Lama tak menjenguk blog agak sibuk sikit macam2 kena buat kebetulan hubby ada balik. Kalau hubby ada bolehlah uruskan macam2 benda sebab saya dah tak berani nak bawa kereta ke tempat2 yang agak sesak dan ke tengah2 bandar.
Dapat pergi ziarah kakak yang kurang sihat, suka sangat dia kami datang sangkanya Mimi datang sekali, anak buah kesayangannya. Masa pergi saya bawa bubur durian dan pulut, lepas tu bawa apam dot dot. Kebetulan anaknya baca blog saya nampak saya dah buat apam tu dia pun minta buatkan. Kali kedua buat apam tu saya tambahkan yogurt rasanya lagi sedap dan bau telur pun berkurangan, tak macam pertama kali buat memang ada berbau sikit.
Semalam dapat berita mak sahabat lama yang tinggal di Melaka meninggal tapi dah 4 hari baru bagi tahu. Katanya dia agak panik sebab tak menyangka maknya akan pergi sebab tak sakit apa2 cuma demam biasa aje. Ramai juga diantara saudara mara dan rakan2 yang tak dapat berita pada hari meninggal lagi pun jenazah di kebumikan dihari yang sama. Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Adik terlalu gembira sebab kelmarin Pak Latip hantar mesej untuknya dari Mekah, mendoakan kejayaannya dalam pelajaran dan peperiksaan. Terima kasih buat Pak Latip yang sudi mengingat anak saya dan sungguh terharu bila selalu sangat membahasakan anakanda pada adik. Semoga Pak Latip sihat2 di sana dan mendapat umrah yang Mabrur.
26 comments:
Salam kak Zai...perut terus terasa lapar bila sebut bubur durian dan pulut...hmmmm...sedapnya.. Oppsss saya puasa hari ni...hehehe
Salam Kak Zai..
Seronok ye kak bila Hubby balikkan..bolehlah manja2 dan berjalan2..:)
Akak..bila baca akak sebut bubur durian..terus rasa lapar...tapi bila saya buat hari tu..tak makan pun..he..he..
Tirana
Salam Tirana...Owh puasa... takpe petang nanti boleh buat untuk juadah berbuka.
azi
Salam azi...masa hubby ada bolehlah tolong buat kerja2 yang tertangguh.
Sedap kalau orang lain yang masak.Hari tu kak Zai masak satu periuk besar...licin hehe....
Bestnya dapat akrab dgn Pak Latip. Mesti kalau ada buku baru dah dapat baca dulu macam 4 imam hari itu kan...
Kak Zai,
dah lama teringin nak makan pulut dengan pengat durian.. huhu.
saya tak pernah buat lagi pulut biasa @ kuning. Nampaknya kena cuba lepas ni..
Kakzakie
Entah apalah tuahnya anak saya tu kakzakie,dia memang rapat dengan Pak Latip dan kalau ada buku yang baru keluar selalunya Pak latip akan bagi free saja.
Azrina0307
kalau kak Zai buat bubur durian mesti makan dengan pulut tapi pulutnya tak dikukus, masak macam nasi guna santan cair.
Reen cubalah buat senang aje.
Pernah makan durian , pulut dan santan .Mcm org Perlis makan mangga dgn pulut. Sedap.
Salam kak Zai..
Alfatihah buat yang tiada...
Sedapnya bubur durian.. sini harga 3 ulas durian frozen tersangatlah mahal..huhu
akak bila nak buat apam polkadot utk saya lak? hehe...
semasa ayah Cm meninggal cm rasa tak percaya jugak sebab beberapa jam sebelum dia tenat dia cakap dia dah ok..tak payah balik sebab malam dan jauh ..beberapa jam kemudian dah tenat....masa mula mula meninggal tesangat lah sedih tetapi sekarang rasa tersangat lah rindu padanya...
Nieda
Kalau ditempat kak Zai makanan tu dipanggil serawa durian dan kalau mangga pula namanya serawa mangga.
Nida
Salam Nida...memang durian agak mahal kalau diluar negara tapi ramai ke penggemarnya.
Sabarlah bila balik nanti insyaAllah dapat makan.
wahida
Kalau datang rumah kak Zai boleh aje tapi kena calling2 dulu.
cikmanggis
Salam cm...saya dah rasa macam yang cm alami,pergi dengan tiba2,memang tak percaya tapi itulah takdir,kita hanya hambanya,redo ajelah,kita juga akan menyusul.
sedapnya bubur durian..
tambah best hubby kak zai balik, terasa tak sunyi apb jumpa ..
bila dikau ada, segalanya lebih sedap..bubur durian tu pun kalau makan seorang tak sedap mana...
sal
Bagi penggemar durian memanglah bubur durian tu sedap tambah lagi kalau ada partner makan sama2 bertambah sedap dan meriah hehe....
hani@debumelukut
Bubur durian tu kalau cukup manis dan lemaknya memang sedap, makan pula dengan orang yang kita rindu lagi bertambah sedap hahaha....
Salam Kak Zai,
banyak betul cerita yang saya ketinggalan sebab sibuk juga kebelakangan ini.
Kehidupan seharian kita ada pasang surut, kan?
Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!
Assalam Kak Zai, apa khabar? alhamdulillah kakak kak zai pun dah sihat yer. Al-fatihah buat arwah emak kwn kak zai..ya la kekadang yg tak sakit pun boleh meninggal kan..sudah janji Allah begitu.
masih sibuk lagi ke kakzai
bila abang pulang mestila beri tumpuan utama padanya ..kan tambahan dah duduk jauh ni
assalam zai..banayak perkara boleh diselesaikan bila suami zai ada kan..
kak zai..teringin pulak bubur durian tu..suri bukan apa tahan perasaan nak beli durian tapi diaorg jual kat sini mahal sangat..sdgkan kat luar dah murah habsi dah sekarang ni
Zai... dah xpert nampaknya buat apam dotdot, sampai ada request! Hihihi...
Post a Comment