Sunday, March 06, 2011

Happy Birthday Adik !!!

Sepatutnya n3 ni semalam diupdate tapi dek kerana sibuk yang melampau maka hari ini baru dapat di post. Macamlah banyak sangat urusan mengalahkan first lady.

Semalam adalah hari jadi anak bongsu saya iaitu umurnya genap 15 tahun. Mama nak wish Happy Birthday pada adik & mama sentiasa doakan agar adik berjaya di dunia dan di akhirat. Tak lupa juga mama sentiasa berharap agar adik patuh pada suruhanNya.

Kelmarin sempat pergi makan kat Satay Station di Setiawangsa tapi yang kelakarnya sampai kat sana bila dah order satay nak pula makan chicken chop kebetulan disebelah kedai satay ada Steak House, nasib baik waiter nak hantar. Bagi saya satay disini memang sedap, rasanya jauh berbeza kalau dibandingkan dengan satay yang terkenal tu, kalau sesiapa nak mencuba saya memang recommend. Disini juga terdapat mee rebus yang rasanya sama macam mee rebus yang terdapat di Setulang, Jb. Jadi tak payah pergi ke JB kalau nak makan mee rebus Setulang.

Pagi semalam dapat pula pergi main ice skating ditemankan kakak. Sepanjang hari disana seronok sebab dapat free ticket, kalau jadi ahli mereka bagi masuk percuma bila birthday. Makan di Fullhouse Sunway lepas tu beli ice cream di Tutti Frutti.Tanpa pengetuan adik, kakak mencuri masa pergi membeli sehelai baju, handbag dan sebuah novel bertajuk Pure Sin di MPH. Hubby hantar dan jemput dan sebelum pergi saya bagi kakak duit untuk treat adik lepas tu beli barang present untuknya. Dah balik rumah baru serahkan present pada dia.

Sekali lagi mama nak ucapkan...

Selamat Hari Jadi Buat Adik 

13 comments:

ibuintan said...

selamat hari lahir buat adik.. moga berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak penyejuk hati ibu bapa


tahniah..

ckLah said...

Selamat hari lahir...

kak Erna said...

Happy birthday adik..

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-15 buat anak bongsu KAK ZAI. Tahun ini PMR lah yerr.. semoga terus cemerlang.

Seronoknya bila dirai dan dilayan istimewa.


*Satay Station pada saya lebih sedap dari satay di Kajang tu. Di tempat saya paling hampir adalah cawangan Satay Station Kg Pandan. Memang besttt...!


Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

Abdul Munir Sanusi said...

Auntie, send my wish to her. Happy birthday Adik! Semoga jadi adik yang tidak gedik-gedik. LOL.

cikmanggis said...

selamat hari lahir buat adik.semoga perjalanan yang bakal dilalui akan sentiasa dipermudahkan olehnya.

hnyhar said...

selamat hari lahir adik..moga menjadi anak yang baik utk kedua ibubapa..kerana anak yang baik mendengar kata.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

selamat ulangtahun ke 15 buat adik, adik kena ucap t.kasih banyak2 pd mama yg melahirkan adik ke dunia.. kasihnya ibu membawa ke syurga kan kak zai..semoga kedua-dua ibu dan anak dirahmati Allah dunia akhirat..amin.

Nida said...

Buat adik...

Semoga membesar sebagai anak yang membahagiakan hati keluarga, menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.. dan yg paling penting... walau setinggi manapun kita berada, jangan sesekali lupa pada rumput yg dipijak di bumi.. :)

Ibu Sayang said...

Happy birthday adik!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Selamat Hari Lahir Adik!


Semoga Adik menjadi anak yang solehah.

Cikgu Nurin said...

Selamat hari Lahir untuk adik juga...semoga sweet selalu...:)

Zaitun said...

ibuintan
ckLah
kak Erna
azieazah
Abdul Munir Sanusi
cikmanggis
hnyhar
DAMAI IMPIAN D'BANGI
Nida
Ibu Sayang
azrina03.07
Cikgu Nurin

Salam semua...terima kasih atas ucapan dan nasihat yang diberikan semoga semua anak2 rakan juga akan sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan diakhirat.

Bila masa mengizinkan saya akan berkunjung dan meninggalkan jejak ke blog rakan2 insyaAllah.