Monday, September 14, 2015

Penantian... Dari Anak Pokok Akhirnya Berbunga.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...sekian lama menunggu akhirnya berbunga juga. Saya beli anak pokok masa expo kat Putrajaya. Beli 5 pokok tapi penjual tu bagi extra 1 pokok. Katanya dia bagi hadiah sebab saya beri salam masa masuk booth dia. Rasa macam nak tergelak sebab begitu ramai pengunjung tak kan tak ada yang beri salam. Salah satu taktik penjual kan....

Saya pernah pergi ke nursery orkid di Rawang. Disana mereka menyimpan orkid jenis ini didalam kelambu yang ada aircond. Semuanya sihat dan subur pokoknya banyak mengeluarkan bunga. Tak sangka pulak bila saya tanam dan letakkan bersama orkid2 saya dibawah rumah orkid ia hidup subur dan berbunga. Ke semua orkid yang saya beli dulu lain2 warnanya. Semoga orkid2 yang lain juga akan berbunga nanti.





Satu pasu lagi sudah mengeluarkan kuntum. Batang dan kuntum bunga kecik aje.


Gambar dibawah adalah spesis orkid yang saya beli tahun lepas.






10 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

bila nampak hasil yang cantik ni,pasti semakin semangat lagi nak menanam

Kakzakie said...

Ala Kak Zai rasa macam kakak nak duduk sebelah rumah kak Zai aje
Nampak subur memang orkid Kak Zai tu. Cantik sangat!
Orkid rumah kakak ni dah lama merajuk tak berbunga tau Kak Zai

paridah said...

cantiknya... mmg xmenyesal membeli walau hanya anak pokok tapi kena pilih anak pokok yg subur kalau kak beli sbb bila sampai kat tangan kak yg xberapa reti nk jaga ni sempat berbunga n lambat nk mati heh..heh..

saniah ibrahim said...

Pandai betul kak zai tanam orkid...semua nampak subur ..,unik nmpk bunga2orkid kak zai...cantek.Saya ni bab orkid ni tak pandai nak jaga tapi suka tengok,biasanya cuci mata kat rumah jiran tengok orkid cantek2

Amanda Suria said...

makin berkobar-kobar semangat SA nak tanam pkok orkid ni kak..cantik betul orkid akak...

Sweetie said...

Cantik kak zai, warnanya tu yg nampak mahal, klasik. Mcm vintage pun ada...

Kalau dah tahu mcm tu, lain kali bila nak masuk kedai bunga je bagi salam... boleh dapat free satu... hehhehhe..

hainom OKje said...

Orkid .......cantiknya Kak Zai.....
Rezeki Kak Zai yek dapat free.....
Banyaklah koleksi bunga orkid sekarang kat rumah kak Zai ek.....cer kak Zai snap....teringin nak tengok rumah orkid kak Zai

NEKCIK said...

okay lepas ni nekcik pun nak mengemas kebun yang sekangkang kucing yang dah berkurun terpinggir..aduhaaii kena tumpang mood Zai lah

AMIIZAA said...

salams kak zai,

suburnya orkid akak, sejuk tangan akak membelainya
geram tengok kak....:)

Nooriah Abdullah said...

suka tengok orkid kakzai, saya punya banyak yg dah ko dah sbb tak terjaga dah sekarang ni sedihlah