Monday, November 08, 2010

Program Hari Cuti





gambar diatas adalah gambar Masjid Besi dan sekitarnya

Hari Jumaat saya ke Habib Jewel Alammanda sebab nak  mencuci barang kemas yang tak seberapa banyaknya. Dah lama pakai barang2 tu habuk pun banyak yang melekat. Siap semuanya saya ke food court makan mee sup. Lepas tu pergi jalan2 beli pula roti boy.Tengok jam masih banyak waktu, siadik mengajak pergi ke Masjid Besi. Saya dan hubby tak pernah kesini tapi siadik pernah buat campaing sekolah. Bangunannya berhampiran dengan palace of justice tapi kalau nak melawat terpaksa melalui pintu belakang sebab ianya betul2 mengadap ke jalan raya. Masjid ni dipanggil Masjid Besi sebab ia diperbuat dari besi dan kalau tak silap ia juga dinamakan Masjid Sultan Mizan. Ada juga pengunjung bersolat, ada yang duduk2 dan ada yang berposing untuk dijadikan kenangan.Pemandangannya juga cukup indah bila terdapat cruise melalui tasek yang tak berapa jauh dari masjid.


Hari Sabtu kami menghadiri 3 kenduri kahwin, satu di Puchong, satu di Putrajaya dan satu lagi di Kinrara. Mulanya nak juga menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ezza@makcikblogger tapi dah kesuntukan masa. Kenduri diPuchong makan sikit aje kononya ada 2 lagi tempat nak pergi, tapi akhirnya semua pun tak berapa lalu nak makan sebab hari pun terlalu panas membuatkan kurang selera makan.

Lebih kurang pukul 3 petang kami balik kerumah lepas tu bersiap pula untuk ke rumah anak buah di Setiawangsa. Kakak Saya dah tinggal dengan anak buah, alhamdulillah buat masa ini anak buah saya yang pernah saya ceritakan dulu sihat dan dia mengajak maknya tinggal bersama dia. Kami sampai dah dekat maghrib, selesai solat kami ke Melawati untuk menjamu selera.

Malamnya kami bersembang dari satu topik kesatu topik, saya rasa seronok sangat sebab saya lihat ada kegembiraan pada kakak dan anak buah saya. Syukur pada Allah memberikan kesihatan pada mereka dan saya mengharapkan agar ianya berpanjangan. Besok petang baru kami balik dan sekali lagi anak buah saya membawa saya makan di luar dengan makanan yang cukup menyelerakan. Terima kasih diatas layanan yang diberikan.

21 comments:

Mak Su said...

masjid besi! sapa kawen kat situ ek?... rasa-rasa mcm baru jer tengok kat mana-mana

Zaitun said...

Mak Su

Kalau saya tak silap Sheikh Muzaffar Shah,angkasawan tu.

ibundo said...

kakpah pegi ke rumah ezza aritu.. jump sorang blogger je.

Acik Erna said...

salam zai..alhamdulillah anak sedara dah baik..anak sedara saya yang sakit tu..masih lagi ulang alik hospital..kimo tak habis lagi..

ibuintan said...

masjid ni memang cantik... belum berkesempatan ke situ lagi, dulu pergi masih dalam pembinaan

azieazah said...

Salam Kak ZAI,
Wahhh cantik dan tenang nampaknya Masjid Besi tu. Belum lagi pernah sampai.

Itukah masjid di mana Angkasawan kita menikah tempohari?

*Kelakor sebab ada 2 org kawan saya bertekak konon sorang kata Masjid Besi, sorang kata Masjid Sultan Mizan, padahal itu masjid yang sama.

kak wan said...

Saya teringin nak jalan - jalan kat Putrajaya tu..dah pernah pegi tapi tak berkesempatan nak menyinggah.

PINATBATE said...

salam..
saya tak pernah sampai lagi masjid besi ni..

Zaitun said...

kakpah

Kalau saya pergi tempohari boleh jumpa dengan kakpah, dah tak ada rezeki.

Zaitun said...

kak Erna

W'salam...Walaupun pun anak buah saya dah nampak sihat tapi masih lagi buat rawatan dan sentiasa makan ubat.

Zaitun said...

ibuintan

Reka bentuk masjid ni unik,setengah dari dinding dibiarkan terbuka tanpa pintu.Kalau ibuintan ada masa datanglah melawat.

Zaitun said...

azieazah

W'salam...Kalau kak Zai tak silap memang angkasawan tu lah yang nikah dimasjid ni.
Masjid ni memang ada 2 nama.

Zaitun said...

kak wan

Kalau pergi Putrajaya banyak tempat boleh dilawati selain dari 2 masjid ada complek dan kalau nak mandi kat kolam renang pun boleh atau nak mengelilingi tasek dengan menaiki cruise.

Zaitun said...

PINATBATE

Datanglah,sambil tu boleh jalan2 ketempat lain.

Bibu said...

cantik permandangan dalam masjid tu....aman...

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

Cantuk masjid tu, saya belum berkesempatan lagi nak kesana...

sonata anak kancil said...

tak pernah pegi lagi ke masjid ini...insyaAllah satu masa nanti

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak Zai,

mudah2an cantik tersergam indah masjidnya, cantik jugaklah jumlah mereka yang bersolat jemaah di dalamnya tiap hari..

Hamizah said...

salam kenal juga zaiton,
tempat kita pon byk lg sempat dijelajah.msia pon tak kurang daya tarikannya..

Ibu Sayang said...

Salam kak Zai,

Tiap kali ke Putrajaya pasti singgah ke masjid itu...alhamdulillah.

cikmanggis said...

salam zai..lewat singgah rumah baru zai ni..tersesat je hehe.Wah dah sampai masjid besi ya..luas dan lapang.