Tuesday, May 05, 2015

Warna Garang Bagai Namanya.

Assalamualaikum....


Sah... memang sah...tidak ragu2. Macam gempak aje kan. Teruja sebab bunga orkid yang berkuntum yang saya ceritakan dalam N3 tempohari adalah Orkid Harimau. Baru kembang 2 kuntum, ada banyak lagi yang masih kuncup. Warna bunga pun cantik iaitu warna coklat kemerahan dan kuning. Saya terpaksa tongkat dengan kayu sebab tangkai bunganya panjang manakala pokok dia kecik aje. Menyesal pulak tanam kat tempat tersorok kalau tanam dekat pasu kan lebih menyerlah.



Belum habis berkembang



Alhamdulillah semoga pokoknya membesar dan berbunga selalu.

Gambar kat bawah orkid hutan yang saya beli di Terengganu. Baru berbunga juga tapi bunganya tak bertahan lama.


Bunga kecil2



Sunday, May 03, 2015

Ayam Bakar Nandos

Assalamualaikum...

Selamat bercuti buat rakan2 semua.

Projek Mimi untuk dinner. Sempena cuti banyaklah aktiviti memasak yang dilakukan. Maklumlah semua berkumpul dirumah.




Ayam bakar Nandos

Kek batik

Kek Batik ini pun Mimi yang buat untuk dessert. Kek yang sangat simple dan digemari ramai. Harini pula saya bercadang untuk membuat muffin chocolate chip.





Thursday, April 30, 2015

Buat Hal Lagi.

Assalamualaikum....

Ya Allah ya tuhan ku Kau berikanlah jiran ku ini hati yang bersih, jangan ada noda atau titik hitam dihatinya.
Semoga doa saya didengar olehNya.

Kalau sesiapa saja yang membuat atau memperbaiki rumah sudah semestinya kena sediakan tong yang besar untuk membuang segala benda buangan. Wajib ada, kalau tidak dimana nak diletakkan sampah buangan.

Kontraktor yang saya ambil untuk renovation diberi amaran supaya jangan meletakkan tong itu ditempat kononya parking anak dia. Rakan2 semua masih ingat tak N3 saya sebelum ini kalau tak silap saya ada dua tentang beliau.

Rumah dia seberang jalan tong yang diletakkan depan rumah saya. Logik tak dia beri amaran. Saya dah malas nak layan orang macam ini. Takanlah tong tu dibiarkan berbulan. Baru 4 hari tong tu disitu hari ini sudah pun diangkat. Kenapa nak bising2 sabar ajelah. Hari ini hari saya mungkin esok lusa hari dia pulak.

Saya mendapat tahu anak lelakinya yang nak langgar saya tempohari nak kahwin bulan June ini. Agaknya boleh tak saya sound dia pulak sebab dah tiga orang anaknya kahwin pasang khemah depan rumah. Kalau dipasang hari Sabtu dan dibuka hari Ahad tak apalah juga tetapi ini dipasang pada hari Khamis dan dibuka pada hari Isnin. Merewanglah dan macam2 lagi alasan.



 
Tong ini diletakan ditepi tanah reserve jalan.






Wednesday, April 29, 2015

Orkid & Pura Ulun Danu Beratan.

Assalamualaikum...


Mcm periuk kera





Saya jumpa orkid diatas dekat Ulun Danu Beratan. Cantik dan unik yang jarang2 boleh jumpa. Disini terdapat banyak pokok2 bunga yang ditanam disetiap penjuru. Mungkin disebabkan cuacanya yang dingin membuatkan bunga2 cantik berkembangan.

Dalam perjalanan kesini saya ternampak nursery orkid tapi sayang tak singgah. Hubby tak bagi singgah sebab kalau nak beli pun pokok2 tidak boleh dibawa keluar. Katanya nanti saya teringat2 dan tak habis2 bercerita tentang orkid tu. Kalaulah boleh dibawa balik dah tentu itulah barang yang saya angkut. Saya tak tahu kenapa pokok tidak boleh dibawa keluar terutamanya kalau menaiki kapal terbang.








Pemandangan disini sungguh cantik. Pura didirikan diatas tasik, dibelakangnya pula gunung ganang dengan cuaca yang berkabus dan dingin. Dimerata tempat bunga berbagai jenis dan warna berkembangan. Rumput karpet juga hidup menghijau. Terlalu indah untuk ditatap. Tidak hairanlah kenapa ramai pelancong yang suka berkunjung ke Bali.





Monday, April 27, 2015

Texas Chicken.

Assalamualaikum...

Sebut aje KFC semua orang tahu dan ia ada dimana2. Merata tempat ada dan tak ketinggalan juga dipekan2 kecil. Tak susahlah kalau terasa nak makan ayam goreng. Sekarang kalau nak makan nasi pun sudah ada dijual. Kepada sesiapa yang nak kenyang order yang ada package dengan nasi.

Persaingan perniagaan ada dimana2. Selain KFC sekarang sudah ada satu lagi jenama yang lebih kurang sama, Texas Chicken. Masih ramai yang belum tahu kehadirannya dan masih belum banyak franchise sebagaimana KFC. Hanya terdapat dishopping mall yang agak besar.

Rasa ayamnya lebih kurang sama cuma apa yang saya suka adalah wrap Texas Chicken. Isi wrap ada banyak sayur tanpa ada nasi didalamnya. Sesiapa yang teringin bolehlah mencuba.


Texas Chicken


Putih Lagi.

Assalamualaikum...

Saya bukan buat renovation rumah cuma membaiki mana2 yang rosak. Dah kebetulan bersepah dan berhabuk teruskan plan yang seterusnya. Mencat dinding yang dah kusam. Biarlah nampak ceria sikit masa hari raya nanti. Puasa pun belum dah cerita pasal raya.

Tak salah kan kita buat awal sebab kalau dah dekat puasa nanti tak ada orang pula nak buat kerja2 tu. Asalnya nak cat luar saja tapi alang2 cat satu rumah luar dan dalam. Bila siap mungkin tak perasan cat semula sebab warna yang sama iaitu putih.

Ramai juga yang tanya kenapa asyik putih aje? Entahlah... saya memang sukakan warna putih. Rasa macam bersih dan suci hehe...cuma bilik aje yang saya buat ada warna itu pun tak terang. Puas cari warna yang sesuai untuk bilik konon nak bagi striking tapi bila pergi kat kedai cat tunjuk warna yang mild juga. Tanya pendapat hubby dia kata suka hatilah cuma Mimi minta bilik dia nak warna putih jugak.

Selesai pilih memilih masa nak bayar tengok bil...banyaknya bila mata scroll ke bawah tengok GST sahaja dekat rm300. Duit sebanyak itu macam2 benda boleh beli kannn....





Semuanya ada 12 tong yang besar dan 4 tong yang kecil.




Saturday, April 25, 2015

Muscular Balm.

Assalamualaikum...


Inilah peneman setia saya. Rasa macam serasi kalau disapukan pada mana2 anggota badan yang sakit atau bengkak.


Muscular balm


Baru2 ini tak tahu kenapa tiba2 lengan saya sakit. Bila diperiksa rupanya lengan tu bengkak. Hubby ajak pergi klinik atau hospital tapi saya menolak. Saya dah tahu apa doktor akan bagi bila mengalami sakit macam itu.

Tentu kawan2 diluar sana pun tahu kan. Selain dari pain killer doktor akan bekalkan ubat sapu. Lepas tu kena bayar berganda2 dari bil sebelum2 ini. Macamlah saya ni doktor kan tapi melalui pengalaman yang selalu jumpa doktor begitulah selalunya.

Ada tak rakan2 tahu atau selalu gunakan ubat yang lebih baik untuk melegakan sakit dan bengkak?