Monday, November 22, 2010

Byeeeeeee..............

Salam semua lama tak update blog busy dengan kerja harian, mengalahkan isteri2 atau ibu2 yang bekerja.  Sebenarnya sibuk sikit berulang alik ke hospital buat rawatan kebas tangan, mudah2an selepas ini tak ada lagi masaalah berkaitan dengan tangan atau pun kaki, insyaAllah.

Hari Sabtu kami  adik beradik kumpul lagi sebab salah seorang anak buah posting ke Sarawak. Dia akan memulakan tugas sebagai guru disana tak lama lagi. Sedih juga sebab dia adalah salah seorang anak buah yang sangat prihatin dengan keluarga. Kalau ada diantara kami yang memerlukan tenaga untuk apa saja dialah yang paling ringan tangan untuk membantu sebab itulah dia menjadi cucu kesayangan ayah.

 Mak dia lagi sedih sebab tak lama lagi adiknya akan melangsungkan perkahwinan, banyak kerja2 yang dia boleh  bantu. Kalaulah pemergiannya boleh ditangguhkan alangkah seronoknya lagi pun sekolah lama lagi baru dibuka tapi apakan daya  terpaksa mengikut arahan dari kementerian.

 Kalau dulu semasa dia menuntut di UPSI setiap 2 minggu dia akan balik kerumah atau ada diantara keluarga yang menjengah tapi selepas ini mungkin dia akan merasa kesunyian. Apa2 pun kami harap dia akan selesa tinggal disana sebab dari kecil dia tak pernah berpisah lama atau pun jauh dari keluarga.

 Harapan kami...jadilah seorang guru yang berdedikasi.




24 comments:

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:)

Samalah dengan tinie dulu sis..mula2 posting terus boleh di Sarawak..!pendalaman lak tuu..huhuu..Daro..tapi dengar2 dah ada kemajuannya..:):)
InsyaAllah..semoga dipermudahkan olehNya segala urusannya..& dilindungiNya selalu..:)

Mak Su said...

moga akak dapat cari puncanya sakit tu dan dapat atasi.

selamat berjaya buat yang akan ke upsi.

kak wan said...

Salam kakzai.., semoga kakzai dah sihat,
Kalau anak saudara ada kat sarawak tu..cuti sekolah nanti ada chanlah kakzai cuti - cuti mesia sarawak.

ibundo said...

biarlah mencari rezki dan pengalaman. zaitun sehat ke... dah makan obat?

Zaitun said...

Pn Kartini

Mudah2an dia akan selesa dan kalau boleh janganlah pendalaman.

Zaitun said...

Mak Su

Kak Zai rasa mungkin berpunca dari mengangkat terlalu banyak pasu2 bunga.

Zaitun said...

kak wan

Alhamdulillah nampaknya berasur sihat.
Memang ada anak buah yang tinggal diSarawak dan Sabah tapi mereka belum berkeluarga.

Zaitun said...

kakpah

Sudah, alhamdulillah beransur sihat.

Belajar erti kehidupan kalau dekat dengan keluarga terasa macam terlalu dimanja.

Acik Erna said...

salam zai..macam mana dengan rawatan..ada ke kemajuannya..harap2 dah bertambah baik.
tahniah untuk anak sedara..yang dah dapat jawatan guru..
walaupun bersedih..tapi insyaallah..dia akan cepat dapat menyesuaikan diri..

ibuintan said...

anak lelaki mudah menyesuaikan diri..

walaupun rasa kebas risau jugak kan..

Zaitun said...

kak Erna

Ada kemajuan tapi masih lagi berulang alik ke hospital.
Harap2 gitulah

Zaitun said...

ibuintan

Mana kak Zai tak risau kebasnya dah melarat ke kaki tapi sekarang dalam rawatan.

Betul kata ibuintan anak lelaki lebih mudah jika dibandingkan dengan anak perempuan.

cikmanggis said...

jangan sedih zai..demi tugas:) selamat bertugas buat anak bauh Zai:)dan selamat maju jaya

Hamizah said...

salam kak zai,
saya posting kat sabah mula2 ngaja dl..

anie,Nagoya said...

salam....
kene ikut arahan....moga suscess selalu

AuntieYan said...

Salam Eton,

Selamat Maju Jaya pada anak buah tu...segak bergaya dia tu. Selalunya begitulah, yang jadi harapan tulah yang akan berjauhan. Tapi, tak pe, kan ke dia anak yang baik???

p/s: AY ni pun dok kebas tangan, rawatan apa agaknya yang Eton terima??

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak zai, kekejap saya panggil kak tun..sesuka ati jer, sorry ye kak zai..

Alahai anak teruna, biarlah jauh perjalanan luas pandangan..kena kat diri saya sendiri..baru tau..hu..hu..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Tak apa...kalau rindu-rinduan bolehlah Kak Zai bercuti-cutian di Sarawak pulak.

Harap dengan rawatan yg berterusan Kak Zai dpt sembuh seperti sediakala.

Zaitun said...

cikmanggis

Demi tugas harap semuanya selamat dan dipermudahkan.

Zaitun said...

Hamizah

W'salam...Sabah, pendalaman ke? Sebenarnya dimana pun kita bertugas sama aje yang penting niat.

Zaitun said...

anie,Nagoya

W'salam...terima kasih atas doa.

Zaitun said...

Auntie Yan

W'salam...memang betul kalau yang baik2 selalu tak lama dengan kita sama ada berpindah atau pergi buat selama2nya.

Saya buat rawatan kat PPUM Petaling jaya.

Zaitun said...

DAMAI IMPIAN D'BANGI

W'salam...Tak pe sama aje.
Kak Zai dah rasa anak belajar/bekerja jauh,rasa sedih sangat tapi alhamdulillah tiap tahun balik.

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam...InsyaAllah kalau ada rezeki boleh pergi cuti2 Sarawak hehehe....
Terima kasih atas doa ibu sayang.