Syukur alhamdulillah sekarang adik tak payah lagi pergi tusyen kat luar untuk subjek Mathematics dan sains. Cikgunya sudi datang kerumah bermula semalam. Belajar sampai 3 jam tak macam tusyen kat luar 2 jam untuk satu subjek. Seminggu 2 kali ini bermakna satu bulan adik dapat belajar 12 jam per subject.
Masa jumpa Mimi tempoh hari dia bertanya kalau ada budak2 yang nak belajar kalau dia tawarkan diri untuk mengajar, boleh buat poket money lagi pun mungkin rasa boring tak buat apa2, kat rumah pun tinggal sorang2, mak dia pun bekerja. Bila saya dapat tahu saya pun ajukan pada hubby, dah sepakat adik pun berhenti dari tempat tusyen dia tapi hanya 2 subjek yang lain tetap macam biasa.
Cikgunya sungguh lemah lembut banyak bertanya tentang pembelajaran disekolah, tanya pasal cikgu, adik pun enjoy belajar.Yang seronoknya ada diantara cikgu yang mengajar adik adalah cikgu yang mengajarnya semasa dia belajar disekolah itu. Mudah2an apa yang dia ajar adik akan dapat terima dengan baik.
Terima kasih Isha sebab sudi ajar adik.
27 comments:
Kak Zai,
betul tu kak, memang kena buat pilihan bijak & tepat ttg hal pelajaran anak2....
Kalau tambah dengan latih tubi dalam Program SCORE A pun lagi baik... Ada 500,000 soalan dalam program tu. Banyak jugak yang dah berjaya, Zai..
bestnye akak dpt cikgu mcm tu..heheh
sekom.bgus jg ada cikgu yg sudi dtg mengajar kat umah.tapiiii....kita tak suka.sbb nak kene kemas umah.hihihi...sekeh...jgn tak sekeh.
ganbante ne, adik
sukatan pelajaran sekarang memang kena banyak latih tubi
anak anak sya kelas tambahan di sekolah diorang
Masa depan anak2 terletak di tangan kita.. good luck ;)
Zu
http://www.zuwairiaiman.com
Assalamualaikum Kak Zai,
Untunglah adik tak payah keluar rumah. Isha pun untung juga boleh dapat duit poket...
Salam Kak Zai..akak..kalau ngajar sorang2...tumpuan tu lebih sikitkan..seronok anak akak...
Amie
Masa kita sekolah dulu mak dan ayah tak berpelajaran tinggi jadi mereka hanya mampu menghantar anak ke sekolah saja tapi sekarang ibubapa dah mampu.
Kamariah Awang
Subjek matematik memang perlukan latih tubi,dia bukan macam sejarah,baca dan ingat.Kalau rajin melakukan latihan memang menghasilkan keputusan yang baik.
cikceriacorner
Kebetulan Isha cuti 3 bulan,lagi pun dia memang pakar dalam bidang tu.
anie,Nagoya
Salam anie... leceh juga setiap hari nak antar dan ambik,dah ada peluang lagi pun Isha tu kawan kepada kakak adik.
Anie malas kemas rumah ya huhu....
sayangsayangibu
Kalau ada tusyen kat sekolah bagus juga tapi kat sekolah adik hanya diperuntukan pada budak2 yang kurang berkemampuan sebab muridnya terlalu ramai.
bobhandburry
Salam...terima kasih sudi singgah.
Ibubapalah yang sepatutnya mencorakkan anak2,kita kena pantau selalu.
Kakzakie
Salam kakzakie...dua2 untung tapi yang lebih untungnya sayalah sebab tak payah nak antar dan ambik kalau tusyen kat luar.
azi
Salam azi...itu kelebihan kalau tusyen kat rumah,no sharing.
belajar di rumah lagi senang tak payah kita kuar hantar dan ambik..bernasib baik lah tu.
assalam zai..bertuah adik..dapat belajar macam tu..tumpuan pun lebih..di pusat ueyen..ramai macam kat sekolah jugak kan..
Senanglah kak Zai tak payah jadi driver, cikgu datang rumah.
Senanglah kak Zai tak payah jadi driver, cikgu datang rumah.
Assalamualaikum my dear kak Zai:)
InsyaAllah kak..
bila dah ada kehendak dan minat serta usaha tu..InsyaAllah pasti membuahkan kejayaannya kan kak.:)
Jangan lupa..pesan anakanda utk buat latih tubi soalan2 spm 10 tahun lepas..(buku keluaran CERDIK..yang ada soalan2 past year spm!):)
hani@debumelukut
Tu lah taklah banyak kali kak Zai nak antar dan ambik sebab kalau drive malam kak Zai bawa kereta macam siput hehe...
Acik Erna
Salam Erna...Senang bagi dia dan saya juga hehe...kat sekolah muridnya ramai tumpuan cikgu tak boleh pada sorang2.
Nieda
Jadi driver juga tapi taklah hari2 sebab dah tak banyak subjek belajar kat luar.
Pn Kartini
Salam Tinie...anak kak Zai ambik PMR bukan SPM.Kalau nak berjaya seharusnya banyak mengulang kaji mata pelajaran terutamanya maths perlu banyak latih tubi.Banyak yang kena korbankan demi masa depan.
seronoknya kalau dapat ckg yg dtang ke rumah...tak payah berkejar nak hntar anak ke tusyen...
Assalamualaikum Kak Zai sayangggg....Amie datang bawa hadiah istimewa, dipersilakan ambil di dapur Amie ye...terima kasih!
Post a Comment