitun said...

kakzakie

Budak2 dulu memang jauh berbeza dengan budak2 sekarang sebab kalau dulu tinggal satu kampung sudah dianggap macam saudara.Walaupun budak2 lelaki bermain bersama budak2 perempuan tak ada feeling dan ibubapa tak ada rasa curiga dengan perlakuan anak masing2.

Kak Zai tak ada fb.

Zaitun said...

ibuintan

Kita serupa hehe... budak2 dulu mana tau feeling kalau bermain campur lelaki dengan perempuan dah tu pakai seluar pendek lagi.Sekarang bila jumpa memang terasa malu sebab masing2 dah berumur.

Kak Zai pernah cerita dengan hubby dia tak kisah sebab kak Zai anggap uda macam abang bukan kekasih.

Amie said...

selamat petang Kak Zai,
tangan Amie terambil 'cabutan bertuah' untuk Kak Zai tau,
dipersilakan dan dialu-alukan dengan segala hormatnya mengambil award beautiful blogger di rumah Amie ye...

Zaitun said...

Amie

Kak Zai dapat award? Terima kasih banyak2,apalah sangat blog kak Zai ni, insyaAllah kak Zai akan ambik.

Granny Hani said...

hmm...semua org ada sejarah..sejarah cinta lah yg paling tak dapat di lupakan.old flame kata mat salleh.

intan morsalin said...

jumpa akak kat blog kak Kamariah...
singgah sini & follow...slm perkenalan

JunAina said...

nostalgia...tersentuh...semuanya bagai menggamit sebuah keriduan yg tak bertepi...

Zaitun said...

hani@debumelukut

Sejarah atau kenangan lama yang susah nak dilupakan,tapi sejarah kak Zai cuma cinta adik kepada seseorang yang dianggap abang.

Zaitun said...

intan morsalin

Salam perkenalan kembali,terima kasih sudi singgah.

Zaitun said...

JunAina

Rindu yang tak berkesudahan terutamanya jika mendengar lagu yang selalu dinyanyikan tika bersama.