t.shirt semasa meyertai tunas budaya.
Mama : kenapa adik pakai baju tu?
Adik : Rindu...
Mama : Nak joint balik ke?
Adik : Nak ke pak ngah (dato' Suhaimi) terima adik, adik dah bertudung.
Mama : Ha'ah... mana ada penari pakai tudung kan, selalunya penari bersanggul lepas tu rambutnya dihias dengan bunga atau perhiasan rambut.
Adik : Tu la.
Mama : Menari ajelah kat rumah.
Adik : Tak best, not in group.
Mama : Kalau gitu lupakan aje lah.
Alahai anak... rupanya ada lagi terselit keinginan tapi disebabkan kuatnya iman aurat tak mahu didedahkan dan keinginan itu dipendamkan. Tak macam si ibu semasa bersekolah di form 5 masih lagi memakai skirt dan bila dirumah memakai seluar pendek. Disebabkan dah terbiasa dengan pakaian sebegitu makanya ia berterusan sampailah umur si ibu puluh2. Syukur... anak2 begitu cepat mendapat hidayah dan kalau dizinkan Allah biarlah ia berterusan sampai bila2, insyaAllah.
27 comments:
untung kk zai ada anak cam tu....tapi didikan itu mulanya dari umah...betul tak?
salam kak zai,
itu yang sebaiknya, utamakan yang wajib... bertuah anak2 sekarang... awal mendapat hidayah, saya dulu pun umur 20 tahun baru belajar pakai tudung... itupun mula dengan skaf dulu, berikat dan berfesen2 dibelakangnya..
Salam Kak Zai,
Alhamdulillah...anak2 ni faham pasal aurat.
salam zai..alhamdulillah..kuat dan teguh keimanannya..walaupun minat..tapi utamakan aurat dahulu..insyaallah..akan berterusan
anie,Nagoya
Sekolah pun memainkan peranan,tapi umur dia 10 tahun saya bawa dia ke Mekah.
ibuintan
W'salam...pendedahan bertudung pun banyak lepas tu terdapat banyak kedai2 yang menjual pelbagai tudung yang mudah untuk dipakai.
Ibu Sayang
W'salam...alhamdulillah...banyak sumber boleh diperolehi sama ada media masa atau pun internet.
Kak Erna
W'salam...insyaAllah,harap dia faham maksudnya dan bukan mengikut peredaran.
alhamdulillah..bdk2 skrg cepat matang
ADIK,mudah-mudahan semakin mantap dan teguh.
Tapi kak zai..kat tempat saya ni budak - budak yg bertudung pun boleh menari..ada caranya mereka menghiasi diri...
sejuk mata memandang, sejuk lagi bahu memikulnya. heh.
naas, adik ni muda lagi auntie. kalau tak. sorry auntie. terlajak.
Hamizah
Mungkin sebab banyak pendedahan.
Salam My lovely KakZai:)
Alhamdulillah...bila bertudung atas kehendak hati nan ikhlas..:)
Betapa bersyukurnya dianugerahkan anak2 yang soleh & solehan...:)sejuk hati ayahbonda::)
PINATBATE
InsyaAllah kalau boleh bukan saja tentang pakaian tapi keseluruhan.
kak wan
ya ke...bagus juga tu tapi kata si adik kalau menari pakai tudung tetap menunjukkan aurat sebab lenggang lenggok badan dipertontonkan.
Abdul Munir Sanusi
Lebih comel kalau pakai tudung hehehe...
Kalau boleh nak ikut macam abang Munir 'be somebody' kata siadik.
Pn Kartini
W'salam...awalnya kak Zai larang sebab terlalu muda takut dia berubah hati tapi dia berkeras mempertahankannya,alhamdulillah.
waaahh..kita serupa lah zai zaman ting 5 masih lagi pakai cekirt..hehe
seb baik anak2 tak ikut jejak kita kan.?lambat dapat hidayah lah kita dolu2.
Kak Zai...zaman kita dulu2 memang pi sekolah pakai skirt kan... pi sukan pakai shorts... Alhamdulillah kita sempat mendapat hidayah itu sebelum terlambatkan...
anymz
Dulu2 tak ramai orang yang pakai tudung,rasanya mak2 pun masih pakai selendang.Nasiblah sempat berubah.
aNIe
Tu lah kat sekolah pakai skirt takkan diluar pakai tudung.Tak macam sekarang ada sekolah diwajibkan bertudung.
Alhamdulillah syukurlah zai.Zaman kita dulu dulu toksah cerita la jika pakai tudung orang kata ajaran sesat:(
hii.. zaman kpah dulu, PE pakai seluar pendek lagi..
budak sekarang ni dah ramai yang tahu hukum hakam..
cikmanggis
Betul kata cm kalau pakai tudung mesti orang pandang semacam aje,hanya ustazah yang layak memakainya.
kakpah
Budak2 sekarang didedahkan dengan belajar kat sekolah agama.Kalau dulu banyak belajar kat sekolah inggeris tak ada kelas agama kalau ada pun waktu petang bila sesi persekolahan dah habis.
alhamdulillah...kak zai, apakata buat group di rumah? kak zai la lead..mesti enjoy...
Post a Comment