Thursday, January 10, 2013

Ubi Musim Tengkujuh

Salam...

Ramai yang suka dengan mangkuk sup kat n3 saya yang lepas. Saya dapat beli 6 biji saja nanti kalau jumpa yang warna putih boleh tambah koleksi lagi. Terima kasih buat suri solehah offer kak Zai carikan kat tempat dia. Takpelah... nanti susah suri nak hantar, In Shaa Allah tahun ini kak Zai nak bercuti ke Langkawi nanti bolehlah  memborong kalau terjumpa.
..............................................................

Ada tak rakan2 kat luar sana tahu ada ubi cuma tumbuh dibulan Disember maksudnya dimusim tengkujuh sahaja. Masa saya ke Terengganu tempohari saya terjumpa banyak jenis ubi yang dijual di Pasar Payang. Selalunya kalau ke Pasar Payang saya lebih suka ke tingkat atas yang banyak menjual pakaian. Tapi kali ini disebabkan hujan yang tak berhenti dan tak tahu nak ke mana saya pun menjelajah seluruh pasar.

Ditingkat bawah banyak menjual makanan dan bahan2 kering dan basah. Disitulah saya terjumpa ubi yang bermacam2 jenis. Peniaga dipasar menceritakan pada saya ubi2 ini hanya ada pada musin tengkujuh saja. Saya tak beli cuma minta izin untuk ambik gambar. Bila balik ke hotel hubby ceritakan pada kawan dia yang tinggal di Terengganu. Masa nak balik ke KL beliau telah membelikan kami 2 jenis ubi...ubi badak (lupa nak ambik gambar) dan ubi itik, yang ini saya ambik gambarnya.


 ubi itik macam kentang tapi ada bulu



Saya tak pernah tengok atau makan ubi2 ini agak jakun, bila balik rumah saya hanya rebus. Ubi badak bewarna unggu rasa dia macam keladi  dan ubi itik pula macam ada lendir sikit. Mungkin sebab saya tak berapa tahu cara nak masak ubi2 itu banyak yang terbuang.

ke semua gambar ubi kat bawah ini saya snap kat pasar...

ubi telor







 Yang kat bawah ini pulak ubi badak...gambar dari google


ubi badak

isi dalamnya


Mungkin kita tertanya2 kenapa ubi2 ini hanya ada dimusim tengkujuh sahaja....

12 comments:

Norhaizan hakim said...

Masa saya pergi Terengganu dulu, berlambak2 ubi telur tu di jual ditepi jalan..

che mid said...

Kalau nak masak makanan yang kita tak pernah cuba, elok kalau ada orang lain ajar dulu.. pas tu baru cuba sendiri. Tapi kalau dah orang bagi mentah2, nak tak nak kena masak sendirian berhad la nampaknya..

IndaMarya said...

ni pengetahuan baru ni.saya ni kalau ke Terngganu hanya cari batik ja for bju kurung and kaftan to wear at home..tk prnah explore pasar dia..ubi yang saya tahu ubi keledek , ubi kayu, ubi kentang and ubi larut.walaupun dh tua merongkah kata org Perlis tapi masih jauh ketinggalan bab ubi ni.thx for the info my friend.

suri solehah said...

munkin sbb musim tengkujuh org tak buat apa,,masa tu rebus ubi makan pun ssodap hehe..kat kel pun sama kak..musim hujan bykla org jual kut tepi2 jln..kalau musim biasa bkn takda tp tak byk..kalau ubi badak unggu tu suri suka buat koleh,rebus pastu belendar campur santan,gula,,kukus..mcm tepung talam tu kak..sedap..

pena rozie said...

Suka ubi itik....

marinahunny said...

Ubi ni bukan tanam di musim tengkujuh tp dh tanam awal2. Ms sy kecik2 dulu atuk sy mmg tanam ubi badak ni tp kami pnggil ubi besar sbb dia bsr, mmg ditanam awal2 utk bajet2 musim hujan boleh harvest. Sbb tu klu kat trg bnyk sgt ubi dijual klu musim hujan. Sbnrnya dulu2 klu musim hujan susah nk kuar rmh cari mknan sbb tu org dulu2 tanam ubi sbgai persediaan. Arwah Atuk sy citer lg dulu2 zmn dia dulu tanam ubi kayu pstu bila musim hujan cabut dan terbalikkan dgn ubi iat atas takut rosak kena air. Itu lah pngalaman yg arwah atuk sy citer kan. :-)

Nieda ramly said...

sedap mkn ubu rebus cica dgn krlapa

azieazah said...

Mungkin ubi ni subur time basah basah kot. Sebab tu popular time tengkujuh. Kalu buat pengat sedap tak Kak Zai?

cikmanggis said...

Oo gini ceritanya zai....musim tengkujuh semua batas ubi di tenggelami air jadi para petani yg tanam ubi terpaksa menggalinya untuk mengelakkan ubi jadi busuk kerana ubi ubi tersebut tak tahan lama jika ditenggelami air.

Jd bln 12 mmg pesta ubi di pantsi timur.

cikmanggis said...

Pantai

azi said...

Banyaknya jenis ubi yang saya tak pernah tengok....masa pi Pasar payang dulupun, saya cuma tumpu kat tempat jual keropok lekor aja...:)

Nur-nba said...

Banyak Nur belajar dari entri ni.. Tak kenal dan baru pertama kali nampak.. Macam2 jenis ubi rupanya..