Monday, September 21, 2015

Tetamu.

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan2 semua? Agak lama saya tidak mengupdate blog. Sibuk melayan tetamu yang datang dari pantai Timur. Mereka tinggal dirumah saya selama 5 hari. Dapat bawa mereka jalan2, makan2 dan shopping. Bila pergi IKEA banyak barang yang dirembatnya. Terpikat dengan katil dan almari tapi kena tunggu anaknya bawa kereta yang boleh masuk kotak besar. Barang2 IKEA semuanya dalam kotak dan pasang sendiri. Kalau nak buat penghantaran dan upah pasang melalui Ikea ke Pantai Timur terlalu mahal.

Tetamu yang datang sama macam saya kaki bunga. Saya bawa mereka ke Sungai Buloh. Macam2 dia jumpa. Seronok saya tengok bila dia dapat apa yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Hari terakhir saya bawa Melancung ke Melaka. Jalan2 dan shopping lagi. Masa datang bawa 1 beg bila balik jadi 3 beg.

Malam sebelum balik wajib bawa makan nasi arab diRestoren Saba Cyberjaya. Saya nak bawa mereka makan diRestoren Berputar Seri Angkasa Menara Kuala Lumpur tapi mereka menolak. Mungkin lain Kali boleh pujuk.

In Syaa Allah bila datang sekali lagi saya nak bawa mereka ke Penang. Nak bagi makan nasi kandar pulak. Ditempat sendiri selalu makan nasi dagang dan nasi kerabu.

Sabtu ini ada lagi tetamu yang datang dari jauh. Tetamu adalah pembawa rezeki.





16 comments:

Kakzakie said...

Kalau kakak jadi tetamu KakZai pun mesti dpt peluang macam itu agaknya kan:)
Berangan aje ni kakak kan KakZai.

Nooriah Abdullah said...

saya pun tingin nk jadi tetamu jugak kakzai hehee nak pekena nasi arab tau hahaha
mesti kakzai boring tetamu macam ni kan

paridah said...

kalau ada rezeki nk juga jadi tetamu zai ni...b jer boleh kak ni heh..heh..

paridah said...

b pula ya...berangan tu sebenarnya.

saniah ibrahim said...

Baik nya kak zai melayan tetamu,bwak jalan2,makan2 bertuah sahabat kak zai .Agaknya sudi tak kalau saya jadi tetamu kak zai?

Sura Mohd said...

mesti seronok kalau jadi tetamu kat rumah kak Zai...layanannya 1st class..
nak jadi tetamu kak Zai jugak la..hihi

Cahaya said...

Salam perkenalan kak Zai... ini kali pertama saya singgah... seronok tengok post kak zai tentang bunga orkid sebelum ni. saya pun kaki bunga jugak...

NEKCIK said...

nak jugaklah betetamu ke rumah Zai...mana tau dapat naik menara kl..ha..ha
ya tetamu tu membawa rezeki..seharusnyalah di layan sebaik mungkin

hainom OKje said...

Ohhhh....bizi layan tetamulah citenya ni....Patut pun Kak Zai senyap sunyi jer. Nampaknya puaslah mereka berjalan tu kalau dah sampai Melaka.
Betul tu Kak Zai, datangnya mereka membawa rezeki, baliknya mereka membawa dosa dosa kita...

Normala Saad said...

Bestnya cara Zai merai tetamu...mesti org yang di rai tu tak kan lupa pada layanan yang diberikan..special.

Bunda_nora said...

Wah meriah rumah kak zai tak putus tetamu datang... yelah sesekali datang kan....bawalah merrka jalan2 tengok tempat yang mereka belum pernah pergi...

Salam Aidil Adha Kak Zai...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Nieda ramly said...

seronoknya bertamu di rumah kak zai...

Nieda ramly said...

seronoknya bertamu di rumah kak zai...

Sweetie said...

Cer ajak saya... mesti tak tolak punya... hehhhehe...

azi said...

Salam rindu Kak Zai..
seronok baca cerita akak melayan tetamu..memang murah lagi reseki akak lepas ni...:)