Malam ni adik akan terbang bersama keluarganya melancong ke destinasi yang agak jauh sedikit dari sebelumnya. Sudah beberapa kali keluar negara tapi kali ini percutian atas sebab pencapaian peperiksaan yang diraih anak. Baru2 ini anak bongsunya sekali lagi mengikut jejak abang dan kakaknya mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR.
Semasa anak pertamanya mendapat 5A dalam UPSR mereka terbang ke Australia, anak kedua pula mereka terbang ke Bandung dan kali ini mereka akan ke Dubai. Sebelum ni dah banyak kali melancong keluar negara tapi 3 percutian ini adalah hadiah atas sebab keputusan cemerlang peperiksaan anak. Selain dari percutian anak2 juga diberikan handphone yang boleh dikatakan up to date, motivasi supaya anak2 lebih gigih belajar sejajar dengan pemberian yang diterima. Itu belum dicampur dengan pemberian ahli keluarga yang lain. Kalau dinilai dengan mata wang sudah mencecah ke 4 angka.
Alangkah seronok dan bertuahnya budak2 sekarang jika dibandingkan dengan budak2 dahulu kala. Saya masih ingat kalau ada diantara kami adik beradik yang mendapat keputusan yang cemerlang ayah atau mak tak pernah bagi apa2 hadiah cuma seingat saya mak akan masak pulut kuning berserta rendang ayam atau daging untuk dimakan seisi keluarga. Saya tak salahkan mereka sebab ketika itu ayah hanya seorang pekerja lombong dan mak pula hanya suri rumah. Adik beradik seramai 7 orang dan arwah opah dan atuk tinggal bersama kami sebab ayah adalah anak sulong. Dengan gaji yang tak seberapa mana mungkin kami mendapat hadiah apalagi bersenang lenang untuk bercuti. Tapi alhamdulillah dengan semangat yang diberikan kami adik beradik dah mampu untuk memberi apa saja yang diperlukan oleh anak walaupun tak semua dari kami yang mampu memberikan hadiah seperti yang diberikan adik kepada anak2nya. Sudah cukup kalau kami dapat pergi melancong dalam negeri dan memberi hadiah yang termampu kepada anak2. Apa pun saya cukup bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kami adik beradik.
Happy holiday buat Naqib, Marsya dan Azalea.
27 comments:
Salam Kak Zai,
Bertuah betul anak saudara akak..
Rezeki masing2 kan kak..
Tahniah buat adik ya..makcik tumpang gembira..selamat bercuti:)
seronok nya dapat pergi jenjalan..
bilalah kpah nak berjalan pulak ni hehe..
azrina
W'salam...tuah ayam nampak dikaki juga rezeki adik mampu bawa anak2 melancong keserata tempat.
cikmanggis
Terima kasih cm.
kakpah
Kalau jenjalan keluar negara lagi best ya kakpah boleh shopping banyak2....
Mewahnya...Alhamdulillah, tahniah.
Salam...
Tahniah yg berjaya dan bercoti2 travelling. Dulu2 emak ayah buat pulut kuning tanda kesyukuran atas kejayaan bagus tu. Now ibubapa mama perasan kalu tak gi oversea belikan brg2 mewah mengikut permintaan anak2nya. Kalu lulus SPM dgn cemerlang bleh dpt keta... hmmm mama tak mampu tu...bagi keta mainan boleh laa..
TAHNIAH untk anak kak Zai.lepas ni kene lagi belajar lebh rajin.
betul...betul....kita dulu pun sama.mak masak pulut kuning berseta lauk-pauk n doa dari ahli keluarga.srononnya....walaupun tak dpt hadiah, kita amat bersyukur n berterima kasih pada mak, abah....walaupun kita tak berjaya sgt lam pelajaran...tapi kita boleh mencuba dl bidang lain.....
Salam my dear sis Zai:)
tahniah utk anak saudara akak..:)
mesti seronok tuu bila dapat gi jalan2 tuu..
Moga successlah selalu:)
salam zai..memang bertuah nanak2 sedara zai..
alhamdulillah juga..ibu bapanya diberi rezeki yang membolehkan dikongsi bersama anak2nya.
ckLah@xiinam
Syukur...Allah beri lebih rezeki buat anak2 dia.
mamawana
w'salam...sekarang dah jadi trend bagi hadiah pada anak barang2 mewah tapi itu bagi yang berkemampuan,macam kak zai cukuplah melancong dalam negeri atau pergi makan ditempat yang anak2 teringin.
anie,Nagoya
Bukan anak kak Zai tapi anak adik.
Kalau mak masak pulut kuning seronok sangat sebab boleh bagi kat jiran2 lepas tu mereka mesti balas dengan duit sebagai hadiah tapi taklah banyak.
Pn.Kartini
W'salam Tinie...t.kasih.
Apa taknya Dubai kan tempat mewah,joli sakan.
kak Erna
W'salam...tuah anak2nya sebab ayah dan mak mereka bertungkus lumus belajar sampai mendapat ganjaran seperti sekarang.
salam
tahniah...mintak hadiah pada sapa yg pernah janji dulu yek
Salam Kak ZAI..
saya selalu melihat begini:
anak orang berada, mampu pergi tuition terbaik atau panggil guru mengajar di rumah..
tiada tekanan utk bantu buat kerja rumah, atau tidak perlu buat kerja part time cari duit bantu keluarga.
sebab semua serba lengkap. Tentulah mampu sekali belajar dgn pengurusan masa terbaik. Ditambah dgn semangat dan dorongan.
Kemampuan pun mendorong bagi belajar cemerlang. Itu saya pasti.
Beruntung...
Tahniah buat anak-anak buah KAK ZAI.. tumpang bangga.
Rezeki masing - masing..
tahniah
saya pun sering doakan moga - moga Allah limpahkan rezeki yang lebih buat saya dan keluarga serta dapat bawa anak - anak makan angin kat luar negara.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.
W'salam...t.kasih...janji harus tunai kan kalau tak jadi munafik.
azieazah
Ada benarnya pendapat azie tu tapi kak Zai bukan keluarga kaya ya...
Walau pun adik kak Zai mampu bagi seperti apa yang azie katakan tapi pengorbanan adik dan isterinya terlalu banyak,bekerja sambil belajar untuk mendapatkan kesenangan seperti sekarang.Dulu dia tak dapat apa2 hadiah dari ibu bapa walaupun pencapaian pelajarannya membanggakan.Itulah sebabnya dia cuba bagi pada anak2 untuk menjadikan galakkan supaya anak2nya berusaha lebih dan mengikut jejak mereka.Kak Zai tak nafikan isterinya memang dari keluarga orang senang.
Terima kasih atas ucapan.
kak wan
Sebagai ibu itulah yang selalu kita lakukan berdoa nak mendapatkan rezeki lebih untuk kesenangan keluarga,insyaAllah.
mf kak Zai...slh baca.kita ni sering sekali silap membaca.hihihi..maka baka ni anak sulung pulak mengikut..isshhh
maafkan ya..hihihi
anie,Nagoya
Takpe,biasalah silap baca bukannya nak ambik exam.
amymz
Zaman dah berubah,kalau dulu tak ramai ibubapa yang berpelajaran tapi kini kebanyakkannya berpangkat tinggi.
Salam K.Zai....tuah adik & anak buah akak. Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah. Nanti balik Dubai ada buah tangan untuk akak...hihihi
Post a Comment