Wednesday, November 03, 2010

Kenangan....

Sekarang musim orang pergi haji, bila ada saudara mara atau kawan2 yang pergi pasti saya akan ke Kelana Jaya.Tiap2 tahun rutin yang sama, seronok tengok gelagat orang2 yang mengiringi keluarga mereka yang nak pergi ke Mekah. Bagi mereka2 yang dah pernah pergi memang tak dinafikan keseronokannya, membuat ibadah tanpa ada gangguan, tak payak buat kerja rumah cuma yang perlu dilakukan hanyalah ibadah.

Kalau disana kita akan jumpa orang memakai  berbagai2 pakaian tapi kebanyakkan yang datang dari Malaysia dan Indonesia selalunya memakai telekong sebagai pakaian ibadah mereka.Terdapat juga orang2 yang  memakai jubah tapi  yang membuat saya terpikat ialah stokin yang dipakai oleh orang2 Turki (kalau saya tak silap). Berbagai2 warna ada dan saya diberitahu stokin2 ni mereka buat sendiri dan memang cantik sekali.

Semasa di Madinah seorang dari jemaah mendapat hadiah stokin dari seorang perempuan Turki. Dalam hati saya bertuahnya kalau saya juga dapat hadiah sebegitu. Bila sampai di Mekah lagi ramai yang memakai stokin sebegitu rupa. Satu pagi selepas solat subuh saya dan anak perempuan saya melakukan Tawaf sunat, tiba2 se seorang merapatkan diri kepada saya lalu memegang tangan saya, dia menggenggamkan sesuatu ketangan saya, Saya hanya senyum dan mengangguk2kan kepala sambil tu masih lagi melakukan Tawaf. Setelah beberapa waktu dia pun hilang dari pandangan disebabkan orang yang semakin ramai. Habis 7 pusingan saya melakukan solat sunat dan selepas tu saya membuka plastik yang diberikan seseorang tadi. Bila saya buka alangkah terkejutnya saya barang yang diberikan itu ialah stokin yang saya idam2kan.

Betapa Besar dan Agongnya Dia, sesiapa saja yang meminta akan diberi walau tanpa disuarakan. Dia tahu suara hati kita, sememangnya Kau Maha Besar... Maha Agong... Maha Mengetahui.. . Balik ke hotel saya tunjukkan pada hubby dan ia membuatkan airmata saya berguguran....Syukur Alhamdulillah.....
Sampai sekarang stokin tu masih dalam simpanan saya dan bila rasa rindu saya akan buka dan cium.
Subhanallah...



19 comments:

anie,Nagoya said...

stokin yg unik...kita pun nak.tapi belum bersedia ke tanah suci.selagi bekalan ilmu tak lengkap.insyallah....bertuah kk Zai dpt stokin tu...

sonata anak kancil said...

cantiknya !

di tanah suci sememang boleh dapat cash !
tapi kalau kita dari sini dah 'terniat' atau 'berhajat' makan dapatlah juga....saya sendiri dapat... antaranya kad pengenalan & buku tabung haji sy hilang...sbb dr sini - hubby suruh sy sorang bawak kad pengenalan...kalu hilang sy sorang je hilang kad pengenalan! memang betul kad pengenalan sy hilang! masyaAllah....hilang sungguh ...

kak Erna said...

salam zai..subhanallah..itulah kebesaran tuhan kan..
tak terduga..hanya menginginkan dalam hati..tapi tetap tertunai..alhamdulillah..

cikmanggis said...

Terima kasih zai kerana sudi berkongsi pengalaman:)

azieazah said...

Subhanallahhh.... beruntung Kak ZAI.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Kalau nak pergi Mekah Tak payah tunggu cukup ilmu,sampai sana insyaAllah anie akan pandai buat apa2 yang perlu dilakukan.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Betul kata cikgu kat sana kita kena jaga niat dan pertuturan,kalau terlepas cakap sekejap aje berlaku apa yang kita tuturkan.

Zaitun said...

kak Erna

W'salam...Allah kan suruh kita selalu berdoa minta apa saja,Dia akan kabulkan insyaAllah.

Zaitun said...

cikmanggis

InsyaAllah apa yang berlaku kita jadikan tauladan dan panduan.

Zaitun said...

azieazah

Sesiapa pun boleh jadi bertuah syaratnya selalulah mendekatkan diri kepadaNya.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Manitis air mata saya masa membaca n3 ni. Begitu Agong lagi maha mengetahui apa yg ada di hati kita. Allahu Akhbar.

PINATBATE said...

Salam kakzai..
Saya pernah merasa pengalaman yg sama..semasa tawaf saya pernah 'terlintas dlm hati' ingin nak berjumpa dengan seseorang yg saya rindui..Alhamdulillah..kami bertembung ketika saie..Subhanallah..

Zaitun said...

azieazah

azie pun boleh dapat rajinlah berdoa insyaAllah.

Zaitun said...

ibu sayang

Allah tak pernah melupakan kita minta apa saja akan dikabulkan.

Zaitun said...

PINATBATE

W'salam....itulah kebesarannya kemahuan dalam hati kita pun dikabulkan.

sonata anak kancil said...

saya juga pernah kata....nak bawak 2 bekas sarung selipar...hilang satu - ade satu lagi....first day mula sampai di Masjid Nabawi - masa nak balik bekas selipar hilang !!!!

kak wan said...

kak zai..,
TQ n3 yang meyentuh jiwa..Subhanallah .

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai,

bertuahnya akak..

Subhanallah.

mamawana said...

Alhamdulillah. Subhanallah.