Sunday, November 28, 2010

Pegaga... Jepun


Masa kemas2 kat luar terpandang kat pokok ni, hidup subur tak payah nak baja selalu janji cukup air merebaklah dia. Orang kata pegaga ni banyak khasiatnya. Kalau dulu arwah mak suka buat ulam tapi masa tu saya tak pandai makan, bukan masa tu aje sampai sekarang pun tak makan yang hairannya bila di buat kerabu boleh pula makan. Kalau anak tanya apa rasanya... saya akan jawab pahit... anak pula cakap kalau dibuat kerabu dia tak jadi pahit...entah... saya pun tak tahu mungkin sebab dah di campur dengan sayur dan bahan lain kot.

Pokok ni saya beli kat nursery menurut cina tu tak sama macam yang dibuat ulam, yang ini dipanggil pegaga jepun tapi saya tengok sama aje cuma kalau pokok tu sihat daunnya lebih besar. Mula2 beli tanam dalam pasu yang berisi air lepas tu cuba tanam kat tanah menjadi2 dia hidup. Kadang2 dah terlampau banyak terpaksa buang tak sanggup nak makan atau bagi jiran sebab sesekali nampak kucing pancut kat daun dia. Agaknya yang jual kat pasar tu ada tak yang kena pancut....

19 comments:

anie,Nagoya said...

sekom....
tgk dri gmba dah agak ulam ni pahit rasanya...bila baca semua.sememangnya pahit.rasa ada jg kat cini.tapi daunnya kecik sikit.n tak penah beli.apa rasa pun kita tak tahu.byk terdpt kat super market.

kebun kita pun apa cite...semenjak ni sejuk.tak jenguk langsung...cian pulak....jap lagi nak tgk jap..ntah..ntah...dah mati.huhuhu

ibuintan said...

cantik berkilat daunnya..

saya suka pegaga buat ulam atau kerabu... pahit sikit je

kak Erna said...

salam zai..saya panggil ni.pengaga air.poleh hidup lam air ni..
daun dia licin kan..

kak wan said...

Cantiknya kakzai...geram saya nengok, tangan kakzai sejuk ..tanaman jadi subur.

kakpah said...

kakpah ada tanam pegaga ni letak kat kolam. memang senang hidup. janji banyak air..

Zaitun said...

anie,Nagoya

kalau orang dah biasa makan mungkin tak terasa pahit lagi pun pokok ni banyak khasiat.
Anie cubalah tanam senang aje membiak.

Zaitun said...

ibuintan

Daun yang berkilat dipanggil pegaga jepun itu membezakan pegaga yang dijual kat pasar.

Zaitun said...

kak Erna

W'salam...ha'ah daunnya licin tapi dia boleh hidup kalau tanam kat tanah juga.

Zaitun said...

kak wan

wan cubalah tanam senang hidup kalau dah banyak nampak cantik.

Zaitun said...

kakpah

Betul kata kakpah pegaga ni senang hidup janji ada air.Saya selalu tukar2 pegaga dengan orkid air dalam kolam.

Hamizah said...

salam,
sedapnya pegaga..bagus utk keshtan..

Zaitun said...

Hamizah

W'salam...suka makan ya, kat sana ada tak?

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Cantik, subur pegaga ni, mesti rangup ka, cicah sambal belacan makan dgn nasi panas. huh!

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam...kak Zai pun tak tahu sama ada pegaga ni boleh dimakan atau pun tidak sebab daunnya agak berbeza.kalau yang jual kat pasar tu memang sedap dimakan dengan sambal belacan,kalau buat kerabu lagi sedap kan...

ckLah@xiiinam said...

Terbayang jemari kak Zai menari-nari buat landskap ni...kreatif.



....dan rajin!

Pn Kartini said...

Salam my dear KakZai:)

makan ulam pegaga.. awet muda kan sis..:)pe2 ada khasiatnya utk kesihatan:)

Mak Su said...

ginkgo biloba! :)

Melor said...

salam perkenalan ya nama ku melor. melor pun da tanam pegaga ni boleh buat ulam juga cuma rasanya keras skt dr pegaga kg. nice blog

ummu said...

assalamualaikum kak zai
kat rumah lama saya penuh dengan pokok pegaga jenis ni.memang pahit sedikit,kan?
biasanya mertua suka ambil jenis ini untuk dibuat nasi ulam.