Minggu ni agak sibuk sikit sampai tak sempat nak menyinggah ke blog kawan2. Bila dah reda nanti insyaAllah saya akan berkunjung.
Semalam ke KLIA untuk berjumpa dengan mak saudara hubby yang akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Dia pergi bersama2 kawan yang ke semuanya datang dari Ipoh. On the way tu sambil sembang2 dengan hubby dengarlah pulak lagu Hingga Akhir Nanti nyanyian Alleycat.Sedap di dengar dan teringat kisah se musim dengan lagu2 tu. Yang paling seronok masa saya terjumpa dengan kumpulan Alleycat di KLIA masa nak pergi ke Kucing beberapa tahun yang lalu. Masa tu adik David kalau tak silap Loga namanya masih sihat, kami sempat berbual dan bergambar bersama mereka. Masih kekal dalam ingatan betapa mesranya mereka dan David sempat nyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti dan ucapan terima kasih dengan gaya yang dia selalu lemparkan pada peminat2nya.
Tak lama kat sana sebab siadik akan balik sekolah lepas tu hubby pula nak pergi solat Jumaat.
11 comments:
salam my dear K Zai:):)
bila dgr lagu Alleycats memang mengimbau nostalgianya...uhuuhu;)
MOga akak sihat2 di sana:)
Salam Kak Zai..
Nida pun suka lagu Alleycats... malar sepanjang zaman
salam zai.Cm pun suka kan lagu lagu Alleycats ni..lagu lagu evergreen:)..selamat berhujung minggu zai.
somi saye paling suke dgr lagu alleycats ni...
lagu dia mmg bestkan kak zai...tak la sakit telinga bile dengar dia org nyanyi tak mcm penyanyi skrg kadang terjerit2 jer...
salam singgah di petang sabtu ini
Pn Kartini
Salam Tinie...Banyak kenangan mengingatkan kita bila dengar lagu2 mereka kan.
Nida
Salam Nida...memang ramai peminatnya tak kira tua atau muda dan lagu2nya santai aje kan.
cikmanggis
Tak jemu didengar sampai bila2 pun,susah nak dapat lagu orang muda yang boleh bertahan.
Selamat berhujung minggu buat cm dan keluarga juga.
ainnoraini
Lagu2 sekarang kebanyakannya tak semerdu lagu2 dulu,perkataan yang dinyanyikan pun kadang2 tak jelas ,pekik yang lebih lepas tu menari cara gila2.
Mak Su
Terima kasih sudi singgah.
Nostalgia tu...
Post a Comment