Friday, August 10, 2012

Tunjuk Samseng

Salam...

Setiap insan atau yang bergelar manusia wajib ada Iman, wajib/perlu ada Ilmu, tak kiralah kelulusan apa sekali pun, wajib/perlu ada budi bahasa, dan wajib/perlu ada sifat hormat menghormati. Saya bangkitkan perkara diatas sebab perlakuan seorang budak mentah (takdelah mentah mana, bulan 9 ni dah nak kahwin) cuba nak kurang ajar atau samseng dengan saya. Umur saya ini mungkin lebih kurang sebaya dengan mak dia aje.

Ceritanya begini...dah banyak kali terjadi, bila budak mentah ini memandang ke arah saya seolah2 macam nak menelan saya aje. Kebetulan pagi tadi saya tengah menyiram pokok, mata dia tajam dan menjeling memandang ke arah saya sambil memandu. Mulanya saya nak bersuara, nak tanya kenapa dia memandang saya macam itu tapi malas nak layan, budak mentah lagi pun bulan puasa lebih baik banyakkan istighfar...

Boleh dikatakan setiap hari dia akan meletakan kereta ayah dia berdekatan dengan pokok yang saya tanam diluar pagar. Jadi bila saya menyiram pokok2 tu terkenalah percikan air ke kereta dia. Mungkin itu yang menyebabkan dia marah setiap kali saya menyiram pokok. Semua sedia maklum setiap rumah teres ada disediakan poarch untuk meletakan kereta tapi keluarga ini menjadikan poarch untuk meletakkan buai dan tempat main cucu yang entah berapa orang. Dah tahu kalau rumah yang ditengah2 kawasannya tak luas apa salahnya kalau parking kat luar gate taklah sampai parking kereta kat tempat orang.

Memang saya akui tanah yang kat luar pagar bukan hak saya tapi kalau dah rumah saya corner lot saya berhak untuk menggunakanya, lagi pun saya cuma tanam pokok. Kenapa parking kereta dekat dengan kawasan rumah orang. Guna otak... kalau rasa kereta tak nak kena percikan air bawa masuk ke dalam rumah, simpan kat bilik ke. Setiap kali saya siram pokok dia mula tunjuk lagak dan samseng. Bukannya saya siram kereta dia cuma kena percikan air aje. Lagi pun kalau dah tahu rumah tak besar mana janganlah duduk ramai2 lepas tu susun kereta macam semua kawasan dia yang punya.

Saya tak nak besarkan perkara ini tapi kadang2 terasa macam kita ini pesalah yang melakukan kesalahan besar bagi mereka. Pernah sekali dulu kakaknya menyapa saya ketika itu saya sedang menanam pokok...'dah biasa ke buat kerja2 ini.'..huisss... tolonglah...orang pangkat besar pun suka menanam pokok untuk mencantikan kawasan rumah (taklah macam rumah mereka yang kering kontang) tak tahulah pulak kalau bagi mereka kerja menanam ini kerja yang selalu dilakukan buruh kasar sebab dia seorang cikgu mungkin tak layak buat kerja2 macam itu. Pandanglah cermin dulu baru kita menyapa orang yang belum kita kenal latar belakangnya.

Maaf...kadang2 beginilah cara hidup bagi orang yang baru nak merasa...lupa diri sementara...berpijaklah pada bumi yang nyata.........



13 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear Kak Zai..
Sabar yaa kak Zai..
Inilah yg dikatakan..ragam manusia..mmg byk ragamnya...
Byk2 bersabar kak ya...

saniah said...

Hemm mcm yg terjd kat adik saya...rmh dia pun corner jgk dan yg berderet park.kat tepi rmh dia ada 3 buah kereta...sampaikan pernah adik saya sndr tak dpt nk park kereta dia..ni org melayu ni..agama sure lah islam tp perangai ntah apa2...kan
Kena bnyk kan bersabar la k.zai...tak pun mai la pindah ke melawati semula kak...heheee

ainnoraini said...

Kakzai...berbuka pose apa hari ni...byk2 sabar ye kak zai mcm tu la ragam manusia...
Saya pun pernah jugak terkena mcm ni..kereta yg saya park kat kawasan tepi rumah saya ditampalnya kertas kat cermin kereta saya, katanya menghalang lalu lintas,dah tahu kawasan taman perumahan takan nk bwk mcm kat highway pulak...mesti la pandu pelan2..pada hal saya letak kereta tu elok jer...tp sayavtak tahu la siapa punya kerja tuu..

hidup berjiran mcm ni mmg kene byk2 sabar..kalau tak sabar mau berperang agaknya..

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...Kak Zai tak kisah kalau dia tegur, ialah kan kereta orang kenalah jaga tapi masaalahnya kita nak siram pokok,kereta dia hari2 parking kat situ,air aje pun.Susah betul dibuatnya.

Zaitun said...

saniah

Orang Melayu orang Islam tapi tak tahu nak hormat orang yang lebih tua dari dia.

Agaknya kalau kena air kereta tu boleh bertukar pucat kot...

Kak Zai suka duduk rumah lama,jiran2 dah jadi macam adik beradik,kalau ada yang tak betul tegur cara berdepan dan berhemah.

Zaitun said...

ainnoraini

Hari ini hubby kak Zai beli kuih, ada seri muka, kuih keria dan cakoi.

Kak Zai tak faham dengan orang macam ini kan,menyusahkan hidup.Cubalah pakai otak orang dah bagi ruang sepatutnya bersyukur.

sal said...

tentulah nak tanam pokok2 ye zai..

lagipun pokok2 membuat kita rasa ceria dan terhibur apabila melihatnya,kan zai..

Nieda said...

sabar kak zai sabar.
byk org byk ragam.

Kakzakie said...

Buat tak tahu ajelah Kak Zai.. yg dia letak dekat dgn pokok kita siapa suruh? Nasib baik jiran kakak (India) tapi baik bahkan kalau kakak siram pokok siram sekali pokok dia (tapi dia tak banyak), sama juga kalau dia siram pokok dia siram sekali pokok kakak..

kasihibu said...

salam kak
sya teringgat entry yang sya pernah buat dulu, masa pejabat sya di penuhi warga tua, ada sorang pakcik tu dia kata dia terharu sedih melihat warga tua yang ada masa tu di layan dengan baik dan lemah lembut dia kata warga tua ni bukan nak di sanjung di puja tapi cukuplah sekadar di hormati

sya harap jiran akak tu akan berubah menjadi insan yang lebih baik hendaknya amin...

MulutPayau said...

Assalamulaikum kak zai...

macam2 karenah jiran yg kita jumpa...ada yg betul2 mnguji kesabaran kita...sabar ya kak zai..jngn layan perngai dia orang tu...

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

zue said...

sy pun ada jiran mcm tu gak tapi bukan keta yg parking kat umah sy...taik kucing yg hari2 dok parking dlm porch sy yg akhirnya x tahan sy buat tembok china baru puas hati.