Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru...

Salam....

Terima kasih buat rakan2 yang singgah di blog saya khasnya...pB, JunAina, Nur-nba, MulutPayau, suri solehah, Nieda ramli, mak long a.k.a kunang-kunang, saniah, lady lavender, kakzakie, azi dan ibuintan...semoga semua para ibu akan dikenang jasanya oleh anak2 sampai bila2.

.................................



ihsan dari google


Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru khasnya cikgu2 yang pernah mengajar saya dan mengajar anak2 saya. Terima kasih banyak2 saya ucapkan. Selamat hari guru juga buat rakan2 blogger saya yang bergelar guru...saya doakan semoga semuanya diberikan ganjaran yang baik2 oleh Allah S.W.T dikemudian hari, amin...

       

  .....................SELAMAT HARI GURU................

Monday, May 13, 2013

Pemberian Anak Sempena Hari Ibu...

Salam...

Semalam pergi jalan2 kat Subang Parade...ronda kat tempat pinggan mangkuk. Jumpa balang kuih yang nak digunakan untuk mengisi cookies untuk anak buah hubby. Masa ronda2 tu nampak satu mangkuk ...cantik. Dah ada satu tapi tidak warna putih. Pegang lama2 tak perasan adik ada kat belakang. Dia terus ambik dari belakang dan tanpa saya sedari terus menuju ke kaunter kebetulan hubby pun ada kat kaunter sebelah. Saya suruh berikan pada hubby tapi dia menggeleng lalu membayar dengan duit dia sendiri. Saya cakap dari belakang...adik bagi hadiah untuk mama ke?...dia terus senyum dan orang2 yang dekat dengan kaunter pun semua senyum tengok gelagat adik.

Inilah dia mangkuk yang dibeli adik untuk saya hehehe...


 saya pilih...

adik bayar pakai duit sendiri

Dalam masa itu Mimi menghampiri saya...katanya adik suruh akak beli steamboat pan kononya nak kongsi bayar ...Kata adik lagi... akak bayar dulu nanti adik bayar ansuran dengan akak...gelak besar saya dibuatnya. Siapalah tak geli hati...berangan nak bagi hadiah besar sedangkan duit ditangan tak mencukupi kihkihkih....Ada hati adik memberi cadangan sedangkan kedua2nya masih belajar. Walau bagaimana pun saya tetap bangga dan gembira dengan niat baik mereka. Saya sangat2 bersyukur dengan keikhlasan yang ada pada anak2...alhamdulillah... kaya dengan kasih sayang....

Jubah kat bawah ni pula duit dari anak lelaki saya....satu hari saya pergi jalan2 dengan isteri dia. Adalah satu jubah saya berkenan tapi mengenangkan baru aje beli satu jadi niat itu saya pendamkan. Selepas beberapa hari anak talipon tanya khabar...tanya apa saya beli masa keluar dengan isteri dia. Adalah cerita pasal jubah... lepas itu katanya... nanti abang bank in duit untuk mama beli. Saya kata tak payah susah2... kalau saya nak beli saya pun ada duit. Petangnya isteri dia datang rumah terus hulur duit...katanya abang suruh bagi mama duit untuk beli jubah. Besar kemungkinan dia sudah bank in duit melalui isteri dia...syukur alhamdulillah.




Bertambah lagi koleksi jubah hitam saya...hehehe...


Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu...

Salam...


Kepada semua yang bergelar ibu saya ucapkan...SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.....

Dibawah ini saya hadiahkan orkid yang berkembang dilaman rumah saya untuk semua para ibu.





Thursday, May 09, 2013

Lautan Manusia...

Salam....

 Stadium Kelana Jaya..............


gambar dari google...terima kasih.


Gambar ini bukan unggas yang berterbangan diwaktu malam tapi lautan manusia.........



Tuesday, May 07, 2013

Macam2 Boleh...

Salam...


limau kasturi

L


Alhamdulillah berbuah lagi...sebelum ini dah pernah petik tapi tak banyak. Saya tanam dalam pasu aje. Kalau beli harganya agak mahal, pernah beli kat kedai runcit buahnya kecik2 aje, 15 biji dengan harga rm2.50. Kalau buat tomyam limau ini memang diperlukan dan satu lagi kalau buat sambal belacan dengan perahan limau rasanya bertambah sedap. Limau kasturi juga boleh buat air minuman dan kalau nak lagi sedap masukkan beberapa biji asam boi. Sedapnya kalau cuaca panas kannn...........





Sunday, May 05, 2013

Kisah Benar...

Salam...

Alhamdulillah semua rakyat M'sia yang layak mengundi tentu sudah melaksanakan tanggung jawab. Saya pergi mengundi selepas semua kerja sudah siap dan sudah makan tengahari. Pergi bersama hubby dan Mimi manakala anak lelaki pergi dengan isteri dia diawal pagi.

Sudah selesai saya menunggu didepan pagar sekolah manakala Mimi pergi ambik kereta yang diletakkan agak jauh. Sementara menunggu saya pandang sekeliling ramai orang macam2 warna ada. Ada bendera yang dikibar2kan dan ada macam2 kain yang dililit dibadan. Dalam ramai2 tu saya ternampak dan dengar seorang lelaki meluahkan perkataan yang tak berapa manis didengar. Sambil itu dia meludah2 dan saya dengar dia tujukan kepada beberapa orang cina yang tidak jauh dari tempat saya berdiri. Nasib baik cina tu diam aje sesekali memandang ke arah orang yang berhampiran dengan mereka.

Apa yang saya nampak dia memakai kain berwarna biru yang dililitkan dileher. Saya tak pasti parti apa yang disokongnya. Rasa malu sangat sebab seorang yang agak berumur dan beragama Islam bersikap sedemikian rupa. Walau apa pun parti yang disokong tak payahlah bersikap kurang manis di khalayak ramai. Cubalah bersikap professional tak kiralah parti apa pun yang penting orang yang jadi pemerintah dinegara kita nanti biarlah yang bertanggung jawab dan dapat melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan negara kita aman sentiasa, Amin.

Thursday, May 02, 2013

Perlu ke?... Patut ke?...

Salam...

Dah lamaaa dah....nak cerita tapi terasa malas. Mungkin perlu juga kot2 ada yang terbaca....alkisahnya tandas kat sekolah (bukan semua) wajib dibayar kalau nak masuk. Bayarannya tak mahal cuma 10 sen setiap kali masuk tapi macam tak patut pulak. Dekat luar pun ada tandas yang tak perlu dibayar tapi taklah secantik dan sebersih yang berbayar.

Mungkin tidak membebankan bagi murid yang duit sakunya agak lebih tapi membebankan bagi murid yang kurang berkemampuan. Bukan juga semua murid dibekalkan dengan duit saku, ada yang bawa bekal ke sekolah.tanpa duit saku. Untuk apa ya duit itu digunakan... mungkinkah duit PIBG tidak mencukupi untuk keperluan sekolah. Jawapannya  ENTAHLAH..............


 gambar google