Thursday, February 04, 2016

Sabun Susu Beras.

Assalamualaikum...

Pernah tak kawan2 dengar atau beli sabun dari Thailand. Katanya elok untuk kulit boleh jadi halus dan licin. Lagi bagus kalau untuk orang yang kulitnya bermasaalah. Kalau dengar dari penerangan sipenjual memang sabun tu sangat baik. Dengan rasa ghairah saya pun beli konon nak kan kulit menjadi licin hehehe....

Saya pun bagitaulah dekat siadik sebab dia pun kadang2 kulitnya ada gatal2. Adik melarang saya menggunakanya katanya bukan semua sesuai dengan kulit seseorang. Tengok review dari blogger2  dah guna memang sah kebanyakkannya melarang untuk digunakan. Kesan dari menggunakan sabun itu muka bertambah teruk. Ada yang bertambah banyak ditumbuhi jerawat, tompok hitam dan ada yang lagi teruk kulit mengelupas dan pedih.

Nak buang rasa sayang akhirnya saya suruh hubby bawa ke office kalau ada sesiapa yang minat.

Sabun susu beras.





8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Punya terpikat sekali beli banyak pulak ye KakZai
Adik pulak bimbang jadi yg sebaliknya
Kadang ada org yg serasi boleh guna KakZai
Tunggulah kot ada yg mahu..

paridah said...

bagus kot sabun tu sbb kalau kita rajin basuh muka dgn air basuhan beras wajah akan lbh cerah...xyah susah guna air basuhan beras tapi pakai sabun jer.

Normala Saad said...

Lama dah org pakai sabun ni kat sini.4-5 tahun lepas popular kat tempat kak...tapi tak ada pula kawan2 terdekat pakai cuma org Burma & Siam yang jualnya pun..

Malinda said...

kebanyakan produk dari thailand merbahaya utk di gunakan kak...bahan kimia tinggi..lepas ni hati2 ye

Nieda ramly said...

banayak di thailand ...murah pulak tu

iryanty ismail said...

setuju kata2 kak malinda

Bunda_nora said...

Setahu Bunda sabun susu beras ni dah lama pun orang2 kita pakai...memang asalnya dari sana.. setuju dengan pendapat PI.

Tapi tak semua jenis kulit dan individu yang sesuai pakai... mungkin sebab yang tiruan dan ada bahan kimia yang menyebabkan mudaratkan sipemakai...

Lebih baik hentikan lah...

hainom OKje said...

Tak biasa dengarlah Kak Zai....ada ek?
Tp petua guna air basuhan beras tu pernah dengar, katanya kulit muka jadi bersih gitu...